pemasaran internet
Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.
Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.
Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet seperti ebook,produk resale rights dan sebagainya.
Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.
Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web,sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.
Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.
Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.
Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda mulai hari ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Private Label Right(PLR)?
PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:
1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.
2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.
3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.
4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.
Di sini saya ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja:
Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.
Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.
Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet – lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.
Teknik Niche : Membongkar Rahsia Pemasaran Niche Yang Menguntungkan!
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi produk PANAS yang masih baru di pasaran iaitu “Manual Teknik Niche” oleh Amirul Faisyal yang sebelum ini telah menghasilkan ebook-ebook bermutu seperti Sistem Rahsia dan â€5 Pembohongan Terbesar Perniagaan Internet†.
“Manual TeknikNiche” akan mendedahkan teknik, tips, dan tricks untuk membongkar pasaran niche yang menguntungkan…serta bagaimana untuk menguasai pasaran niche dengan blog Wordpress atau produk informasi digital anda!”
Di dalam TeknikNiche, apa yang diajarkan adalah langkah demi langkah dari menentukan sesuatu pasaran niche itu sehinggalah membina blog atau mencipta produk informasi digital anda yang pertama.
Apa yang saya suka dengan produk Amirul adalah, cara penulisan dan pendekatan “mesra pembaca” dimana dia akan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami dan disokong pula dengan grafik yang memberikan gambaran yang lebih jelas dalam menerangkan apa jua maklumat yang nak disampaikan.
Selain menerangkan secara detail proses-proses yang diperlukan dalam mencari niche yang boleh memberikan pulangan lumayan, Amirul juga turut memberikan beberapa bonus istimewa seperti;
- Buku Kerja Teknik Niche. Langkah demi langkah kerja yang akan membantu anda menyiapkan tugasan pasaran niche pertama anda.
- Spreadsheet panduan ‘18,701 Niche Ideas’. –> Paling best sebab banyak berikan idea pada saya
- Perisian CAMStudio untuk mencipta produk informasi digital video tutorial anda.
Okla, taknak bercerita panjang, anda boleh dapatkan Pakej Teknik Niche ni sekarang juga di web http://teknik-niche.com
Akhir kata, untuk mereka yang bakal membuat perjalanan untuk bercuti sempena cuti Hari Raya AidilAdha dan Krismas ini, harap berhati-hati i jalan raya. Dan jagalah keselamatan diri dan keluarga di musim banjir ni.
Salam sukses
Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
Pada minggu lepas, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.
Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.
Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:
Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan
Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?
Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?
Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?
Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang �percuma� untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?
1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.
Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.
Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.
Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat �skema�, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.
2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.
Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.
3. Blog di dalam emel?
Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak �signature� blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.
4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.
Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.
Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.
About the Author
Dapatkan tips berguna dan info berharga di blog http://www.noorizamshah.com kenali siapa Noorizam Shah di http://www.noorizamshah.com/latar-belakang/








