wanita

Suri rumah boleh manfaat ilmu untuk kerja sukarela

Soalan:

Saya seorang isteri dan ibu berusia 35 tahun. Selepas tamat pengajian dari universiti luar negara, saya bekerja sebagai Jurutera Awam dan menghabiskan masa di tapak projek. Apabila berumahtangga dan melahirkan tiga anak, saya berasa kehidupan berubah. Cabaran sebagai isteri dan ibu bekerja amat besar. Saya berasa bersalah terhadap suami dan anak kerana selalu balik lewat malam.

Akhirnya saya memutuskan berhenti kerja. selepas lima tahun menjadi suri rumah sepenuh masa, saya berhasrat bekerja semula. Suami hanya mendiamkan diri apabila saya mengajukan hasrat dan anak tidak gembira. Adakah saya seorang yang pentingkan diri sendiri. Tolong berikan pandangan.

Ibu dilema
Subang Jaya
Read the rest of this entry »

Tags :

Kisah kejayaan Pengasas Sendayu Tinggi

Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Jom baca artikel dibawah.

Hidup ini ada penawar dan racun

kisah-kejayaan-rozita-sendayu-tinggiWANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?

ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.

Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.

Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?

Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.

Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?

Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..

Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.

Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?

Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?

Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.

Apakah pencapaian terkini anda?

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?

Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.

Sumber: http://utusan.com.my

UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Tags : , , , , , , , , , , , , , ,

Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu artikel yang boleh dijadikan panduan untuk surirumah yang bekerja di rumah (seperti saya). Harap ia juga akan dapat memberikan manfaat kepada anda juga.

Salam sukses!
Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com


———————————————————–
Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak

Anda adalah salah seorang daripada mereka yang bernasib baik. Anda telah berjaya menangai kedua-dua dunia dengan memilih untuk tinggal di rumah dengan anak-anak anda dan pada masa yang sama masih lagi mempunyai kerjaya. Jadi, bagaimanakah anda melakukannya? Berikut adalah beberapa panduan:

Kawal Persekitaran Anda
Sebuah pejabat khas akan membantu anda focus dengan kerja. Dan sebuah tempat bekerja yang teratur akan membantu mengurangkan gangguan dan membolehkan anda menggunakan sepenuhnya masa lapang anda yang terhad.

Pecahkan Kerja Kepada Beberapa Kumpulan Kecil Yang Boleh Diuruskan
Buatlah satu senarai perkara-perkara yang anda perlu buat. Semasa anak saya jaga, dia mendapat sepenuh perhatian saya, walaupun saya sentiasa mempunyai senarai perkara yang perlu dibuat di atas meja saya. Senarai itu menjadi bertambah panjang di sepanjang hari dan apabila masa tidur tengahari tiba, saya menumpukan perhatian menyelesaikan tugas di tangan.

Gunakan Masa Senyap Anda Sebaik Mungkin
Bilakah masanya anda paling produktif? Mungkin anda boleh menyiapkan kerja pada waktu siang (ketika anak anda sedang tidur tengahari atau berada di sekolah), tetapi malangnya, kadang kala peluang terbaik bagi produktiviti muncul ialah apabila anak anda sedang tidur pada waktu malam. Waktu kerja saya, contohnya, biasanya bermula pada pukul 3 pagi. Dengan cara ini, saya boleh meluangkan masa yang berkualiti tanpa gangguan dengan anak saya pada waktu siang.

Ingatlah Keutamaan Anda
Seorang kanak-kanak yang diabaikan oleh ibunya yang bekerja di rumah mungkin lebih baik berada dalam jagaan seseorang yang kurang diganggu.

Dapatkan Bantuan Apabila Anda Memerlukannya
Lesley Spencer ialah pengasas dan pengarah Home-Based Working Moms. “Saya rasa adalah penting untuk memahami bahawa amat sukar untuk menjadi seorang ibu dan pekerja yang berjaya masa yang sama,” kata Spencer.

Jika anda bekerja, anak-anak anda akan memerlukan perhatian anda. Tentulah, anda boleh melakukannya dengan jumlah kerja dan panggilan telefon yang sedikit, tetapi jika anda berulang kali cuba membuat kerja semasa anak anda bersama dengan anda adalah tidak adil bagi mereka atau bagi anda juga.

Saya rasa adalah lebih baik jika anda bekerja semasa anak anda sedang tidur atau semasa berada di sekolah. jika anda bekerja lebih darpada 10 jam seminggu, anda mungkin perlukan pertolongan luar untuk memberikan anak anda perhatian yang mereka perlukan.

Pertimbangkan prasekolah separuh masa, program Hari Bersama Ibu, penjaga bayi di kawasan kejiranan anda, ahli keluarga atau rakan-rakan atau pusat penjagaan kanak-kanak bersama untuk membantu menjaga anak anda.”

Sumber: ehomemakers.net

Tags : ,

Mengatasi Masalah Kesunyian Apabila Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat menarik tentang mengatasi kesunyian. Ia sebenarnya memang terjadi kepada saya. Maklumlah semasa bekerja dahulu kita ada ramai kawan-kawan yang boleh diajak berbual, tetapi kini pergaulan sangat terhad kepada anak-anak dan jiran terdekat. Selepas membuat sedikit kajian.

Rupa-rupanya saya tidak bersendirian kerana ia sebenarnya adalah perkara yang normal. Kemudian saya bertemu dengan artikel ini didalam Bahasa Inggeris dan terus saya terjemahkan. Oleh kerana ia telah lama terperuk didalam komputer saya, saya minta maaf sebab tidak dapat menyatakan sumbernya. Selamat Membaca!

—————————————

Seperti kebanyakkan orang, apabila anda memikirkan bagaimana rasanya bekerja dari rumah, anda barangkali akan terfikir tentang kelebihan-kelebihan seperti;
· Bekerja mengikut masa sendiri,
· Tidak perlu merasa tertekan,
· Tidak menghadapi kesukaran pergi dan balik ke tempat kerja setiap hari,
· Dapat menikmati keindahan taman anda di siang hari,
· Tidak perlu melayan karenah bos,
· Dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak,
· Dapat bekerja dalam keadaan dan suasana yang selesa dan sebagainya.

Sememangnya semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan sekiranya bekerja dari rumah. Tidak lama selepas mula bekerja dari rumah, anda akan mula mengenang semula pada suasana bekerja sebelum ini dan sedar yang anda sebenarnya;

Sekarang, keadaannya sunyi. Tiada siapa yang boleh anda ajak berbual kecuali anak-anak anda yang berumur tidak lebih daripada 4 tahun. Anda akan dapati yang anda sentiasa memeriksa e-mel untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang ada. Anda juga akan berharap agar telefon berdering.

Semasa bekerja di pejabat dahulu, anda merupakan orang yang sangat benci deringan telefon dan berpendapat kewujudan pesanan suara dan e-mel merupakan satu rahmat yang tak terhingga kerana dapat mengurangkan gangguan deringan telefon.

Memang tidak dapat dinafikan, berubah daripada dunia korporat kepada bekerja di rumah merupakan satu bentuk peralihan yang ketara. Kebanyakkan orang terpaksa bergelut dengan cabaran/ masalah kesunyian semasa memulakan perniagaan dari rumah. Selamat menempuhi suasana bekerja di rumah yang sebenarnya … keseorangan dan kesunyian.

Tetapi, seperti yang disenaraikan dibawah, terdapat banyak cara untuk mengelakkan diri anda daripada merasa kesunyian dan keseorangan dengan berhubung dengan dunia luar dan membentuk rangkaian perniagaan.

Ingat, hanya kerana anda bekerja seorang tidak bermakna anda perlu melakukannya seorang diri. Di sini merupakan cara-cara untuk anda mengelak daripada merasa kesunyian semasa bekerja dari rumah:

#1 – Membuat Perancangan Yang Rapi

Tidak ada perkara yang lebih menimbulkan rasa kesunyian daripada melalui setiap detik tanpa membuat apa-apa sepanjang hari. Jangan mulakan hari anda tanpa membuat perancangan tentang apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut. Anda perlu merancang masa anda supaya anda tidak perlu melalui masa terluang tanpa membuat sebarang aktiviti.

Oleh itu, tulis senarai perkara-perkara yang anda patut buat, sebaik-baiknya di akhir hari sebelumnya, supaya anda dapat terus memulakan aktiviti-aktiviti yang anda rancang sebaik sahaja hari anda bermula tanpa memberi ruang untuk rasa kesunyian timbul.

#2 – Berinteraksi Dengan Dunia Luar

Apabila menulis perkara-perkara yang akan anda buat, pastikan anda sertakan sekurang-kurangnya dua aktiviti yang memerlukan anda untuk berinteraksi dengan org lain. Menjalin hubungan dengan pihak lain adalah sangat penting samada anda bekerja dengan untuk orang lain atau untuk diri sendiri.

Oleh itu, jalinkan hubungan dengan orang yang dapat membantu perkembangan perniagaan anda dan pada masa yang sama menghubungkan anda dengan dunia luar.

Menyertai badan atau kelab professional, menghadiri seminar dan pameran yang berkaitan dengan perniagaan anda merupakan cara-cara terbaik untuk anda berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat, kepakaran dan cabaran yang sama. Libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan bawa bersama-sama kad perniagaan anda secukupnya.

#3 – Mewujudkan Rangkaian Peniagaan Bersama

Cara lain untuk mengelakkan masalah kesunyian ialah dengan mengadakan rangkaian perniagaan dengan peniaga-peniaga lain yang juga bekerja di rumah. Bergabung dengan perniagaan-perniagaan lain yang memberikan perkhidmatan tambahan bagi perniagaan anda.

Anda bukan sahaja menambahkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak, malah telah mewujudkan rangkaian perniagaan yang professional.

#4 – Menganjurkan Majlis Anda Sendiri

Setelah anda menyertai pelbagai pertubuhan dan mewujudkan rangkaian perniagaan bersama, teruskan usaha anda dengan mengadakan majlis anda sendiri supaya kesemuanya dapat berkumpul bersama. Majlis tersebut boleh dijadikan sesi perbincangan perniagaan ataupun cumalah satu majlis keramaian seperti majlis barbeque di taman berhampiran.

Apapun majlis yang anda anjurkan, anda akan dapat mengeratkan hubungan dengan orang-orang yang terlibat dalam arena baru anda, sama seperti apa yang anda telah buat semasa anda bekerja di dalam pejabat korperat. Bezanya, sekarang ini anda sendiri yang mesti berusaha untuk menjalinkan perhubungan ini. Mereka bukannya orang yang mudah untuk anda temui di pejabat setiap hari.

#5 – Sertai Gimnasium

Dengan bekerja dari rumah anda berpeluang untuk makan dan minum pada bila-bila masa yang anda suka. Anda semestinya mengambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bukan? Pastinya ya! Oleh itu, kenapa tidak bak kata pepatah melayu, menyelam sambil minum air … kekalkan kecergasan dan berkenalan dengan orang baru.

Sekiranya anda mempunyai rutin yang membolehkan anda pergi ke gimnasium pada waktu yang sama setiap hari, anda akan bertemu dengan kumpulan orang yang hampir sama dan berkenalanlah dengan mereka.

#6 – Gunakan Internet

Mempunyai rakan internet merupakan satu lagi cara mengekalkan perhubungan dengan dunia luar. Walaupun begitu, anda perlu ada disiplin yang kuat. Sangat mudah untuk anda menghabiskan banyak masa bekerja anda bertukar-tukar emel dan berbual-bual. Jangan habiskan masa anda begitu sahaja, tetapi anda perlu juga mempunyai rakan internet dan kekalkannya.

#7 – Bunyi Latarbelakang

Kadang kala, keadaan yang senyap sunyilah yang mengingatkan anda keseorangan. Sekiranya anda datang dari dunia korporat, hari kerja anda biasanya diiringi dengan bunyi bising yang berterusan daripada deringan telefon, suara perbualan dan gelak ketawa pekerja-pekerja lain, sistem intercom diwaktu makan tengahari sehingga habih waktu pejabat.

Sekiranya anda merasa sunyi, bukalah radio dan biarkannya semasa anda sedang bekerja. Perbualan di radio juga bagus kerana seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual di bilik sebelah, tetapi sekiranya anda dapati topik perbualan tersebut menarik minat anda dan menyekat anda daripada terus bekerja, tukar ke siaran lain yang hanya mendendangkan lagu.

# 8 – Keluar bersiar-siar

Jika anda bekerja, anda pastinya melihat ada rakan sekerja yang keluar membeli-belah atau berjalan-jalan semasa waktu makan tengahari. Ia bukan sahaja untuk meregangkan otot dan menghilangkan berat badan, tetapi ia juga baik untuk mengurangkan tekanan. Anda juga boleh membuat perkara yang sama.

Apa yang perlu anda lakukan ialah jadualkannya dengan teliti agar masa yang dipilih bersesuaian untuk semua pihak. Ajaklah pasangan, rakan-rakan ataupun anak-anak pergi ke taman, pantai, membeli-belah mahupun menonton wayang.

#9 – Dapatkan satu hobi

Salah satu kelemahan apabila anda memulakan perniagaan dari rumah ialah anda telah mengubah hobi anda kepada sumber pendapatan dan ia biasanya menjadi tidak begitu menyeronokkan lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan satu hobi baru. Pilihan terbaik ialah hobi yang membolehkan anda bergaul dengan ramai orang seperti bersukan, kelas agama, badan kebajikan atau kelab.

#10 – Dapatkan pekerjaan sambilan

Anda mungkin memilih untuk memulakan perniagaan dari rumah kerana ingin melarikan diri dari terikat dengan msa bekerja dan pastinya anda tidak ingin masuk kembali ke dunia tersebut. Ada seorang penulis bebas yang bekerja dari rumah turut mengajar kursus penulisan secara sambilan selama 5 jam seminggu di kolej. Ia semua dilakukan kerana dengan bekerja diluar dia boleh mengatasi kesunyian dan membolehkan anda bergaul dengan ramai orang selain mendapatkan pendapatan tambahan yang lain.

Jika anda meneliti sepenuhnya 10 perkara yang dinyatakan diatas, kebanyakannya menyarankan anda agar meninggalkan rumah dan mendapatkan ramai rakan untuk mengatasi kesunyian. Anda hanya memerlukan beberapa minit sehari bercakap atau berhubung dengan rakan-rakan melalui telefon atau chatting, bersiar-siar untuk melihat keindahan alam selain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarg anda ialah apa yang anda perlukan untuk memastikan anda sentiasa produktif dan gembira.

——————

Salam sukses!

Asmawati Abd. Manap�

Tags : ,