Didik Anak Cara Sunnah

Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahu didik anak cara sunnah. Ini kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.

didik anak cara sunnah1 |  Didik Anak Cara Sunnah

Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.

Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikut cara Islam:

1. Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam

2. Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

3. Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

4. Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama “Allah”. Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

5. Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.

6. Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

7. Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:

  • Dengan cara melihat
  • Dengan cara mendengar
  • Dengan cara berfikir
  • Dengan cara bercakap

ban2rap |  Didik Anak Cara Sunnah

Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.

Ada 3 peringkat dalam mendidik anak

1. Peringkat bawah 7 tahun.
jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.

2. Peringakat 7-14 tahun
jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..

3. Peringkat 14 tahun ke atas
jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.

Mudah-mudahan dengan cara mendidik anak cara sunnah seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

Related posts:

  1. Didik Anak Hargai WANG!
  2. Bermain jigsaw puzzle bersama anak-anak
  3. Al –Quran adalah panduan hidup terbaik sepanjang zaman
  4. Adab membaca Al – Quran dengan baik
  5. Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak