Formula Mengelak Penipuan Internet – NO SCAM

noscam

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N - NAME
  • OOVER PROMISE
  • S - SEARCH
  • C - CONTACT
  • A - ASK
  • MMAKE SURE!

*******************

Sumber Artikel ini ialah dari Blog Dr. Irfan Khairi.

Bagaimana Caranya Menghindar Dari Jerat Online Scam

Oleh Dr. Irfan Khairi
Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada ‘anonymity’ iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena scam mungkin mengatakan “Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja”. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang”. Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” – tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM.

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Waspada penipuan agensi pekerjaan

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com

RAMAI mengakui untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian bukanlah satu perkara mudah sebaliknya memerlukan usaha lebih bagi memastikan diri dapat ‘dipasarkan’ kepada majikan.

Bagi yang menunggu jawapan daripada majikan hingga beberapa tahun lamanya, mereka akan mencuba apa saja alternatif di depan mata asalkan mendapat pekerjaan.

Misalnya, agensi mencari pekerjaan yang semakin banyak di negara ini dapat membantu graduan mendapat kerja bersesuaian.

Sebagai ‘orang tengah’, agensi pekerjaan bertindak menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang ingin mengisi jawatan kosong di syarikat mereka. Read more »

Next Page »