Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Dah lama tak update blog ni sejak bercuti sempena hari raya hari tu. Sepanjang bercuti tak dapat nak akses internet sangat. Biasala, kat kampung banyak aktiviti nak dibuat. Tapi income tetap masyuk walaupun bercuti. Itulah kelebihan buat bisnes MLM – walaupun kita bercuti, pendapatan tak pernah putus. Sebenarnya ada banyak yang saya nak ceritakan cuma tak sempat.

hfmd 300x225 |  Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)Balik dari cuti beraya, Adib – anak saya yang kecik sekali pula diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pada hari kami pulang ke KL dia demam panas. Nasib baik tak meragam sangat masa dalam perjalanan. Esoknya kami bawa dia ke klinik sebab ingatkan dia kena chicken pox, tapi bila bawa ke klinik doktor kata HFMD. Terkejut beruk besar saya. Sebab banyak cerita tentang penyakit ni di suratkhabar. Risau jugak kalau-kalau kena masuk wad.

Penyakit ni mudah berjangkit dan biasanya akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Doktor cuma bagi ubat demam je. Jadi kena kuarantin kat rumah je la. Nanti berjangkit pulak kat anak orang lain. Tapi doktor kata, tak perlu risau sebab ia tak merbahaya sangat, kecuali kalau ada berlaku komplikasi seperti sawan, anak tak mahu makan dan lain-lain yang kita rasa membimbangkan, kena la bawa ke hospital.

Since ia mudah berjangkit pada kanak-kanak bawah 10 tahun, doktor pesan bahawa ia mungkin akan berjangkit pada abang dan kakaknya. Dan memang betul, 3 hari selepas tu, aisyah dan adam pulak demam dan menunjukkan simptom yang sama. Tapi alhamdulillah sebab aisyah tak banyak sangat keluar rashes dan adam pun langsung tak keluar apa-apa ruam. Jadi, aisyah saya bagi dia “cuti sakit” dan tak perlu ke tadika untuk 1 minggu.

Banyak perancangan untuk bisnes terpaksa ditangguhkan dulu sebab bila anak-anak sakit ni, memang banyakkerenahnya. Yela, kalau kerja pejabat pun biasanya saya akan ambik cuti. Inikan pulak bekerja sendiri di rumah. Takde siapa nak larang kan?

Okla, cukup dulu untuk hari ni. Doakan anak-anak saya akan sihat kembali. Dan kalau anda ada anak-anak kecik, berhati-hati la ye. Sebab dari beberapa orang rakan yang saya tanya, anak mereka pun kena serang penyakit tangan, kaki dan mulut. Mungkin sekarang ni musim dia kot.

Kat sini saya nak share beberapa laman web yang ada ceritakan tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ni.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Kementerian Kesihatan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – HUKM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Dr.Azwan
Hand, Foot and Mouth Disease – Sarawak Health

Related posts:

  1. Jom Derma melalui SMS dan Program Oprah’s Big Give
  2. Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet
  3. Saya dan TM (trace mineral)

One Response

  1. suziyana Friday, 3 December, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge