Minyak Wangi Tanpa Alkohol Terbaru – AllStarPerfumes

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak minyak wangi tanpa alkohol dijual di pasaran tempatan. Biasanya minyak wangi tanpa alkohol ini dibotolkan didalam botol-botol kecil yang mengandungi antara 2ml – 15 ml minyak wangi dan dipakejkan dalam kotak yang cantik. Bagi saya ia adalah sesuatu yang menguntungkan pembeli sebab kita dapat banyak haruman dengan satu belian.

minyakwangi

Kebanjiran minyak wangi seperti ini saya rasanya bermula dengan kejayaan jualan produk minyak wangi One Drop Perfume. Ramai juga yang menjual minyak wangi seperti ini secara online. Kali pertama saya membeli minyak wangi One Drop Perfume juga melalui pembelian online. Memang lebih mudah, dan kalau pandai mencari, kita dapat harga yang lebih rendah.

Agak lama nak menghabiskan 8 botol minyak wangi one drop dan saya kira ia berbaloi dengan harga yang dibayar. Sejak hari tu, saya semakin berminat dengan minyak wangi bersaiz mini seperti ini. Pernah juga terpikir nak buat bisnes minyak wangi online. Tetapi, memikirkan saya masih kurang mampu nak mengendalikan pembungkusan dan penghantaran produk, saya pendamkan dulu hasrat tu.

Sebagai alternatif,  saya mencari laman web yang menawarkan program affiliate untuk produk minyak wangi tanpa alkohol ni. Maklumla, selain kita guna minyak wangi tu, boleh juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Banyak juga laman web affiliate yang ada, tapi agak kurang menarik disegi pelan pemasarannya.

Minggu lepas, saya diperkenalkan oleh minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfume. Jadi, setelah menjenguk laman web yang diberikan, ternyata ia menepati ciri-ciri yang saya ingini.

1) Produknya ialah minyak wangi tanpa alkohol, pastinya ia minyak wangi halal

2) Sistem affiliate dengan potensi pendapatan berterusan kerana ia memberikan komisen hingga level ke-5

3) Tak perlu menguruskan sebarang penghantaran produk

4) Mendapat diskaun jika membuat belian ulangan.

Saya terus buat bayaran sebanyak RM60 untuk 1kotak produk minyak wangi wanita. Setiap kotak mengandungi 3 botol minyak wangi 5ml. Ia telah selamat saya terima pada hari sabtu lepas. Tak sangka dapat cepat, sebab di laman web kata akan diposkan pada 15 November. Dah test guna minyak wangi ni, memang sedap baunya. Dan bau ni bertahan lama juga.

CIMG1434 CIMG1440

Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak try minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfumes ni, bolehla dapatkan maklumat lanjut dengan klik banner di bawah ni.

Jangan lupa daftar percuma. Web ni baru je dilancarkan pada 15 November, jadi anda akan jadi antara yang terawal sertai bisnes ni.. Kalau anda dah guna minyak wangi ni, jangan segan untuk tinggalkan komen ye.

Semoga wangi selalu!

Awas ! Penipuan oleh pemilik 0136420956

penipuaninternet

Hari ini saya menerima sms dari Mymode tentang penipuan yang dilakukan oleh pemilik nombor handphone 0136420956. Sebenarnya saya sendiri hampir ditipu oleh beliau semalam.

Dibawah ini ialah update di laman web Mymode

PERHATIAN!!Para Agen yang dihormati, MyMode telah mendapati terdapat penipuan telah dilakukan oleh salah seorang dari Agen MyMode terhadap agen-agen yang lain. Agen ini telah meminjam/meminta pindahan MyPoint dan kod tambah nilai dari agen-agen lain dengan menggunakan pelbagai taktik dan berjanji akan memulangkan semula jumlah yang dipinjam. Bagi mengelak dari ditipu, sila berhati-hati sekiranya anda menerima sebarang SMS dari agen tersebut yang menggunakan nombor 013-6420956. MyMode akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat di dalam kes ini. Harap maklum.

Jadi hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya berurusan dengan penipu ini. Sebenarnya ada 3 kali saya berhubung dengan dia. Walaupun dia menggunakan nombor handphone yang berlainan , berdasarkan kepada modus operandi yang sama, saya yakin ia orang yang sama.

Kes Penipuan Pertama – berlaku pada 11/8/09

Saya telah ditipu oleh seorang yang mengaku bahawa dia telah membuat bayaran RM65 untuk mendaftar sebagai ahli mymode. Bayaran dilakukan sekitar 7.00 malam. Jadi saya agak lewat mengaktifkan (biasanya saya akan uruskan selewatnya 12jam dari pengesahan). Sekitar pukul 10 malam , dia mula sms kepada saya mulai 10 malam. Katanya urgent nak guna topup dan minta saya daftarkan segera.

Bila saya semak bayaran ke akaun Maybank saya, tiada bayaran. Jadi tanya balik apakah cara yang digunakan, dia kata interbank transfer dari BIMB ke Maybank. Jadi, saya kata akan ambil masa 1-2 hari untuk clear. Tapi, dia merayu-rayu nak saya daftarkan juga. Dia kata kalau dia tahu interbank lambat, mesti dia dah bank in terus ke akaun maybank saya.

Jam dah dekat pukul 11 malam, saya pun dah nak tido, jadi saya pun malas nak layan, akhirnya saya pun daftarkan dia. Tapi , dalam hati ada juga terdetik “Kalau kena tipu kali ni, memang sia-sia je rugi je RM65″. Keesokan paginya, dia sms lagi saya, kata nak tambah modal RM50. Saya kata selagi duit pendaftaran semalam tak clear. Saya takkan transfer. Dan selepas tu saya pun tak balas lagi sms dia. Sampai sekarang duit tu memang tak dimasukkan.

Namun begitu, masa ini beliau menggunakan nombor handphone 0179292038 dengan nama Mohd Nordin, selepas kes semalam, saya telah membuat carian di google dan menjumpai maklumat ini di forum lowyat yang mengatakan bahawa nombor 0136420956 adalah alternate number dia.

Kes penipuan kedua – berlaku pada 13/10/09

Kali ni beliau menggunakan nombor 0136420956. Sudah agak lama beliau sms saya bertanyakan tentang nak tambah modal Mymode. Semalam dia sms dan kata dia dah bank in RM65 untuk tambah modal. Bila semak tiada sebarang bayaran. Jadi saya pun tanya dia kaedah yang digunakan. Dia kata interbank transfer dari BIMB ke Maybank. Saya kata lepas 1-2 hari baru clear. Dan sampai hari ni, duit yang dikatakan telah dimasukkan untuk tambah modal tu tak ada pun dalam akaun bank saya.

Then dia minta saya topupkan handphone dia sebanyak RM30. Saya kata selagi duit tu tak masuk akaun Maybank saya, saya takkan topupkan. Agaknya lepas rasa dia tak boleh nak tipu saya.

Dia minta tolong saya dapatkan nombor pin 4 digit mymode sebab dia terlupa. Saya pun maklumkan bahawa upline tak boleh tolong sebab dia perlu call sendiri. Then dia marah-marah pada saya kata tak membantu dia. Dan dia kata dia kat ofis, tak dapat call Mymode.

Saya pun try la call lagi sekali mymode, saya kata kat staff mymode bahawa downline saya tu takde kredit dan sedang bekerja. At last staff tu resend juga pin number pada dia.

Memang saya betul-betul geram masa ni. Dahla penat ber sms ,bila call dia tak angkat dengan alasan sedang bekerja. Sepanjang saya buat Mymode, belum pernah jumpa lagi downline yang sangat demanding macam ni. Dalam hati, terdetik juga kalau-kalau dia ni menipu. Dan baru terfikir nak buat cari di google. Hasilnya

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=0136420956&sourceid=navclient-ff&rlz=1B3GGGL_enMY331MY331&ie=UTF-8

Wah!! memang kerja dia menipu rupa-rupanya. Alhamdulillah hari ni saya tak tertipu duit dengan dia. Tapi, dia tetap menyusahkan saya dan membuang masa saya sebab saya terpaksa call HQ mymode sebanyak 2 kali semata-mata nak tolong dia dapatkan nombor pin Mymode tu.

Kes penipuan ketiga – berlaku pada 14/10/09

Kali ini dia menggunakan nombor telefon 0145422988 . Katanya dia dah masukkan RM50 untuk tambah modal. Bila saya semak, tiada bayaran. Seperti biasa dia kata telah membuat bayaran melalui interbank transfer. Saya katakan, selagi duit tak masuk akaun bank saya, saya takkan tambahkan modal dia.

Dan dia terus senyap. Mungkin dah sedar bahawa dia takkan berjaya lagi.

Kesimpulannya:

Berhati-hati bila berurusan dengan orang yang tak dikenali dan ingin membeli topup / mypoint. Kalau dia kata buat bayaran interbank transfer, jangan sekali-kali teruskan urusniaga selagi belum disahkan pembayaran.

Percaya pada kata hati anda – sebab kali pertama saya tertipu, ada terdetik entah-entah orang ni nak menipu. Tapi atas dasar kesian, saya daftarkan juga. Dan akhirnya memang betul saya tertipu.

Disini saya letakkan sekali beberapa blog post oleh mereka yang pernah terkena

HATI-HATI!!: Faliq Fakhri Bin Mohammad (SCAMMER)

Nombor Puaka 0136420956 – Menipu atas keredhaan

Penipuan dalam bisnes adalah akhlak buruk yang terkutuk!!!

Dan antara senarai nombor handphone yang dia guna ialah

0136420956
0179292038
0145422988

Saya pasti senarai ini akan jadi lebih panjang, sebab sim card murah je sekarang ni. Apa yang pasti, kita perlu sentiasa berhati-hati.

Minggu Pertama Persekolahan

Dah masuk seminggu sessi persekolahan bermula. Tahun ni 2 orang anak saya mula bersekolah. Pasal Aisyah saya tak risau sangat sebab dia dah 6 tahun. Walaupun tahun ni dia kami tukarkan ke tadika lain, nampaknya dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Excited sebab tiap-tiap hari, ada je projek yang dibawa balik.

Apa yang merisaukan ialah Adam (4 tahun) . Kami daftarkan dia di sekolah tadika Kemas (tempat kakak dia belajar dulu). Diharap dia dapat belajar berkawan dan membiasakan diri dengan suasana belajar di sekolah. Hari pertama sekolah dia tak meragam sebab hari tu ibu bapa ramai yang tunggu anak-anak mereka. Kelas pun start pukul 8.30 dan pukul 10.00 pagi dah balik.

Masuk hari ke-2, Adam masuk kelas pukul 11.30 pagi – 2.30 petang. Pada awalnya dia tak menangis, tapi bila cikgu tutup pintu gril di kelas, dan saya pun dah nak balik, dia dah start menangis sambil menjerit .. Umi!!! Nak balik!!!!. Rasanya satu taman tu boleh dengar suara dia menjerit.

Memang Adam ni sangat manja kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Bila sampai waktu balik, abah dia kata dia dah tunggu kat pintu sambil merah mata. Cikgu kata dia nangis sekejap je. Harap-harap minggu depan dia akan dapat sesuaikan diri.

Aisyah excited nak pergi sekolah tadika baru

Adam sedang dipujuk untuk masuk ke kelas.

Adib seronok bermain, sambil tunggu Adam masuk kelas.

Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas Sri Andalas

Hari ahad lepas kami sekeluarga menghadiri Hari Penyampaian Sijil untuk sekolah tadika Aisyah. Dah 2 tahun (sejak umur 4 tahun) Aisyah bersekolah di Tadika KEMAS Sri Andalas, Taman Sri Keramat. Alhamdulillah, walaupun ia merupakan sekolah tadika kerajaan , tetapi perkembangan positif yang dia tunjukkan memang sangat kami syukuri.

Memang kagum dengan Cikgu Siti Norah yang mengajar kat situ. Bayangkan macam mana dia handle 78 orang pelajar seorang diri. 40 orang di sessi pagi dan 38 orang disesi petang. Walaupun ia sekolah Tadika Kerajaan, tapi kemudahan dan aktiviti yang ada kat sini saya memang agak puas hati kalau nak dibandingkan dengan beberapa tadika swasta yang saya survey. First impression masa mula-mula datang sini, Wow! banyaknya mainan! Bagus untuk budak-budak ni berkreativiti. Takdela boring sangat. Cikgunya pun kreatif dalam menarik minat budak-budak.

Pada mulanya dulu, kitaorang ingat nak hantar dia tabika pada umur 5 tahun, tapi oleh sebab masa dia umur 3 tahun lagi dah merengek tiap-tiap hari “Umi… nak pegi seolah”. Jadinya kami pun try bertanya pada Tabika ni. Biasanya diaorang tak ambik budak 4 tahun, tapi sebab dia tengok Aisyah ni badannya besar, dia kata okla. Tahun lepas dia bersekolah di sessi petang sebab sessi pagi untuk budak 6 tahun.

Tahun ni, cikgu kata Aisyah dah boleh pergi sesi pagi sebab dia “cepat menangkap” walaupun baru umur 5 tahun. Rasanya dalam akhir bulan Januari dia dah boleh membaca dengan lancar. Dia memang dari kecik lagi sangat suka membaca. Kalau menangis atau mengamuk, kitaorang cuma perlu suruh dia pergi ambik “book” dia, dia pasti akan berhenti menangis. Kemana-mana memang tak tingggal buku kecik dia.

Masa majlis penyampaian sijil tu, Aisyah ada buat persembahan koir. Banyak jugak lagu yang diaorang nyanyi. Ingat nak upload kat blog ni video persembahan tu, tapi saiz file terlalu besar. Ambik masa sket nak edit untuk kecikkan saiz. Kalau berjaya diedit, nanti saya upload ye. (Maklumla, saya bukan pandai sangat bab-bab edit video ni)

Yang makin bangga, sebab Aisyah terpilih untuk jadi solo untuk lagu “Rasa Sayang Hei”. Dia kena nyanyi rangkap pantun

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi cikgu dibawa mati.

Dekat sebulan jugak dia practise hafal pantun ni kat rumah. Sakit telinga jugak kadang-kadang dengar dia tak berhenti menyanyi. Maklumla, nak habiskan 7 lagu yang akan dipersembahkan. Antara lagu yang diaorang nyanyi ialah Lagu Negaraku, Lagu KEMAS, Lagu Boria Malaysia Jaya, Lagu Lenggang Kangkung, Lagu Anak Kambing Saya, Lagu Rama-Rama dan Lagu Rasa Sayang Hei. Selain persembahan koir, ada macam-macam lagi persembahan Senamrobik, Tarian Muhibbah (Melayu, Cina , India) dan Nasyid.

Boleh dikatakan semua 78 orang pelajar participate didalam persembahan. Takde yang tertinggal. And i think it is very good to improve their confidence. Masa tahun lepas, penyampaian sijil diadakan bersama-sama murid tadika lain dalam DUN Hulu Kelang. Cuma beberapa orang je terpilih untuk buat persembahan. Satu sekolah, satu persembahan. Bayangkan lebih 10 buah sekolah nak ambik sijil. Punyalah lama kitaorang menunggu sebab giliran sekolah Aisyah last sekali.

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan, semalam kitaorang shopping belikan hadiah untuk cikgu Nora. Memang terhutang budi sangat kat dia. Yelah, 2 tahun dia mengajar anak kita dari tak tau apa-apa sampai boleh menulis, membaca , mengira, menyanyi, melukis, membaca doa, dll.

Malam tadi, saya minta Aisyah tuliskan kad untuk cikgu Nora. Kat atas adalah hasilnya. Ayat “I Love My Teacher” tu dia yang cadangkan. Siap ada lukisan rumah lagi. Hopefully cikgu dia suka. Esok kitaorang akan hantar dia pergi sekolah. Takut dia tak larat nak bawak hadiah tu naik bas. Saya pun boleh jumpa cikgu Nora personally. Lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa.

Tahun depan mungkin Aisyah akan bersekolah di Tadika lain pulak. Bukan sebab sekolah ni tak bagus, tapi kitaorang nak bagi Aisyah merasa suasana baru dan dapat belajar benda baru. Yela kan, dah 2 tahun sekolah kat situ, kadang-kadang dia pun malas nak pergi sekolah.

Okla, rasanya dah panjang sangat post hari ni. Nanti saya akan ceritakan kisah kitaorang survey tadika baru untuk Aisyah.

Happy Birthday Asmawati.com

Alhamdulillah. Thank you Allah for blessing me with this great life. Today is my 31st birthday. How fast the time flies, that suddenly i got 3 kids! With over 6 years of marriage, i can say that we are a very happy family.

In conjuction with my birthday, i launch this website – Asmawati.com , which will be my personal blog. Where i will share with you anything that i think that is worth to share. Be it about my family, childrens, financial, entertainment.. anything.

Hope you will enjoy this blog. I also hope that i can always update this blog as much as possible.