5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Segera Ebook Yang Baru Dilancarkan

Hari ini dunia perniagaan internet di Malaysia semakin meriah. Setiap hari ada sahaja ebook yang dilancarkan. Tak kira la ebook percuma mahupun berbayar. Ebook terbaru yang sedang hangat dipromosikan ialah DuitMania, Kuasa Forum, dan Ebook Janawang Adsense juga baru dibuka semula (untuk tempoh terhad) selepas ditutup penjualannya satu ketika dahulu.

Tetapi, adakah anda perlu beli produk-produk ini dengan kadar segera?

Ada orang yang menangguhkan dahulu pembelian akibat kekurangan modal ataupun masih tak yakin bahawa produk tersebut benar-benar berbaloi untuk dimiliki. Hari ini saya nak kongsikan kenapa anda perlu mendapat sesuatu ebook atau produk yang baru sahaja dilancarkan dengan kadar segera.

1. Harga yang ditawarkan biasanya adalah harga terendah. Ebook kuasa forum misalnya, dibuka untuk jualan pada harga RM37 bagi 2 hari pertama dan kini telah dinaikkan kepada RM47. Kalaulah anda beli masa ia dilancarkan dulu, anda pasti dapat jimatkan RM10.

2. Mendapat bonus tambahan ekslusif . Kebiasaannya di dalam fasa pelancaran, pemilik produk akan memberikan tawaran ekslusif untuk mereka yang terawal mendapatkannya. Bonus ini adalah tambahan dari bonus-bonus yang sedia ada. DuitMania misalnya menawarkan keahlian forum VIP terhad kepada 500 pembeli pertama sahaja. Semasa artikel ini ditulis, hanya tinggal kurang daripada 200 tempat sahaja lagi.

3. Jualan bakal dihentikan bila cukup kuota . Ya! Memang ada pemilik produk yang akan menghentikan penjualan produk apabila mereka mencapai sasaran tertentu. Produk JanaWangAdsense misalnya, pernah beberapa kali menutup tempahan. Jadi, jika anda ingin memiliki produk yang memberikan amaran seperti ini, jangan berlengah untuk mendapatkannya. Saya sendiri membeli ebook ini pada tawaran kali kedua. Tawaran pertama saya tak sempat nak beli.

4. Bonus tambahan dari affiliate atau rakan JV yang mempromosikan. Selain dari pelbagai sebab diatas, kebiasaannya pemilik produk akan membuat pertandingan dikalangan affiliate semasa pelancarana. Jadi inilah masa yang sesuai untuk anda mencari siapa yang memberikan tawaran terbaik. Tapi, jangan terlalu lama membuat pilihan sebab anda mungkin akan terlepas kelebihan yang saya sebutkan diatas.

5. Lebih cepat dapat diaplikasikan . Tetapi apa yang lebih penting apabila anda mengetahui tentang sesuatu produk terbaru ialah pengaplikasiannya. Lebih cepat anda milikinya, lebih cepat anda dapat menggunakan teknik yang diajarkan. Dan lebih cepatlah anda memperolehi hasilnya.

TAPI….

Dalam keghairahan anda nak beli produk pilihan anda, jangan sampai anda rasa menyesal pula selepas membelinya. Jangan membeli semua ebook yang keluar di pasaran hanya kerana ia baru dilancarkan. Kaji dulu adakah anda benar-benar perlukan produk tersebut.

Jika katakan, anda masih baru (newbie) dan tercari-cari bagaimana nak mula perniagaan internet, bolehla beli produk DuitMania. Tapi awas! Jika anda sudah tahu serba sikit tentang bisnes internet dan perkara teknikal, seperti SEO, web minisite, landing page, webhosting dll , ebook DuitMania ni mungkin tak sesuai untuk anda. Nanti anda mungkin akan kecewa sebab apa yang diajarkan didalam tu sudah anda ketahui.

Lagi satu, kalau anda tercari-cari teknik mempromosi laman web yang percuma, forum merupakan salah satu tempat terbaik. Tapi ramai yang telah menyalahgunakan forum sebagai tempat untuk mengiklan secara membuta-tuli. Anda perlu tahu rahsia untuk menjadi forumer yang berjaya. Boleh belajar rahsianya melalui ebook Kuasa Forum. Tapi, kalau anda jenis yang tak mempunyai masa untuk berforum, mungkin ia tak begitu sesuai untuk anda.

Okla, rasanya anda dah dapat serba sikit tips nak beli atau tidak produk yang baru dilancarkan. Bagi saya, jika ebook tersebut mempunyai ilmu yang bagus untuk diaplikasikan , tidak salah untuk memilikinya. Melabur untuk ilmu adalah lebih baik dari melabur dalam skim cepat kaya. Sebab dengan ilmu yang dipraktikkan, kita boleh mencapai apa jua yang kita ingini.

Dan satu lagi… saya juga nak cadangkan sebuah ebook yang wajar anda baca jika anda masih ragu-ragu nak beli atau tidak ebook yang dipromosikan. Ebook tersebut bertajuk “Panduan Beli Ebook” . Anda boleh dapatkan preview ebook ini dengan klik banner dibawah ni.


Semoga semua ebook yang anda beli akan memberi manfaat pada anda!

Kod Diskaun Untuk Belian Nama Domain dari Godaddy

Godaddy merupakan salah satu pembekal nama domain yang utama didunia. Jadi, dari masa ke semasa mereka ada membuat tawaran kepada para pelanggan mereka. Biasanya dalam bentuk kupon diskaun.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda beberapa kupon yang boleh anda gunakan untuk mendapat penjimatan. Kod kupon ini sah untuk sepanjang masa. Tapi kalau anda tak dapat gunakannya, maklumkan pada saya di ruangan komen ye.

OYH1 : Dapatkan diskaun 10% dari sebarang pesanan menggunakan kupon ini. Tiada nilai maksimum

OYH2 : Mendapat diskaun $5 untuk sebarang pembelian produk Godaddy sebanyak $30 keatas.

OYH3 : Dapatkan domain .COM pada harga $7.45 (diskaun $2.50 )

Saya biasanya gunakan kod kupon OYH3 ni. Memang berbaloi. Dan ini pula adalah kupon yang hanya sah untuk bulan May 2009 sahaja

1. WEASEL1 : 10% off your GoDaddy purchase
2. WEASEL2 : if you buy more than $50 / £25, a full 20% off
3. WEASEL25 : if you buy more than $103.64 / £68, a full 25% off
4. WEASEL30 : get 30% off .COM domains.
5. MTECH1 : Ten percent (10%) discount from almost any order
6. MTECH2: twenty percent (20%) discount when you spend more than $50
7. MTECH330: thirty percent (30%) off a .com domain name. This also works when you need to renew your .com domains, and can be used on as many domains as you want.
8. cjcdeal749 : $7.49 .NET, .ORG, .BIZ domains, new registrations only
9. goaorg01a : $7.69 .org registrations or renewals

Kalau anda inginkan lebih banyak penjimatan untuk setiap pembelian online, boleh cuba lawat web RetailMeNot.com . Ada banyak kupon yang boleh anda gunakan disana.

Jika anda ada kod kupon godaddy selain dari yang diatas, boleh juga kongsikan diruang komen.

Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang

Pertamanya saya ucapkan Tahniah kepada Team Flarebiz diatas kejayaan menerbitkan Majalah IM ke-7 . Walaupun agak terlewat dari biasa, tetapi isi kanduangan yang mantap tetap diutamakan. Majalah kali ini agak tebal iaitu dengan 51 mukasurat berbanding Majalah IM edisi ke-6 yang mempunyai 43 mukasurat.

Tapi bukan itu yang menjadi ukuran. Sebenarnya info yang terdapat didalam Majalah IM semakin mantap bagi setiap keluaran. Kalau bab grafik memang tak dinafikan sangat cantik. Bagi saya mereka yang terlibat memang benar-benar serius untuk memberikan lebih banyak ilmu buat seluruh rakyat Malaysia yang berminat dengan perniagaan internet ini.

Ini adalah isi kanduangan majalah IM kali ini;

Kata Editor
Transkrip Temubual Alang : Nabieel
Kartun : Dell The Im Wannabe – Ubi
Fokus Bulan Ini :
Cabaran Dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal Di Internet
- Adly @ Labanon
- Zamri Nanyan
- Noorizam Shah
Jenis-jenis Direktori – Alang
Mindset Yang Betul Untuk Menarik Kekayaan – Amar Mahmood
Soal Jawab Im – Amirol Zolkifli
Internet Millionaires Bootcamp – Catzer
Yes!, Internet Marketers Can Travel… Kak G
Bagaimana Untuk Mengelakkandari Terpedaya Dengan Perkhidmatan Sms – Irwan Dahnil
Viral List Building Series : Your Viral Offer – Kidino
Hijrah Kejayaan – Smartzul
Membiayai Impian Dengan Duit Gaji – Shamsuddin Kadir
Pengenalan Kepada Google Adsense : Bahagian Ke 2 – Syed Ikhwan
Tutorial Minisite : Bahagian Ke 2 – Mdpai
Bisnes Mail Order Menggunakan Internet – Zamri nanyan

Yang paling saya suka ialah sesi soaljawab IM kelolaan Amirol Zulkifli. Soalan kali ini adalah;

Saya berminat untuk menjana wang di Internet. Jadi, bolehkah saya tahu apakah cara terpantas untuk saya mula menjana pendapatan di Internet?
Saya tak ada kemahiran membina laman web dan juga tak tau nak jual apa… Apakah keperluan dan konsep yang perlu saya ada?

Nak tahu apa jawapannya? Download Majalah IM edisi ke-7 sekarang juga. Kalau anda terlepas edisi-edisi sebelum ini, boleh dapatkannya disini.

Next Page »