Cerita saya ada di Ebuletin Mymode edisi ke-7

Beberapa bulan lepas , pihak Mymode ada menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka nak interview saya. Agak terkejut sebenarnya sebab dalam ramai-ramai leader, saya turut terpilih. Saya jawab soalan ni semuanya melalui email yang dihantarkan. Tertunggu-tunggu jugak bila agaknya ia akan dikeluarkan, dan akhirnya bulan ini giliran saya pulak.

Kalau anda nak baca cerita penuh tentang ni, bolehla download disini. Ebuletin Mymode ni diterbitkan tiap bulan dalam format PDF. Jika sebelum ni Mymode menerbitkan Buletin yang diposkan ke rumah mereka yang subscribe, mungkin untuk menjimatkan kos ia telah dijadikan dalam bentuk digital. Tiap bulan akan ada leader yang dipilih untuk ditemuramah.

Dan kalau nak tahu lebih banyak tips dan rahsia leader-leader Mymode, bolehla join bisnes ni. Sebab semua ebuletin boleh anda download di Mobile Lounge Mymode yang dikhaskan untuk ahli sahaja. Saya juga ada sediakan web sokongan KHAS untuk ahli kumpulan saya. Selain kisah kejayaan leader, ada juga diselitkan tip-tips tentang telefon bimbit, internet, dan lain-lain.

Saya sememangnya enjoy buat Mymode ni berbanding dengan MLM lain yang saya ceburi. Kenapa? sebab produknya ialah prepaid. Memang tiap bulan saya akan tetap beli. Kalau MLM lain, susah sikit la, ditambah pulak ada belian minima yang perlu dibuat untuk layak dapat bonus. Kalau berasaskan produk kesihatan dan makanan, saingan sangat banyak dan kita pun kadang-kadang nak jugak bertukar selera/jenama. Tapi kalau bab prepaid,  memang takde banyak pilihan, hargaa pasaran pun sama. Cuma yang membezakan dimana kita beli prepaid tu.

Di Mymode, releks je, kalau takde orang nak beli prepaid pun takpe, sebab diri sendiri punya kos prepaid pun dah lebih RM100 sebulan. Cukup untuk melayakkan saya dapat bonus yang disediakan (kalau anda pangkat bawah Junior CM, tak payah maintain apa-apa pun).

Kalau anda minat nak buat duit dengan telefon bimbit, jangan segan dapatkan info percuma disini ye.

Selamat Tahun Baru 2008

year2008.jpg Nampaknya sekarang ni kita dah melangkah ke tahun 2008. Masih ingat tarikh 31.12.2006? Ia adalah 365 hari yang lepas. Apakah tahap kehidupan anda sekarang kalau mulai tarikh tu anda sudah membina perniagaan internet anda sendiri? 365 hari dari sekarang, adakah anda akan ingati tarikh 31.12.07 seperti anda ingati tarikh semalam?

Apakah pencapaian anda pada 2007?
- berapa banyak income dari perniagaan internet yang dah diperolehi?
- berapa banyak buku yang telah dibaca?
- berapa ramai kawan baru yang ditemui?
- berapa banyak wang yang telah disimpan?
dan banyak lagi soalan-soalan yang mungkin boleh anda fikirkan bagi merumuskan pencapaian tahun 2007.

Harap pada tarikh 1.1.09 nanti, kita akan mengingati segala perkara baik yang berlaku sepanjang 2008.

Okla, sempena tahun baru ni, saya nak buat promosi daftar Mymode hanya RM60. Kalau biasanya yuran keahlian adalah RM65, kini anda hanya perlu bayar RM60 je.

Tawaran ini terbuka dari 1 Januari 2008 – 31 Januari 2008. Jadi, jangan berlengah lagi sebab lebih cepat anda sertai perniagaan ini, lebih cepat anda dapat perolehi keuntungannya.

Perniagaan prepaid Mymode ni dah lama saya jalankan iaitu sejak 2006 lagi. Alhamdulillah dengan perancangan dan usaha yang dijalankan selama ini, pendapatan yang diperolehi semakin stabil dan memberansangkan.

Bagi saya, suka atau tidak, tiap bulan saya dan suami tetap perlu beli prepaid untuk di “top-up” ke handphone masing-masing. Dengan Mymode, sekurang-kurangnya dapat jugak berjimat. Masa mula-mula dulu, saya takde la ajak orang untuk mendaftar sebagai ahli, hanya untuk kegunaan sendiri je. Tapi bila dah lama-lama, seronok pulak dan rasanya tak salah kalau saya berkongsi peluang ini dengan lebih ramai orang,

Dari situ saya telah membeli domain MyPrepaidSMS.com, dan dilancarkan pada tahun -2007 . Diam tak diam dah setahun web tu beroperasi. Tahun ni nama domain tu di “renew” dengan komisen yang dapat hasil promosi laporan PERCUMA IM-Myth. Alhamdulillah.

Pada tahun 2007, salah satu target saya adalah untuk mencapai pangkat 2-Star CM dalam Mymode. Syukur ia telah berjaya dicapai dan income saya telah meningkat 2 kali ganda. Alhamdulillah sekali lagi. Sebenarya ia bukanlah mudah, tapi tidaklah sesukar mana kalau kita tahu caranya.

Salah satu azam tahun 2008 saya ialah nak mencapai pangkat 5-Star CM pula. Insyaallah. Dengan segala perancangan yang dibuat, ia akan boleh dicapai. Harap saya akan terus fokus kepada perniagaan ini.

Okla, jika anda berminat dengan peluang ini, bolehla mendaftar sekarang juga.

Salam sukses!

Ebook PERCUMA Perniagaan Prepaid Mymode

mymode1.gifHari ni saya nak tulis sikit je, saya dah siapakan sebuah ebook tentang Peluang Perniagaan Prepaid Mymode. Ebook ni ringkas dan padat. Cuma 18 mukasurat je. Ada menceritakan tentang kisah Admin prepaid4u yang dah berhenti kerja dan jalankan bisnes Mymode secara sepenuh masa. Juga serba sikit ringkasan tentang bisnes prepaid mymode ni.

Format ebook ni adalah PDF. Saiz 663kb. Anda boleh download disini.

Kalau ada apa-apa pendapat tentang ebook tu, bolehla isikan borang komen kat bawah ni.

TQ.

Next Page »