Selamat Tahun Baru 2008

year2008.jpg Nampaknya sekarang ni kita dah melangkah ke tahun 2008. Masih ingat tarikh 31.12.2006? Ia adalah 365 hari yang lepas. Apakah tahap kehidupan anda sekarang kalau mulai tarikh tu anda sudah membina perniagaan internet anda sendiri? 365 hari dari sekarang, adakah anda akan ingati tarikh 31.12.07 seperti anda ingati tarikh semalam?

Apakah pencapaian anda pada 2007?
- berapa banyak income dari perniagaan internet yang dah diperolehi?
- berapa banyak buku yang telah dibaca?
- berapa ramai kawan baru yang ditemui?
- berapa banyak wang yang telah disimpan?
dan banyak lagi soalan-soalan yang mungkin boleh anda fikirkan bagi merumuskan pencapaian tahun 2007.

Harap pada tarikh 1.1.09 nanti, kita akan mengingati segala perkara baik yang berlaku sepanjang 2008.

Okla, sempena tahun baru ni, saya nak buat promosi daftar Mymode hanya RM60. Kalau biasanya yuran keahlian adalah RM65, kini anda hanya perlu bayar RM60 je.

Tawaran ini terbuka dari 1 Januari 2008 – 31 Januari 2008. Jadi, jangan berlengah lagi sebab lebih cepat anda sertai perniagaan ini, lebih cepat anda dapat perolehi keuntungannya.

Perniagaan prepaid Mymode ni dah lama saya jalankan iaitu sejak 2006 lagi. Alhamdulillah dengan perancangan dan usaha yang dijalankan selama ini, pendapatan yang diperolehi semakin stabil dan memberansangkan.

Bagi saya, suka atau tidak, tiap bulan saya dan suami tetap perlu beli prepaid untuk di “top-up” ke handphone masing-masing. Dengan Mymode, sekurang-kurangnya dapat jugak berjimat. Masa mula-mula dulu, saya takde la ajak orang untuk mendaftar sebagai ahli, hanya untuk kegunaan sendiri je. Tapi bila dah lama-lama, seronok pulak dan rasanya tak salah kalau saya berkongsi peluang ini dengan lebih ramai orang,

Dari situ saya telah membeli domain MyPrepaidSMS.com, dan dilancarkan pada tahun -2007 . Diam tak diam dah setahun web tu beroperasi. Tahun ni nama domain tu di “renew” dengan komisen yang dapat hasil promosi laporan PERCUMA IM-Myth. Alhamdulillah.

Pada tahun 2007, salah satu target saya adalah untuk mencapai pangkat 2-Star CM dalam Mymode. Syukur ia telah berjaya dicapai dan income saya telah meningkat 2 kali ganda. Alhamdulillah sekali lagi. Sebenarya ia bukanlah mudah, tapi tidaklah sesukar mana kalau kita tahu caranya.

Salah satu azam tahun 2008 saya ialah nak mencapai pangkat 5-Star CM pula. Insyaallah. Dengan segala perancangan yang dibuat, ia akan boleh dicapai. Harap saya akan terus fokus kepada perniagaan ini.

Okla, jika anda berminat dengan peluang ini, bolehla mendaftar sekarang juga.

Salam sukses!

Tawaran Istimewa Sempena Merdeka

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Hari ni saya nak umumkan beberapa perkara.

1) Tawaran Merdeka di Adikbijak
Adikbijak adalah satu porttal yang menjual pelbagai buku pendidikan untuk seisi keluarga. Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-50… atas rasa syukur dan ingin sama-sama meraikannya, juga sebagai tanda terima kasih ke atas sokongan rakan-rakan AdikBijak.com selama ini…

Mereka menawarkan 12 Pakej Istimewa yang khusus untuk bulan kemerdekaan ini sahaja. Setiap pakej adalah dalam tema tertentu dan berharga RM50 sahaja. Selain membeli, anda juga boleh buat duit dengan menyertai program affiliate yang disediakan. Komisen dibayar sehingga 3 level. Percuma je nak join.

Saya sendiri dah beli beberapa buku dari web ini menggunakan komisen yang diterima. Penghantaran produk pun cepat.

2) Daftar Bisnes Prepaid Mymode hanya RM50

Selain laman web TambahPendapatan.com, saya juga ada web MyPrepaidSMS.com yang khusus kepada perniagaan prepaid Mymode. Saya jalankan bisnes ni dah setahun. Alhamdulillah, income yang diperolehi tidak mengecewakan walaupun dibuat secara sambilan je.

Kalau anda guna handphone, patut pertimbangkan peluang bisnes prepaid ni. Sempena Merdeka ni, saya pun nak buat promosi sket.

Anda kini hanya perlu bayar RM50 sahaja untuk jadi ahli Mymode. Yuran keahlian sebenar ialah RM65, jadi saya sponsor RM15. Tapi..tawaran ni terhad kepada 10 orang pertama dan sehingga 31 Ogos ni je. Kalau takde syarat, bukan tawaran terhad la namanya kan?

Jadi, jangan berlengah lagi sebab hingga hari ni ada 8 tempat je lagi. Kalau anda orang yang ke-11 nak daftar, perlu bayar RM65. Untuk Mymode ni, saya juga dah siapkan “eKursus Tips Mymode” khas untuk downline saya. Dimana anda akan dapat follow-up secara konsisten dari saya. Ia juga akan diberikan kepada downline anda juga.

3) Ebook PERCUMA untuk anda

Sebuah lagi ebook dalam Bahasa Melayu yang bertajuk “Membina Web Berjaya” dah dilancarkan. Saya dah membacanya dan bagi saya ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak mulakan apa jua bisnes internet.

Okla, diharap update hari ini serba sedikit akan membantu anda untuk lebih berjaya.

Salam sukses!

P.S:
Zul Smartusaha baru sahaja buat relaunch untuk Pakej Blogger Kit beliau, ada tawaran terhad yang menarik disediakan. Kalau belum dapatkannya, bolehla beli sekarang. Memang berbaloi pelaburan anda tu.

17 ebook Percuma untuk anda!

Untuk makluman, sekarang ni saya dalam proses untuk bertukar sistem autoresponder kepada aweber. Seperti yang ramai tahu, aweber memang perkhidmatan autoresponder yang paling banyak digunakan. Sebelum ni saya gunakan autoresponder percuma (freeautobot) .

Bagi yang sudah subscribe eNewsletter saya, harap dapat sahkan email anda. Sebagai tanda terima kasih, anda akan menerima 17 ebook percuma yang semuanya 100% buatan Malaysia dan 90% ditulis dalam Bahasa Melayu. Ada antara ebook ni masih baru dikeluarkan.

Kalau anda belum subscribe lagi, hanya isikan borang disebelah untuk mendapatkannya.

Salam sukses!

Next Page »