Elakkan 5 perkara ini jika anda seorang affliate.

Affiliate adalah antara lubuk untuk menjana pendapatan di internet. Melalui affliate, tiada modal permulaan di perlukan. Jika perlu, ia hanyalah sedikit sahaja. Oleh kerana kosnye adalah percuma, hampir semua newbie di dalam dunia perniagaan internet menceburi dunia affliate sebagai langkah pertama mereka.

Namun, kebanyakan dari mereka tewas sebelum berjuang. Selepas berusaha beberapa bulan, tiada langsung jualan yang berjaya di hasilkan oleh mereka. Mereka tidak berjaya bukan kerana mereka tidak berusaha tetapi mereka tidak berjaya di sebabkan kurangnya ilmu.

Affiliate-affliate newbie tidak tahu yang patut di lakukan dan apa yang patut di lakukan. Jadi sangat mudah untuk affliate-affliate senior mengambil kesempatan dari kelemahan newbie-newbie ini. Untuk membantu seorang affliate menjana pendapatan di internet, saya senaraikan lima perkara yang seorang affliate tidak patut lakukan.

Lima perkara yang membunuh prestasi seorang affliate.

1. Tidak melakukan aktiviti pra jualan.

Kesilapan utama seorang affiliate adalah tidak melakukan aktiviti pra jualan semasa ingin mempromosi produk affliate. Mereka selalunya mempromosi link utama affiliate tanpa perlu direct ke page pra jualan dahulu. Pra jualan penting untuk anda memperkenalkan produk yang anda ingin jual menggunakan ayat anda sendiri.

Pra jualan boleh jadi landing page, artikel, ebook percuma, video dan lain-lain kaedah pra jualan. Seperti seorang agen insurans yang menerangkan polisi insurans kepada prospek, anda juga perlu menerangkan produk yang anda jual kepada prospek anda.

2. Tidak tahu membina website yang asas.

Salah satu kelemahan yang ada pada newbie affiliate adalah mereka tidak tahu bagaimana hendak membina website. Website adalah komponen yang penting dalam pemasaran di internet. Jika anda tidak tahu, anda perlu belajar. Cukup sahaja tahu membina landing page sendiri.

3. Tidak belajar cara tarik trafik

Satu kelemahan yang ketara adalah tiada kreativiti di dalam aktiviti promosi. Kebanyakan affilate mempromosikan produk di tempat yang sama seperti affliate yang lain. Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya, anda perlu belajar teknik dan cara yang kreatif untuk menarik trafik.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik seperti

Pemasaran forum
Pemasaran artikel
Youtube
Iklan di facebook.
Pay per click
Pay per Impression
SEO
Dan bermacam-macam lagi..

Anda perlu belajar jika tidak tahu. Jika tidak mahu belajar, anda tidak akan kemana-mana sebagai affliate.

4. Terlalu cepat mengalah.

Jika mahu jadi seorang yang berjaya, anda tidak boleh mengalah dengan terlalu cepat, anda perlu berani untuk mencuba dan terus mencuba. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya adalah oran berjaya merancang untuk mencuba manakala orang yang tidak berjaya merancang untuk berangan.

5. Terlalu lambat bertindak.

Untuk menjadi seorang affliate yang berjaya, anda harus elakkan dari bertindak terlalu lambat. Apa yang anda rancang, patut di selesaikan dengan lebih awal tanpa menangguh-nangguhnya. Jika ada produk hangat yang keluar di pasaran atau ada trend baru yang menjadi ikutan atau apa sahaja yang terbaru di pasaran, anda perlu pantas bertindak.

Contohnya jika pada tahun itu produk berkaitan kerjaya memperoleh keuntungan yang menggalakkan, anda perlu pantas membina list bagi niche tersebut supaya apabila ada produk yang lebih hangat keluar pada tahun hadapan, anda sudah bersedia dengan senjata-senjata yang ada.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge