Jom kita ber “Twitter”

Twitter adalah satu laman web sosial seperti MySpace, Facebook dan Friendster. Tapi apa yang lebih menarik ialah ia hanya terhad teks sahaja. Ini menjadikan ia begitu ringkas dan mudah untuk di update. Tak perlu tulis panjang-panjang macam tulis blog. Ia seperti anda SMS kawan-kawan untuk bagitau aktivit terkini.

Sebenarnya dah lama saya tahu tentang Twitter ni, tapi buat endah tak endah je. Satu email yang saya dapat dari Brad Callen (seorang IM yang terkenal), telah membuka mata saya untuk mencubanya. Anda bolehla mem “follow” saya di http://twitter.com/asmawati

Apa yang perlu dibuat ialah, jawab soalan tweeter ‘What are you doing?” . Anda boleh update aktiviti harian anda. Tak kiralah samaada berbentuk perniagaan atau peribadi. Satu tips dari Irfan Khairi..

di laman web social networking ni, tujuan utama adalah untuk mengenali orang dan orang mengenali kita sebagai “usahawan”. Maka, tujuan utama social networking sites ni bukan untuk promosi perniagaan! Tetapi, ia akan menjadikan kita lebih dikenali, jenama kita lebih dikenali dan secara tak langsung, perniagaan juga akan dikenali.

Twitter membolehkan kita update segala aktiviti harian kita. Dengan twitter kita hanya perlu tuliskan update yang ringkas je sebab cuma ada ruang 140 huruf je. Ia juga boleh diupdate dengan pelbagai cara seperti;

1. Melalui laman web http://twitter.com

2. Melalui aplikasi GPRS/WAP dari handphone ke laman web http://m.twitter.com – memang mudah, hanya masukkan username dan password, kita boleh terus mengakses akaun twitter kita dimana sahaja.

3. Melalui SMS – anda perlu aktifkan dahulu handphone anda – buat masa sekarang saya masih belum mencuba kaedah ini.

4. Anda juga boleh menjadualkan posting untuk tweeter anda menggunakan servis Tweetlater.com . Ia juga membolehkan anda update multiple tweeter akaun dengan mudah.

Di twitter ada beberapa istilah seperti follower dan following. Semakin ramai follower anda, semakin bernilailah tweeter anda itu. Untuk meningkatkan bilangan follower, bolehla gunakan kaedah seperti;

  1. Follow orang lain dahulu seberapa ramai yang mungkin ( maksimum following 2000)
  2. Follow orang-orang yang sememangnya mempunyai ramai follower kerana apabila anda follow seseorang yang mempunyai ramai follower saya yakin anda tidak lagi perlu follow orang lain selepas itu. Akaun anda akan sentiasa bertambah dengan follower.
  3. Jangan lupa untuk follow balik follower anda. Jika tidak, follower anda akan unfollow twitter anda dengan itu follower anda akan berkurang.

Credit to RahsiaBlogger for the tips

Jom kita ber Twitter. Jangan lupa follow saya di http://twitter.com/asmawati .

Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009

Nampaknya pejam celik usia kita dah meningkat lagi setahun. Hari ini adalah 1 Muharram 1430 Hijarah. Dah masuk tahun baru Hijrah, lagi 3 hari kita akan menyambut 1 Januari 2009 pulak. Banyak pahit manis yang ditempuhi pada tahun ini.

Macam biasa tiap tahun kita akan berazam, saya juga begitu. Tapi ada kalanya ia hanya tinggal azam je. Salah satu azam saya 2008 ialah untuk mencapai pangkat 5-star CM di dalam peniagaan prepaid Mymode telah tercapai. Alhamdulillah.

Bagi tahun baru ini, saya berhasrat untuk mencuba untuk mencuba mempromosikan produk di peringkat antarabangsa kerana pasarannya lebih luas. Jika sebelum ini saya lebih banyak tumpukan pada pasaran tempatan, its time to challenge myself. Pasti cabarannya lebih hebat tetapi pulangan yang dijanjikan juga adalah lumayan. Saya target untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui program seperti ini. Boleh ke? Kita try dulu.

Tahun 2009 juga, Adam akan berusia 4 tahun dan kami telah daftarkan dia untuk sekolah Tabika. Jadi, agak sibuk sikit menguruskan anak-anak kerana Adam akan belajar di sesi petang (bermula 11.30 pagi) dan Aisyah pada sesi pagi (bermula 8.30 pagi). Jadi, jadual bekerja saya perlu diubah untuk disesuaikan dengan situasi ini. Saya harap akan dapat membahagikan masa dengan baik untuk mengimbangi antara urusan rumahtangga dan bisnes internet ini.

Dan seperti orang lain juga, saya berharap tahun baru ini akan jadi lebih baik dari tahun 2008. Berazam untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, menjadi seorang isteri yang lebih baik, menjadi seorang ibu yang lebih baik, menjadi seorang anak yang lebih dan tak lupa juga menjadi seorang ahli masyarakat yang lebih baik… Amin.

Masa jalan-jalan di blog, saya terjumpa beberapa posting menarik tentang azam tahun baru ni, anda boleh jenguk posting-posting ini;

Tips Belanjawan 2009/ 1430 Hijrah

Cara Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Dah lama tak update blog ni sejak bercuti sempena hari raya hari tu. Sepanjang bercuti tak dapat nak akses internet sangat. Biasala, kat kampung banyak aktiviti nak dibuat. Tapi income tetap masyuk walaupun bercuti. Itulah kelebihan buat bisnes MLM – walaupun kita bercuti, pendapatan tak pernah putus. Sebenarnya ada banyak yang saya nak ceritakan cuma tak sempat.

Balik dari cuti beraya, Adib – anak saya yang kecik sekali pula diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pada hari kami pulang ke KL dia demam panas. Nasib baik tak meragam sangat masa dalam perjalanan. Esoknya kami bawa dia ke klinik sebab ingatkan dia kena chicken pox, tapi bila bawa ke klinik doktor kata HFMD. Terkejut beruk besar saya. Sebab banyak cerita tentang penyakit ni di suratkhabar. Risau jugak kalau-kalau kena masuk wad.

Penyakit ni mudah berjangkit dan biasanya akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Doktor cuma bagi ubat demam je. Jadi kena kuarantin kat rumah je la. Nanti berjangkit pulak kat anak orang lain. Tapi doktor kata, tak perlu risau sebab ia tak merbahaya sangat, kecuali kalau ada berlaku komplikasi seperti sawan, anak tak mahu makan dan lain-lain yang kita rasa membimbangkan, kena la bawa ke hospital.

Since ia mudah berjangkit pada kanak-kanak bawah 10 tahun, doktor pesan bahawa ia mungkin akan berjangkit pada abang dan kakaknya. Dan memang betul, 3 hari selepas tu, aisyah dan adam pulak demam dan menunjukkan simptom yang sama. Tapi alhamdulillah sebab aisyah tak banyak sangat keluar rashes dan adam pun langsung tak keluar apa-apa ruam. Jadi, aisyah saya bagi dia “cuti sakit” dan tak perlu ke tadika untuk 1 minggu.

Banyak perancangan untuk bisnes terpaksa ditangguhkan dulu sebab bila anak-anak sakit ni, memang banyakkerenahnya. Yela, kalau kerja pejabat pun biasanya saya akan ambik cuti. Inikan pulak bekerja sendiri di rumah. Takde siapa nak larang kan?

Okla, cukup dulu untuk hari ni. Doakan anak-anak saya akan sihat kembali. Dan kalau anda ada anak-anak kecik, berhati-hati la ye. Sebab dari beberapa orang rakan yang saya tanya, anak mereka pun kena serang penyakit tangan, kaki dan mulut. Mungkin sekarang ni musim dia kot.

Kat sini saya nak share beberapa laman web yang ada ceritakan tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ni.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Kementerian Kesihatan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – HUKM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Dr.Azwan
Hand, Foot and Mouth Disease – Sarawak Health

Selamat Hari Raya Aidilfitri


::Kad Ucapan Raya Percuma

Hari ini saya pasti ramai yang sudah dalam mood nak berhari raya dan dalam persiapan akhir untuk balik kampung. Tahun ni saya akan berhari raya di Pahang. Semoga anda akan selamat sampai ke destinasi. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Di bawah ni ada satu pantun hari raya – versi lawak yang saya jumpa kat Forum CariGold

Pantun Hari Raya – Loghat Negeri-negeri di Malaysia
Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak
jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…

Akhirnya saya dah buat keputusan

Memang susah betul memikirkan tentang tema blog ini. Sejak ia dilancarkan, dah beberapa kali saya asyik bertukar-tukar tagline dan objektif. Akhirnya kali ni saya rasa keputusan saya adalah yang terbaik.

Blog ini akan saya tulis dalam dwi-bahasa – Bahasa Melayu dan English. Ia bukan sahaja akan memberikan saya lebih banyak idea, juga lebih banyak kebebasan dan penulisan. Saya juga takkan terikat dengan topik “buat duit”. Tapi ia akan menjadi salah satu topik yang akan selalu saya tuliskan.

Rasanya proses berubah-ubah tema blog bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan. Saya ada terbaca kisah Carlo Cab – seorang remaja Filipina yang mula membuat duit di internet sejak berusia 13 tahun bagaimana dia asyik bertukar tema untuk blog beliau sebelum berjumpa topikapa yang sesuai dengan jiwanya.

Jadi, saya kira keputusan ini adalah yang terbaik. Doakan saya berjaya ye!

Next Page »