Grafik Minimum untuk Laman Web

Jika anda mahu laman web anda menjual dengan banyak, sediakan satu laman web yang ringkas tetapi padat dengan informasi disamping surat jualan yang memukau. Dengan memenuhkan laman web anda dengan grafik, ia bukanlah jaminan untuk laman web anda akan laku. Namun anda boleh abaikan nasihat ini jika perniagaan anda menjual atau merekabentuk grafik.

Ramai orang beranggapan dengan meletakkan grafik yang canggih akan membuatkan laman web tersebut menjadi laku. Dengan grafik yang berterbangan kesana – kesini, perkataan yang berkelip – kelip serta muzik yang berkumandang, ianya akan mengganggu konsentrasi pengunjung yang melayari laman web anda.

Walau bagaimanapun, laman web yang tiada grafik juga akan menjejaskan perniagaan anda. Oleh itu, sediakan grafik yang sederhana tetapi menarik. Sediakan grafik untuk Header, Footer, Background dan Ecover. Itu sudah memadai, kerana apa yang penting ialah kemahuan pelanggan; informasi atau penyelesaian kepada masalah mereka.

Contohnya, jika anda menjual ubat untuk menyuburkan rambut, sediakan gambar seorang lelaki yang berkepala botak dan gambar beliau dengan rambut selepas menggunakan produk anda. Itu sudah cukup untuk memberitahu pelawat anda bahawa produk anda memang berkesan!

Secara peribadi, grafik Header, Footer, Background, ecover dan sedikit grafik berkenaan perniagaan anda sudah mencukupi untuk laman web anda. Grafik tak perlulah canggih sangat, yang penting informasi perlu banyak.

NOTA: Abaikan nasihat ini jika perniagaan anda berasaskan grafik dan audio.

Related posts:

  1. Kepentingan Tagline dan Logo untuk Laman Web
  2. Fokus hanya 1 produk untuk 1 laman web
  3. Rahsia Laman Web Dikunjungi Ramai Pelawat
  4. Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet
  5. Teknik Mempromosikan Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge