Chapter-M: Saya Ingin Memohon Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang anda maklum, 5 hari yang lalu saya telah mempromosikan sebuah buku bertajuk Chapter-M. Pada hari ini saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penulis buku Chapter-M iaitu En. Gobala Krishnan.

Ini kerana saya telah tidak mematuhi terms anda condition yang beliau tetapkan untuk menjual Chapter-M. Pengakuan ini saya buat atas kesedaran bahawa saya telah tersilap dan bukan atas paksaan sesiapa.

Sebenarnya, sebentar tadi semasa sedang menguruskan beberapa perkara tentang Chapter M, saya telah tergerak hati untuk membaca sekali lagi Term and Condition yang perlu dipatuhi. Dan kali ini saya tersedar bahawa saya telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak mematuhi syarat ke-3 yang telah ditetapkan.

Mungkin semasa saya membaca TnC ini pada pertama kali saya tidak menelitinya dengan baik kerana terlalu teruja untuk mempromosikannya. Saya tidak berniat langsung untuk melanggar TnC tersebut. Patutla saya tidak berjumpa dengan mana-mana reseller chapter M yang membuat tawaran “sebaik” tawaran saya.. rupa-rupanya saya telah melakukan kesalahan!
Atas sebab itu, saya telah melakukan beberapa perubahan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Peristiwa ini telah memberikan satu pengajaran kepada saya iaitu agar lebih berhati-hati dimasa hadapan.

Salam sukses!

Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com

P.S: Jika anda berminat untuk mendapatkan Chapter-M, sila lawat laman web http://chapter-m.tambahpendapatan.com kerana saya telah menyediakan satu pakej yang sangat menarik untuk anda.

Related posts:

  1. Chapter-M: Penyelesaian kepada Masalah Paypal dan Clickbank Rakyat Malaysia

2 Comments

  1. siantan77 Tuesday, 16 May, 2006
  2. gobala Tuesday, 16 May, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge