Apa sebenarnya niche?

Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkataan niche memanglah bukan suatau perkataan yang asing. Ramai yang dah tahu apa itu maksud “niche”… dan ramai juga yg tahu, untuk berjaya dalam perniagaan internet.. “Kita perlulah mempunyai niche yang tersendiri!”

Ho! .. ho!.. satu quote yg agak “cliche”.. (Adeh.. kang ada pula yg tanya.. cliche tu apa?.. er.. sila tengok kamus.. atau gi kat google dan taip “what is cliche”)

Ya.. untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita memerlukan niche yang tersendiri.. tapi.. bagi saya, mempunyai niche yang tersendiri sahaja belum mencukupi. Bagi saya, untuk berjaya dengan lebih mudah dan pantas.. “kita mestilah mempunyai niche yang tersendiri dan mengUNTUNGkan”

Ya… diulangi dengan huruf besar.. meng“UNTUNG”kan! ho! ho! ho!..

Ramai orang yang tersilap memilih niche dan apabila mereka tidak berjaya dengan niche yg mereka buat.. maka.. mereka akan mula menyalahkan konsep “niche”.

“Tipulah niche niche nie.. i buat tak jadi pun”
“Menyusahkan je buat niche nie..”
“Aku dah try dah buat niche nie.. tak jalan daaa…”
“Eleh.. buat niche kunun…”
“Niche tu sape? yang masuk malaysian idol tu ke?”

Yer.. begitulah antara keluhan dan komen mereka yang tidak berjaya dengan konsep niche. Kebiasannya, mereka ini tidak membuat kajian yang terperinci dan tidak mendalami tentang konsep niche yang sebenar.

Mereka hanya tahu.. niche itu adalah suatu bentuk peng”khusus”an… dan untuk mencari peng”khusus”an.. mereka biasanya akan memilih berdasarkan minat.

Jika mereka minat kereta.. mereka akan buat website pasal kereta…
Jika mereka minat webdesign.. mereka akan buat website pasal webdesign..
Jika mereka minat pasal awek.. mereka akan buat website pasal awek.. dan untuk menjadi lebih niche.. mereka akan membuat satu website berkenaan awekmelayuberbuluromalebat ho! ho! ho!

Memilih niche berdasarkan minat anda bukanlah suatu kesilapan.. ia suatu kaedah yang betul dan boleh digunapakai. Cuma.. memilih niche berdasarkan minat semata-mata itu masih belum mencukupi.

Satu perkara lagi yang perlu anda fikirkan apabila memilih niche ialah.. “Adakah ia menguntungkan?”

“Oh!… macam mana nak tahu sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak?”

Yer.. disinilah konsep “supply & demand” perlu digunapakai… kita perlu kaji, berapa banyakkah permintaan terhadap niche tersebut.. dan berapa banyakkah pihak yang membekalkannya.

Saya berikan satu contoh..

Katakanlah saya suka sangat buat web design.. pendek kata.. semua perkara yang dibuat akan melibatkan web design…. makan web design.. tido web design.. mandi web design… kahwin pun dengan web design.. Oh! maka.. disebabka ke”fanatik”an itu, saya pun bercadanglah untuk membuat sebuah website yang akan menawarkan perkhidmatan web design. Idea tersebut kelihatan agak menarik! Tetapi, persoalannya.. adakah ia menguntungkan?

Berikut adalah keputusan carian dari nichebot.com tentang bilangan carian serta bilangan persaingan (supply & demand) di dalam niche web design

E-Commerce Web Site Design

Lihat… terdapat.. 13,135,195 carian (permintaan) tentang web design sepanjang 12 bulan yang lepas. 13 juta!.. banyak tu.. Berapa pula persaingan untuk web design? 3,840,000 .. wah! hampir mencecah 4 juta website!.. Oh!.. persaingan yang sangat tinggi..

Kesimpulannya.. untuk membuat niche website berkenaan web design adalah merupakan sesuatu yang agak kurang menguntungkan. Terlalu banyak saingan yang perlu anda atasi… ia akan menjadi agak sukar untuk anda berjaya.

Tetapi.. apa kata kalau kita niche kan lagi niche web design tadi… kita pergi pula kepada “ecommerce web site design”

Berikut adalah keputusan “carian supply & demand” dari nichebot.com berkenaan niche “ecommerce web site design”
Web Design

Ada 881,781 permintaan dan hanya 523 sahaja persaingan.. lihat.. “ratio”nya pula hampir kosong. Dari angka yang diberikan, kita boleh melihat dan mendapatkan gambaran kasar tentang niche tersebut.. secara kasarnya, ia menunjukkan niche tersebut mempunyai supply yang kurang.. tetapi mempunyai demand yang tinggi! Jadi, bukankah lebih bijak jika kita memlilih “ecommerce website design”.. berbanding memilih niche ” web design” sahaja?

Harap.. anda mula dapat melihat serba sedikit tentang konsep nihce yang sebenar.

Oklah.. itu lah sahaja serba sedikit tentang topik “niche” yang dapat saya kongsikan pada kali ini.. insyallah lain kali saya akan sharekan tips yang lain.

Saya tahu.. selepas ini anda pasti akan bertanya.. “Berapa jumlah count & competition yang sesuai untuk kita mengambil keputusan memilih niche tersebut?”

Ketahui jawapannya di episod yang seterusnya, pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan… sehingga berjumpa lagi!.. YOSH!… (ho! ho!.. ada bakat jadi pengacara TV nie..)
About the Author

Untuk tips-tips harian yang lebih menarik dan bermanfaat, lawati blog mohd suhaimy a.k.a shuth

Usahawan Pau Untung Besar

Kini, teknologi komputer dan Internet (ICT) bukan sahaja diperlukan untuk mengurus dan meluaskan perniagaan besar, bahkan ia amat perlu untuk mengefisyenkan perniagaan berskala kecil dan sederhana. Mustika Hati Enterprise membuktikan bahawa penggunaan ICT telah membawa kejayaan besar kepada perniagaan pau yang diterokainya sejak 18 tahun yang lalu.

Puan Musringah binti Hj Ismon, 48, ketika ditanya mengatakan beliau menyedari pentingnya penggunaan ICT ketika perniagaannya mula mendapat sambutan. Di peringkat awal, beliau hanya menghasilkan 50 biji pau sehari tetapi pada hari ini, dengan ICT, permintaan terhadap paunya semakin meningkat, kepada sekurang-kurangnya 3000 sehingga 4000 biji sehari.

Puan Musringah yang juga pemilik Mustika Hati Enterprise memulakan perniagaan pau pada tahun 1988 secara kecil-kecilan. Pada peringkat awalnya latihan dan bimbingan yang diikutinya banyak berkaitan dengan perakaunan, pemasaran dan kebersihan tetapi hari ini, bagi Puan Musringah beliau perlu mempunyai pengetahuan ICT untuk menguruskan perniagaannya.

Walaupun semakin sibuk tetapi beliau tetap meluangkan masa untuk mengikuti kelas komputer dan ICT. Menurut Puan Musringah, beliau amat berterima kasih kepada Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam kerana banyak membantunya menggunakan perisian seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel untuk urusan perniagaannya. Segala urusan yang sebelum ini tidak efisyen, kini menjadi lebih mudah dan cekap dengan menggunakan komputer.

PID Sungai Air Tawar juga banyak membantu Puan Musringah untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan. Pau Puan Musringah dan produk-produk pengusaha yang lain dipromosikan melalui laman web PID, cakera padat dan juga pamflet-pamflet. Melalui laman web tersebut penyebaran tentang maklumat pengusaha dan produk yang dikeluarkan oleh mereka boleh diakses di mana saja. Ini membuka ruang untuk produk mereka dikenali ramai.

Jika dahulu pengedaran pau hanya tertumpu di sekitar restoran dan kedai makan tetapi dengan promosi yang berkesan pau beliau hari ini turut dijual di Carrefour, Tesco dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi Puan Musringah, usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan. Oleh itu, beliau masih terus berusaha untuk menambah pengetahuannya dalam ICT. Beliau mengikuti kelas yang terdapat di PID dan tidak malu untuk berbincang dengan anak-anaknya mengenai komputer.

Sumber: http://www.aspirasidigital.net.my