paypal

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya nak keluarkan duit paypal .  Jika tidak, masakan ebook Chapter M yang dikeluarkan oleh Gobala Krishnan sekitar tahun 2006 mendapat sambutan hangat.

logo-paypal2

Ada banyak cara sebenarnya. Aantara cara yang biasa digunakan untuk keluarkan duit paypal ialah

1. Jual duit paypal kepada orang lain, pembeli akan buat bayaran ke akaun bank pilihan. Kita pula pindahkan duit paypal kita kepada pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan antara penjual pembeli. Tapi, ramai juga yang tertipu dengan cara ni, antaranya duit dah bayar ke akaun bank, tapi duit paypal tak diterima.

2. Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit. Ada banyak kad debit yang membolehkan pemiliknya mengeluarkan duit dari paypal. Disini saya kongsikan blog post oleh AzmanZainal dan KhairulAzmi yang berkaitan dan boleh dijadikan rujukan anda

3. Gunakan duit paypal untuk membeli  produk yang terima paypal sebagai kaedah bayaran – ini adalah yang saya gunakan sejak dahulu. Biasanya saya gunakan untuk beli nama domain, autoresponder, iklan dan ebook. Maklumla, duit paypal pun takde la banyak sangat. Jadi, kaedah ni memang sesuai di apply terutamanya produk luar negara. Jimat disegi nilai tukaran wang asing.

Dan yang terkini, rakyat Malaysia dah boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke akaun Bank di Malaysia. Caranya;

1. Login ke akaun Paypal anda di paypal.com

2. Klik pada menu  Profile (di sebelah atas, kanan) > Add/Edit Bank Account

3. Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang , sila klik Details atau rujuk senarai dibawah.

Bank Name MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD MFBBMYKL
AMBANK BERHAD ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD BMMBMYKL
BANK OF AMERICA BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD CITIMYKL
DEUSTCHE BANK DEUTMYKL
EON BANK BERHAD EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK UOVBMYKL

4. Semak semula maklumat akaun bank anda . kemudian klik Add Bank Account
5. Tahniah! Anda dah berjaya bila nampak mesej ini

You’ve added a bank account in Malaysia

Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.
What do you want to do next?

6. Sebelum terlupa, dibawah ni bebrapa info tambahan untuk servis ni

Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.

Untuk tutorial bergambar, boleh rujuk pada blog Sukeri

Atau anda boleh tonton video dibawah – ia telah disediakan oleh Sifu Lan

Dan sekarang, rakyat Malaysia makin mudah nak buat duit di internet. Tak perlu memikirkan cara paling selamat nak tukarkan dari USD yang ada dalam paypal ke RM. Lagi mudahla nak keluarkan duit komisen untuk bisnes GDI.

Tags : , , ,

Payment dari Lemonadehere

Pagi tadi bukak email, terkejut sebab dapat satu email yang tak disangka-sangka. Mungkin anda pernah terbaca tentang offer Pay-per-lead dari Lemonadehere dimana kita hanya perlu mempromosikan report bertajuk  “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website

Hari ni saya dah dapat payment dari Justin seperti yang dijanjikan. Takdela banyak sangat tapi saya tetap bersyukur dengan duit percuma ni.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan peluang seperti ini, jangan lupa subscribe eNewsletter ni ye.

Laporan Percuma oleh Lemonadehere

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu lagi peluang buat duit percuma berbentuk pay-per-lead.

Tajuk laporan ini adalah “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website . Laporan ini bertujuan untuk yang membantu anda mengenal apa itu trafik dan mengetahui tip-tip untuk mendapatkan trafik untuk laman web dan blog anda.

Cara hendak buat duit dari program affiliate ini ialah;

1. Daftar program Lemonadehere disini
2. Confirmkan link anda di email dan download report tersebut.
3. Daftar program affiliate lemonadehere ini.
4. Dapatkan code referrals link atau banner.
5. Promosi di blog, forum atau dimana saja yang difikirkan sesuai
6. Bayaran akan dibuat ke akaun Paypal.

Promosi ini bermula pada 16 September dan akan tamat pada hujung bulan ini iaitu 30 September 2008.

Antara kelebihan program ini ialah

1. Untuk setiap referral, anda akan dibayar sebanyak 1 dollar (=RM3.40)
2. Jika ada referrals anda beli product mereka, anda akan
dapat 50% komisen.

Jika anda berminat, bolehla daftar sekarang di http://asmawati.com/syorkan/traficreport/

Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Tags : ,

Dah Dapat Duit Free dari Im-Myth

Hari ni saya ada satu berita gembira. Akhirnya hari ni clear jugak bayaran untuk Laporan IM Myth yang dijalankan oleh Russel Brunson pada bulan lepas. Takde la sebanyak yang orang lain seperti shuth dapat. Cuma USD25.50 je. Alhamdulillah.

Bolehla jugak untuk bayar renewal fees domain name saya MyPrepaidSMS.com dan MyTeam700.c0m yang bakal tamat bulan Disember ni.

im-myth1.JPG<– klik untuk imej besar

Memang banyak sebenarnya peluang macam ni. Sebelum ni saya pernah dapat bayaran untuk edaran report percuma The Science of Getting Rich. Tapi program macam paid email, tu saya tak minat nak join atau promosikan. Buang masa je.

Oh! Sebelum saya terlupa. Masa saya buat promosi hari tu, ada yang berminat tapi tak da akaun paypal. Buat yang masih belum ada paypal, daftarlah segera sebab banyak manfaatnya.Tak tau macam mana nak daftar akaun paypal? Cuba baca dan ikut panduan mendaftar paypal yang saya smartusaha tulis ni.

Dari masa ke semasa akan ada pengumuman untuk program buat duit percuma macam ni. Kalau takde paypal, anda mungkin akan terlepas lagi.

Salam sukses!

Tags :

Paid Survey bersama Planet Pulse

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share satu peluang buat duit yang sangat mudah bersama Planet-Pulse.com . Memang ada banyak peluang paid survey seperti ni kat internet. Tapi agak sukar nak cari program affiliate yang menerima rakyat Malaysia. Saya dapat tahu tentang program ni melalui laman web eHomemakers.net yang turut ditaja oleh Nestle. Jadi, saya yakin bahawa ia adalah program yang sah.

Setiap survey yang dihantar kepada anda akan mempunyai nilai Pulse tertentu. 100 pulse = USD1. Lebih sukar borang survey yang perlu anda isi, lebih banyaklah pulse yang diberikan. Biasanya survey ni adalah terhad dan kita kena cepat respon kepada email yang dihantar.

Anda boleh cash-out kan bonus anda ke akaun Paypal bila dah melebih 2500 pulse = USD25 . Pendaftaran adalah PERCUMA. Anda tak perlu keluarkan sebarang kos pun.


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.

Tags :