Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM

Pada minggu lepas, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.

Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda – iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa?

Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.

2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus!

Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal akan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan
RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang �percuma� untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.
Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat �skema�, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak �signature� blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

About the Author
Dapatkan tips berguna dan info berharga di blog http://www.noorizamshah.com kenali siapa Noorizam Shah di http://www.noorizamshah.com/latar-belakang/

Emel Marketing di Malaysia Untuk Budaya Malaysia

Post kali ini agak heavy juga. Jika anda mengalami kesukaran untuk memahami post ini, usah gusar, dengan masa dan pengalaman, anda akan memahaminya. Get your hand dirty first.

Baiklah, seperti yang pernah kami katakan, melakukan perniagaan Internet di Malaysia, tidaklah seperti melakukan perniagaan Internet di luar negara. Dari konteks apa? Hmm, budaya dan penerimaan teknologi. Kuasa beli mungkin satu lagi faktor, tetapi untuk post ini saya akan khususkan contoh dalam teknik emel marketing. (bukan SPAM)

Jadi, post kali ini saya akan mengetengahkan satu pandangan dari pengalaman saya. Jika anda ada mengamalkan teknik internet marketing ini, kami juga ingin mendengar pendapat anda! :)

Kenapa emel marketing di Malaysia berbeza? Jika anda membaca petua-petua dan panduan dari usahawan internet barat, apakah kekerapan menghantar emel kepada prospek yang mereka cadangkan?

Read more »

« Previous PageNext Page »