Cek ke-3 hasil buat duit dengan churpchurp

PIC 0102 300x225 |  Cek ke 3 hasil buat duit dengan churpchurp

Sekadar nak berkongsi dengan anda gambar cek yang terima hasil usaha saya untuk buat duit dengan churpchurp ni. Ini adalah cek yang ketiga saya pernah terima sejak saya berjinak-jinak dengan program churpchurp ni.

Maaf sebab kualiti gambar sangat teruk sebab guna kamera hp murah saje. Line tengah gambar pun tak tahu kenapa, sebab tak nampak pun sebarang calar pada lens kamera.

Alhamdulillah sebahagian duit ni dah selamat dicairkan ke akaun maybank dan dibelanjakan dengan sebaiknya.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan churpchurp ni?

1. Kongsikan ads yang di offer di akaun twitter saya. Selalunya saya guna option schedule tweet. jadi, secara auto ads akan dipaparkan tanpa perlu kita twit sendiri. Klik dari setiap ads bernilai RM0.20

2. Menyiapkan campaign assignment dari churpchurp yang bernilai RM3.98 setiap satu. Kerjanya sangat mudah iaitu hantarkan satu tweet menggunakan keyword yang diberikan. Kalau iklan kita diterima, anda akan dapat bayaran tersebut.

3. Berkongsi cerita dengan orang lain tentang program buat duit churpchup ni. Akan dapat komisen RM1 bagi setiap peserta bru yang join dari url kita.

4. Dan banyak jenis ads lain seperti pay per sale dan twitpic.

Cara mana yang bagi hasil lumayan dari churpchurp?

Bagi saya, saya sukakan campaign assignment sebab jumlah upah yang agak tinggi. Tapi bergantung pada nasib la. Yang penting kita perlu ada follower yang ramai di twitter.

Saya biasanya cashout di hujung bulan untuk mendapatkan nilai cek maksima. Kalau cashout awal bulan, ia tetap akan  diproses oleh churpchurp pada hujung bulan, agak rugi kan?

buat duit dengan churpchurp cek1 |  Cek ke 3 hasil buat duit dengan churpchurp

Hampir 7 bulan diperlukan untuk dapat RM128.98 ! Takpe, selagi kita usaha, akan ada hasilnya.  Anggapla duit churpchurp ini seperti kita simpan duit syiling dalam tabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Untuk cek ke4 nanti, saya cadang nak cashout akhir bulan 12 nanti. Kalau sebelum tu dah capai RM100,  saya tetap takkan cashout. Harap semangat saya kuat untuk bersabar. Jadi, banyak la sikit harapnya komisen yang diterima. Insyaallah.

Kalau anda belum sertai dan minat nak buat duit dengan churpchurp, boleh daftar disini.

Related posts:

  1. Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?
  2. Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp
  3. Penjelasan tentang pakej video buat duit dengan Youtube
  4. Akhirnya… Cek Clickbank dah tukar jadi duit
  5. Cek Clickbank Pertamaku

One Response

  1. pengumpul lirik lagu Friday, 27 July, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge