perniagaan mlm

Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet

Perniagaan Jualan Langsung berbentuk MLM adalah sebuah industri yang semakin berkembang di Malaysia. Semakin ramai yang percaya bahawa mereka boleh mencapai kebebasan kewangan dengan menyertai perniagaan MLM ini.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, perniagaan MLM yang dijalankan melalui internet semakin mendapat sambutan kerana dikatakan lebih mudah dan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding kaedah konvensional (offline). Benarkah begitu?
Read the rest of this entry »

Tags :

Prepaid Mymode – Pelancaran MyPrepaidSMS.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan laman web ini. Ia dikhaskan untuk saya berkongsi dengan peluang dan pengalaman saya menjalankan bisnes prepaid Mymode bersama kumpulan Prepaid4u.

Saya juga telah memindahkan segala post di blogspot ke laman web MyPrepaidSMS.com

Dengan adanya laman web ini , ia menunjukkan bahawa saya benar-benar serius menjalankan bisnes prepaid Mymode ini untuk jangkamasa panjang.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini, jemputlah ke MyPrepaidSMS.com.

Salam sukses!

Tags : , ,

Pelancaran Rahsia Sistem Merekrut MLM (Penajaan Hebat) oleh RahsiaMLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang anda maklum, saya memang ada terlibat dengan beberapa perniagaan MLM seperti Prepaid Mymode dan Revell. Jadi, saya memang sering melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perniagaan MLM ini.

Dan kini saya sangat gembira kerana ia adalah hari pelancaran sebuah buku bertajuk “Rahsia Merekrut MLM Penajaan Hebat”. Dimana buat julung pertama kalinya sebuah buku MLM terkenal bertajuk “Big Al Tells All: Sponsoring Magic” tulisan pakar MLM antarabangsa yang terkenal, Tom “Big Al” Schreiter. diterjemahkan dari English ke dalam bahasa Malaysia.Saya ada juga melanggan enewsletter Big Al di Fortunenow.com dan saya memang sukakan cara penyampaiannya yang bersahaja dan kadang-kadang diselitkan dengan lawak jenaka.


Read the rest of this entry »

Tags :

Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sudah agak lama saya tidak membuat posting di blog ini. Seperti yang anda maklum, saya sebenarnya terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM) di internet. Jadi, post pada hari ini ada kaitan dengannya.

Sebelum saya menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsirkan oleh anda.

Pertamanya ialah dengan menjalankan perniagaan melalui internet tidak bermakna anda hanya perlu membina sebuah laman web dan mengharapkan perniagaan anda akan berjalan dengan sendirinya. Anda masih perlu bekerja keras sama seperti menjalankan perniagaan MLM secara offline. Ia hanyalah satu kaedah yang berbeza.

Kedua, apabila saya mengatakan bahawa ia dijalankan sepenuhnya melalui internet, ia hanya untuk mendapatkan prospek yang benar-benar berminat untuk menyertai anda. Ia TIDAK BERMAKNA anda tidak perlu berhubung di telefon untuk berhubung dengan “manusia sebenar”. Ia masih perlu dilakukan kerana anda pastinya sedar bahawa hubungan peribadi yang baik akan memberikan keyakinan kepada prospek anda.


Read the rest of this entry »

Tags : ,

Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang saya kira sangat menarik untuk dinilaikan kita sama-sama renungkan.
—————————-
Oleh: Dr Ahmad Zaki Ismail

KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.

Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu. Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.


Read the rest of this entry »

Tags : , ,