Fokus hanya 1 produk untuk 1 laman web

Salah satu ciri laman web yang efektif ialah laman web yang fokus. Maksudnya ialah laman web tersebut hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja.

Ramai peniaga di internet cuba mempelbagaikan produk mereka didalam satu laman web dengan harapan akan mengaut banyak keuntungan dan menjimatkan kos. Tetapi anggapan ini tidak 100% betul, malah ada yang mengalami kerugian yang teruk. Hmm..kenapa?

Jika laman web anda mempelbagaikan produk, fokus para pelawat web anda akan hilang. Mungkin mereka melihat produk A sangat sesuai untuk mereka, tetapi tiba – tiba mereka ternampak produk B yang lebih baik. Pada masa itu, fokus utama mereka terhadap produk A telah hilang. Pada masa yang sama mereka kekeliruan untuk memilih mana satu yang terbaik untuk mereka dan kemungkinan mereka menangguhkan hasrat untuk membeli atau beralih ke pesaing anda. Nah, anda sudahpun kehilangan seorang pelanggan

Kebaikannya jika anda memfokuskan satu produk untuk satu laman web anda, pelawat yang datang akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda tawarkan. Dengan menumpukan perhatian, secara tidak langsung ia membangkitkan rasa teruja terhadap produk anda dan tidak mustahil mereka akan membeli dari anda

Bayangkan, laman web anda menjual buku tetapi pada masa yang sama anda menjual baju batik di laman web yang sama. Laman web anda mungkin hanya dikunjungi oleh mereka yang ingin membeli buku sahaja. Bagi peminat baju batik, mereka akan lebih suka melawat laman web yang menjual baju batik daripada laman web anda. Perniagaan buku anda mungkin maju, tetapi baju batik anda tidak mendapat permintaan yang tinggi. Anda ada 2 produk, tetapi hanya 1 produk yang menguntungkan. Jika anda ada 2 laman web, satu menjual buku manakala satu lagi menjual baju batik, anda akan mendapat keuntungan dari kedua – dua perniagaan ini.

Ingat, keuntungan yang kecil jika digandakan akan mendatangkan keuntungan yang besar. Menggabungkan pelbagai produk dalam satu laman web bukanlah satu tindakan yang terbaik, sebaliknya laman web yang fokus kepada 1 produk akan menghasilkan keuntungan.

1 laman web, 1 produk!

Related posts:

  1. Rahsia Laman Web Dikunjungi Ramai Pelawat
  2. 65+ Web Iklan Percuma untuk Promosi Produk Anda
  3. Belajar membuat laman web secara percuma
  4. Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet
  5. Kuasa Fokus Dalam Perniagaan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge