Harga Saham FGVH Terkini

harga saham fgvh terkini 21 |  Harga Saham FGVH Terkini

Hari ni tiba-tiba teringat untuk semak harga saham fgvh terkini sebab ia baru je disenaraikan pagi tadi. Jadi, saya merajinkan diri menjenguk di web Bursa Malaysia dan harga terkini yang saya lihat pada jam 1.15 petang tadi ialah RM5.29. Saya difahamkan harga saham fgvh ni dibuka pada harga RM5.39 dimana ia lebih tinggi dari harga ditawarkan iatu RM4.55.

harga saham fgvh terkini 300x168 |  Harga Saham FGVH Terkini

Saya takdela arif sangat tentang saham ni, tapi teringin juga ambil tahu serba sedikit tentang ni. Jadi, ada buat sedikit carian ringkas dari google. Kalau-kalau ada yang update tentang naik turun harga saham fgvh ni, dan saya jumpa ini.

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkan RM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepada RM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.

Itu adalah info yang yang saya dapat dari blog Pahang Daily. Tak pastila berapa harga saham ni bila kaunter saham ditutup hari ni. Tertanya-tanya agak-agaknya, berapakah target harga tertinggi yang boleh dicapai oleh saham felda ni dan saya terjumpa info ini.

IPO FGVH target price/fair value oleh Research House setakat ini :
Maybank Investment   : 6.00
Interpacific                    : 5.80
ECM                                  : 5.65
Affin Investment         : 5.50
TA                                     : 5.50
JF Apex                         : 5.40
MIDF                             : 5.30
Ave.                               : 5.60
Highest                       : 6.00
Lowest                       : 5.30
Sumber harga anggaran ni saya dapat dari  web ni. Kalau harga saham fgvh ni naik sampai RM6.00 seperti dijangkakan, mesti ramai yang bergembira. Maklumla, dapat durian runtuh.

Berapa Harga Terkini Saham Felda (FGVH) hari ini ?

Akhir kata, boleh rujuk web Bursa Malaysia ini untuk dapatkan harga terkini saham fgv untuk hari ini (secara realtime) . Dan boleh juga ikuti forum ini dan ikuti perbincangan berkaitan saham felda fgvh ini.

ss468X60 |  Harga Saham FGVH Terkini

Kalau nak belajar tentang pasaran saham, mungkin panduan saham ini boleh membantu. Pelaburan pada ilmu, jika diamalkan pasti menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda. Semoga info ini dapat membantu anda yang berminat dengan harga saham fgvh ini.

Related posts:

  1. Harga minyak naik lagi! Jom kita buat duit

11 Comments

  1. Denaihati Friday, 29 June, 2012
  2. admin Tuesday, 3 July, 2012
  3. Ron Monday, 10 September, 2012
  4. Jane Monday, 10 September, 2012
  5. jasa Tuesday, 11 September, 2012
  6. jasa Tuesday, 11 September, 2012
  7. cik buku Wednesday, 26 September, 2012
  8. poket berasap Tuesday, 9 October, 2012
  9. MILZA Friday, 30 November, 2012
  10. Admin Sunday, 6 January, 2013
  11. hassan Tuesday, 17 March, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge