Cukai Prepaid 6% ditangguhkan

Setelah kecoh beberapa hari dengan isu cukai topup sebanyak 6% semasa belanjawan hari tu. Kini, dah ada update bahawa ia ditangguhkan buat sementara waktu. Nampaknya sebagai pengguna prepaid, kita perlu mencari alternatif lain untuk memaksimakan keuntungan bila beli prepaid. Bila cukai ni dilaksanakan nanti, takdela kita menggaru kepala pula.

TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

‚ÄúSetakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu. “Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Khamis ini.

Sumber:Berita Harian

Related posts:

  1. Bisnes Prepaid TuneTalk – ToneExcel

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge