Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah

cara buat blog di blogspot

Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail. Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.

Read more »

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun depan, entahkan sempat, entahkan tidak. Hari ni saya nak kongsikan satu email yang diterima dari seorang rakan. Dan saya juga ingin memohon maaf daripada jika ada yang tersalah dan tersilap. Jom kita tonton video klip

Hikmah Ramadhan – Rabbani

Ini pula liriknya. Marilah kita sama-sama hayati.

Hikmah Ramadan

Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Iklan Merdeka Pertonas 2008 Memang Best

selamat hari merdeka Pertamanya saya nak ucapkan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51″ untuk seluruh rakyat Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Saya sangat tertarik dengan iklan Petronas yang terbaru sempena sambutan Kemerdekaaan Malaysia yang ke 51 ni. Ingatkan tahun ni Petronas tak buat apa-apa iklan merdeka. Sebab siaran pertama iklan ni saya tengok di TV3 adalah pada 19 Ogos 2008.

Ok, berbalik pasal iklan ni. Ia mengisahkan seorang penjual cempedak
yang mempunyai seorang anak bernama Aiman. Macam budak-budak lain,
Aiman ni akan mintak macam-macam dari ayah dia.

Aiman: “abah, boleh tak abah belikan aiman XXX ?

Abah :”Aiman, kalaulah abah ni banyak duit, bukan saje XXX , XXX pun abah akan belikan”

Walaupun agak kecewa, tapi dia tak putus asa. Dia akan cari idea jugak untuk mendapatkan apa yang dia hajatkan. Otak dia memang genius dan telah berjaya mencipta pelbagai produk hinggakan rumah dia menjadi tumpuan orang kampung.

8 tahun kemudian,Aiman pun dapat tawaran belajar ke Universiti. Aiman risau jugak takut permintaan dia tak dapat abah tunaikan macam sebelum ni. Diam tak diam, rupa-rupanya abah dah ada simpanan RM41,000 untuk Aiman. Jadi, dapatla Aiman sambung belajar.

10 tahun kemudian, tiba-tiba ada orang bawak motor besar singgah kat gerai cempedak abah. Rupa-rupanya itu adalah Aiman, yang dah belikan motosikal besar “Abah Punya”. Abah Aiman ni memang dari dulu idamkan nak dapat motor besar ni.

Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Nak tau apa pengajarannya. Kenala hayati sendiri ni.

Klik untuk tengok iklan Hari Merdeka 2008 oleh Petronas di YouTube.

Download Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

rahsia trafik- video marketing

Hari ini saya telah selesai membaca sebuah laporan terbaru yang dihasilkan oleh seorang IM tempatan iaitu Hairi a.k.a TheReds di forum WangCyber.

Laporan ini menceritakan secara terpeinci bagaimana anda boleh menjana beribu-ribu pelawat ke laman web anda secara PERCUMA melalui teknik video marketing.

Mungkin anda pernah dengar tentang teknik ini tapi tidak tahu bagaimana hendak mengaplikasikannya. Jangan risau sebab Hairi akan tunjukkan cara melakukannya secara langkah-demi-langkah dalam bahasa yang ringkas dan gambar yang banyak untuk memudahkan anda memahaminya.

Dapatkan segera Laporan Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

Lagi satu, Hairi bukan sahaja tunjukkan cara menjana trafik, tetapi dia juga akan berkongsi dengan anda pelan tindakan yang beliau gunakan. Ia adalah sangat penting jika anda benar-benar serius untuk berjaya menggunakan teknik ini.

Selain tu, Hairi juga ada satu teknik rahsia yang boleh membuatkan pakar SEO terduduk pakar-pakar SEO terduduk dan sakit hati melihat betapa mudahnya google search memberi laluan kepada video-video daripada Youtube untuk berada di ranking yang baik dalam enjin carian mereka

Dapatkan segera Laporan Rahsia Trafik – Video Marketing (Edisi Percuma) sekarang!

Hairi juga ada sediakan satu peluang buat duit untuk anda melalui program affiliate pay-per-lead. Anda akan dibayar sebanyak 20sen untuk setiap download.

Harap laporan ini akan dapat membantu anda menjana pendapatan di internet!

Buat Duit Dengan Video Percuma

frontvideopercuma.gifAssalamualaikum / Salam sejahtera,Jangan sangka bahan percuma tidak berkualiti!

Tapi saya akui yang perkara begini memang jarang berlaku…

kerana kebanyakan produk percuma yang diedarkan tidak menepati citarasa saya.Jadi, berikan perhatian kepada apa yang saya ingin kongsi bersama di sini.“Video Percuma Dot Com” adalah produk terbaru
keluaran saudara Zamri Nanyan dan Mohd Sufian.

Sekali lihat, memang saya tidak menyangka yang
ianya diberikan tanpa sebarang caj.

11 Video Tutorial… Percuma?

Pasti anda pun kurang percaya. Apa yang saya buat seterusnya ialah mendaftar di laman web tersebut, dan anda juga boleh
berbuat demikian di:

http://videopercuma.com/r/wati77

Wow! Selepas menonton beberapa video tutorial
yang diberikan, saya terkejut kerana saya
pernah melihat video tutorial sebegini dijual
di internet pada harga USD$24.95.

Dan lagi, Video Percuma yang diberikan oleh
Zamri Nanyan dan Mohd Sufian adalah di dalam
Bahasa Malaysia
– sesuatu yang belum pernah
dilakukan sebelum ini.
Saya menonton satu per satu video tutorial
yang diberikan dan terus terang saya katakan
yang video-video ini memang hebat dan mampu
menerangkan beberapa perkara yang begitu
penting untuk seseorang memulakan perniagaan
internet pertama mereka.

Belum sempat rasa teruja saya hilang, saudara
Zamri Nanyan memberikan satu lagi kejutan
dengan video tutorial istimewa beliau.

Saya tak pasti jika beliau membenarkan saya
menceritakan mengenai video istimewa ini
di sini, namun saya rasa kurang puas sekiranya
saya tidak nyatakannya di sini.

“Video Percuma dot Com” bukan sekadar video
percuma yang memberikan ilmu yang berguna
kepada anda, tetapi ianya juga satu sistem
pemasaran viral yang mampu menjana pendapatan
tambahan kepada anda
… dan segalanya ada
dinyatakan di dalam video istimewa ini.

Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri
dan mahu menjana pendapatan sebagai affiliate,
inilah laman web yang anda cari-cari selama
ini.

Cuma ikuti arahan di dalam video istimewa
yang disediakan, mulakan promosi dan anda
mampu membina pendapatan dari 9 sumber yang
disenaraikan.

Inilah yang dikatan multiple streams of income.

Hebat, bukan?

Baiklah, saya tak dapat cerita dengan lebih
lanjut mengenai video istimewa ini kerana
anda juga boleh menontonnya sendiri.

Cuma daftar melalui link di bawah dan pastikan
anda menonton ke semua video yang disediakan
(termasuk video istimewa yang saya nyatakan
di atas).

http://videopercuma.com/r/wati77

Salam Sukses!

P.S. Pastikan anda tidak terlupa untuk menonton
video istimewa yang disediakan, ye!

Next Page »