Review Majalah IM ke-13 – Buat Duit Dengan Blog

Kali ni saya agak terlewat untuk buat review untuk Majalah IM. Rasa macam tak lengkap aje kewujudan blog ni kalau saya tak review majalah ini. Walaupun percuma, isi kandungannya semakin mantap. Topik kali ini ialah “Pro Blogger – Buat Duit Dengan Blog” . Sememang satu topik yang dinantikan ramai. Maklumla kat Malaysia ni semakin ramai yang berminat nak menjadi blogger.

Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Team Majalah IM sebab pilih saya sebagai pemenang tempat pertama untuk pertandingan review Majalah IM ke-12 hari tu. Buku “Jutawan Ekstrem” oleh Azizi Ali dah pun saya terima. Banyak ilmu dalam buku tu.

Untuk pertandingan review kali ni, hadiahnya pun best jugak. Kalau anda nak join, boleh usha kat sini untuk detailnya. Tiap review yang anda buat akan terus dapat bayaran RM5.


Okla, berbalik pada review kita tadi. Cover Majalah IM ke-13 ni adalah salah seorang blogger yang agak aktif iaitu saudara Rohaizad. Saya selalu jugak melawat blog beliau iaitu rohaizad.com. Banyak posting menarik disitu. Majalah kali ni ada 38 mukasurat. Nipis sikit berbanding majalah sebelum ni. Topik

Untuk artikel pertama bertajuk “blog” . Ia merupakan artikel yang menceritakan agak detail perkara penting berkaitan blog. Kandungannya berkisar tentang definisi blog, apakah topik yang akan ditulis didalam blog tersebut, platform yang digunakan oleh sesebuah blog dan kepentingan pemilihan nama domain untuk
blog yang dibangunkan .Kalau nak tahu detail, kenala download disini.

Untuk artikel kedua bertajuk “10 Tips Blog Untuk Anda”. Jadi, ada 10 tips yang boleh anda gunakan dalam menulis artikel yang mantap di blog anda. Antara tips yang menarik pada saya ialah keperluan meletakkan gambar dalam artikel serta penguasaan asas tag HTML.

Artikel ketiga pula menceritakan tentang jenis-jenis blog. Terdapat 5 jenis blog yang dihuraikan dalam artikel ini iaitu blog peribadi, blog, blog berita, niche blog, blog video dan blog auto. Macam biasa,
maklumat lanjut anda boleh ketahui dengan download Majalah IM disini.

Artikel keempat pastinya menjadi kesukaan ramai kerana ia bertajuk “Menjana Wang Dari Blog” atau erti kata lain “buat duit dengan blog”. Terdapat 2 kaedah utama iaitu secara langsung dan tidak langsung. Antara kaedah langsung yang diceritakan ialah pengiklanan, program affiliate dan menjual blog. Manakala kaedah tak langsung pula seperti menyediakan khidmat rundingan, peluang pekerjaan dan juga peluang menjadi speaker.

Salah satu masalah besar dalam dunia blogging ialah untuk mendapatkan idea untuk dituliskan didalam blog tersebut. Artikel kelima bertajuk “5 Sumber Idea Untuk Kemaskini Blog Anda!” memberikan beberapa sumber yang agak unik dan menarik untuk digunakan. Antara sumber yang boleh anda gunakan ialah Google Alert , Flickr, web Download.com, web orang lain dan juga forum.

Artikel keenam pula rasanya agak “lari” dari topik pro blogger. Artikel ini bertajuk “Polisi Pengambilan Semula Wang Pelanggan di Clickbank Merugikan Penjual?” Walaupun begitu, ia tetap sebuah artikel yang bagus terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam penjualan produk di Clickbank.

Artikel ketujuh pula tentang pro – blogging (profesional blogging). Ada 2 perkara penting untuk menjadi pro blogger iaitu konsistensi di segi masa dan konsistensi di segi topik. Artikel ini juga ada menyentuh tentang blogger dalam niche pemasaran internet ataupun bukan pemasaran internet. Dan niche mana satu yang lebih menguntungkan. Pastinya ia satu lagi artikel menarik yang menarik untuk dibaca dalam Majalah IM kali ini.

Artikel kelapan ialah “Transkrip Interview bersama saudara Rohaizad” . Seronok juga membaca sambil mendengar perbualan antara Adly dan Rohaizad ni. Rupa-rupanya beliau bermula dalam blogging ni sejak tahun 2005. Dalam temubual ni , banyak jugak ilmu yang dapat dikutip seperti macammana beliau membuat duit dengan blog serta tips bagaimana beliau membuat jadual untuk meng”update” blog-blog beliau yang banyak tu. Lagi satu, Rohaizad juga ada kongsikan teknik efektif untuk mendapatkan lebih ramai pelawat ke blog kita. Jangan lupa download untuk mengetahui detail interview ini.

Bab paling best ialah artikel tentang Soal Jawab IM. Soalan kali ini ialah…

Saya sudah siapkan laman/blog saya, kemudian sudah saya upload ke hosting. Tetapi, kenapa laman web saya tidak kelihatan apabila saya menaip alamat laman web saya di Google ataupun Yahoo? Jadi, boleh bantu saya macammana nak paparkan web saya pada Google dan Yahoo?

Nak tahu jawapannya? Macam biasa, downloadla Majalah IM ni ye.

Okla. Dah panjang lebar review saya ni. Ha.. sebelum terlupa, nak bagitau juga yang Majalah IM sekarang dah ada forum. Anda boleh layari http://forum.majalahim.com .

Semoga team Majalah IM akan terus bersemangat untuk meneruskan edisi yang akan datang.

Majalah IM Edisi 8 – Cabaran Wanita dalam Perniagaan Internet

Agak terlewat saya nak buat review tentang Majalah IM yang terbaru ni. Ia dah dilancarkan sebelum Hari Raya Korban yang lalu. Sangat teruja nak download tapi tak berjaya sebab kat kampung cuma ada dial-up. Saiznya yang agak besar (21MB) akan memerlukan masa yang panjang sebab guna dial-up je. Bila balik KL, ini adalah antara perkara pertama yang saya buat.

Kenapa excited sangat nak baca Malajah IM #8 : Wanita dan Perniagaan Internet kali ni? Sebab ia memfokuskan tentang topik wanita dan perniagaan internet. Sebagai seorang wanita, saya memang tercari-cari info seperti ini untuk dijadikan panduan. Maklumla, dunia perniagaan internet ni biasanya dipelopori oleh lelaki. Teringin jugak nak tahu bagaimana wanita yang membuat duitdi  internet ni menguruskan perniagaan internet mereka terutamanya yang dah berkahwin dan beranak-pinak macam saya ni.

Personaliti kali ini ialah Pn. Ann yang merupakan pemilik laman web WanitaMelayu.com. Salah satu tempat shopping secara online oleh ramai wanita Malaysia. Kenapa ye? Sebab ada banyak pilihan di situ dan dari masa ke semasa ada SALE! Saya pernah jugak beberapa kali membeli dari kedai-kedai yang ada disana. Tapi, tak tahu pulak yang Pn.Ann ni adalah pemiliknya. Dari temuramah ni, memang banyak yang dapat dipelajari tentang betapa kerja kuat, kesabaran dan disiplin memainkan peranan penting.

Selain tu, artikel bertajuk “Wanita dan Cari Duit di Internet” yang ditulis oleh Puan Lisa Hilmi (pemilik produk Pakej Video tentang Youtube) . Beliau memberikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh wanita disegi pengurusan masa didalam urusan rumahtangga. Serba sedikit ia dapat memberikan saya idea disegi pengurusan masa.

Artikel “Cabaran Wanita dan Perniagaan Internet” yang ditulis oleh Luvlee pula menyentuh pelbagai cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita apabila menceburkan diri dalam perniagaan internet ni. Antara cabarannya ialah disegi pengurusan masa, pengurusan perniagaan dan penjagaan kesihatan.

Artikel ” Wanita & Perniagaan Internet” tulisan Zulfadli pulak memberikan 7 tips yang boleh dijadikan panduan oleh wanita dalam menjalankan perniagaan internet ni. Artikel ni pun best walaupun penulisnya bukanlah seorang wanita.

Artikel “Bisnes Internet Untuk Surirumah dan Wanita Berkerjaya” tulisan Zamri Nanyan pula memberikan idea tentang perniagaan internet yang sesuai untuk kedua-dua golongan ni. Beliau juga ada bagi 3 Idea berniaga untuk wanita.

Kak G pula menulis artikel “Cabaran Wanita Cari Duit di Internet” dimana menyentuh 4 jenis cabaran yang biasanya dihadapi oleh wanita.

dan baaaanyak lagi artikel menarik yang ada dalam Majalah IM 8 ni. Walaupun ia percuma, tapi padat dengan informasi. Jadi, jangan sia-siakan peluang ni.Kalau anda seorang wanita dan berminat nak memulakan perniagaan internet atau nak buat duit di internet, anda perlu download Majalah IM ni di sini. Kesimpulannya, memang puas hatila dengan Majalah kali ni. Tahniah team Flarebiz!

Akhirnya berhasil jugak usaha saya buat duit dari Youtube

Saya pasti anda pernah mendengar ramai yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari laman web YouTube . Hari ni sebenanarnya saya sangat gembira sebab projek yang saya baru mulakan hampir 3 minggu lepas dah membuahkan hasil . Apa projeknya ye? Baru-baru ni saya ada membeli Pakej Video yang dikendalikan oleh Kak Lisa. Saya tahu tentang Kak Lisa bila membaca blog Din Beramboi tentang bisnes Vemma yang dilakukannya.

Pada mulanya saya tertarik nak beli produk Pakej Bimbingan Commission Junction, tapi bila Kak Lisa lancarkan Pakej Video dan disertakan pakej bimbingan CJ sebagai bonus, saya terus beli pada 24November 2008 . Setelah beberapa hari mengikut segala langkah yang diberikan, akhirnya saya dapat jualan pertama pada 2 Disember 2008 . Memang teruja dan terkejut. Setelah hampir 40 video saya upload, akhirnya saya mendapat sales pertama. Setelah puas berYM dengan Kak Lisa, akhirnya hari ni ada berita gembira untuk dia.

Tapi lepas tu saya bercuti – balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha dari 4 – 14 Disember. Secara tak langsung projek yang baru dimulakan terpaksa direhatkan. Sebelum balik kampung, sempat jugak saya upload beberapa lagi video. Risau jugak, mesti takde sales dah sebab saya dah stop dekat 2 minggu.

Tapi… apa yang lebih mengejutkan terjadi. Bila saya check akaun ClickBank saya masa balik dari bercuti, saya telah berjaya mendapat 40 sales! Memang bertambah-tambahla excitednya saya. Alhamdulillah nampaknya video yang diupload dah “bekerja untuk saya” walaupun saya bercuti panjang. Boleh baca YM antara saya dengan Kak Lisa di sini.

Kat bawah ni adalah snapshot akaun Clickbank saya hingga hari ini. Bukan untuk berbangga diri, tetapi untuk membuktikan apa yang saya katakan adalah benar. Dan ia juga sebagai pemberi semangat kepada saya dan juga anda untuk bekerja keras. Jualan pertama memang memberikan kita semangat yang luarbiasa untuk meneruskan usaha.

Okla, kalau anda berminat nak ketahui apakah cara yang saya lakukan untuk membolehkan saya perolehi pendapatan sebegini – bolehla miliki Pakej Video – Youtube bukan sekadar tontonan yang diusahakan oleh Kak Lisa. Apa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh berinteraksi secara langsung dengan Kak Lisa melalui YM. Pada saya ini salah satu kelainan yang akan anda perolehi, sebab tak ramai IM yang sanggup melayan pembelinya melalui Yahoo Messanger (YM) ni. Kak Lisa juga banyak bagi saya nasihat dan tips.

Teknik Video yang Kak Lisa ajar pun simple tapi berkesan. Saya ada belajar beberapa cara tetapi agak teknikal dan mengambil masa. Tapi cara Pakej Video ni memang simple je. Apa yang kak Lisa selalu pesan ialah kita perlu peka pada isu semasa dan kreatif.

Okla, tak nak cerita panjang lagi. Boleh klik banner kat bawah ni jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang ni.

Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja selesai membaca buku Raja Adsense: Rahsia Panduan Buat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense (versi 2.5). Apa yang boleh saya katakan ialah buku ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pendapatan melalui Adsense.

Jika anda masih belum tahu apakah itu adsense, ia adalah merupakan sejenis iklan yang disediakan oleh pihak Google dimana mereka akan berkongsi pendapatan yang mereka perolehi dari para pengiklan kepada� pemilik laman web dan meletakkan iklan google di web mereka.

Buku setebal 65 mukasurat ini memang ditulis secara profesional oleh Saudara Shamsuriyadi dan akan memberikan panduan langkah-demi-langkah termasuk pelbagai tips untuk memaksimakan pendapatan melalui Google Adsense.Ia disediakan didalam format pdf.

Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu;

#1) Kandungan – Buku ini dimulakan dengan kata aluan dari penulis, mengapa anda perlu merebut peluang untuk tambah pendapatan anda� melalui perniagaan internet termasuk� potensi bidang ini. Anda juga akan didedahkan tentang apakah sebenarnya Google Adsense dan istilah-istilah yang digunakan, jenis iklan, polisi serta bagaimana bayaran dibuat.

#2) Menjana Wang dengan Adsense – Bagaimana membuat kajian tentang keyword yang menguntungkan, rekabentuk iklan yang � sesuai diletakkan serta� analisis tentang persaingan

#3) Search Engine Optimization – Enjin carian merupakan salah satu kaedah yang utama untuk mendapatkan pelawat. Didalam buku ini anda akan didedahkan dengan kepentingan meta tag, isi kandungan serta� 5 perkara penting yang perlu dilakukan bagi� membolehkan laman web anda berada di ranking tertinggi enjin carian seperti Google, MSN dan Yahoo!. Ini pastinya akan membolehkan anda mendapatkan pelawat yang lebih ramai dan seterusnya membolehkan anda memperolehi mendapatan yang lebih lumayan.

#4) Membina laman web – Untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan melaui Adsense, anda perlulah mempunyai laman web. Buku ini akan menerangkan langkah demi langkah membina laman web secara PERCUMA dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Akan diterangkan juha� kaedah memohon akaun adsense serta tips berkaitan setting iklan bagi mendapatkan lebih banyak klik.

#5) Promosi – 10 teknik mempromosikan laman web anda bagi mendapatkan lebih banyak trafik ke laman web anda. Termasuk kaedah Tag dan Ping yang telah berjaya memberikan pendapatan USD48,000 sebulan! kepada seorang anak muda dari Thailand iaitu Sean Wu. Kaedah ini juga telah mengejutkan pakar adsense seperti Joel Comm dan Michael Cheney.

#6) Penutup – Penulis juga mengingatkan pembaca tentang kaedah� yang boleh menyebabkan akaun anda ditutup jika melanggar syarat yang dikenakan, 15 tips untuk meningkatkan pendapatan adsense, program alternatif yang boleh disertai serta 220 keyword yang mahal dimana dengan menggunakan keyword ini, anda akan memperolehi lebih banyak pendapatan kerana pulangan yang lebih lumayan. Keyword ini bernilai antara $2- $100 untuk setiap klik yang diperolehi!

Kesimpulan yang � boleh saya katakan ialah, buku ini mudah difahami dan pembaca akan dibimbing dengan langkah yang mudah diikuti. Bagi saya sendiri,� saya juga dapat belajar� beberapa banyak teknik baru� untuk diaplikasikan.

Walaupun banyak buku tentang Google Adsense didalam Bahasa Inggeris, sumber di dalam penulisan Bahasa Melayu ini perlu anda miliki� kerana ia akan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Google Adsense.

Pembaca juga boleh bertanyakan pelbagai soalan melalui forum yang disediakan. Selain itu, setiap pembelian buku ini juga akan diberikan 6 BONUS PERCUMA yang sangat berguna untuk anda.

Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, boleh didapati melalui laman web http://www.tambahpendapatan.com/rahsiaadsense.htm

Salam sukses!