Iklan Merdeka Pertonas 2008 Memang Best

Pertamanya saya nak ucapkan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51″ untuk seluruh rakyat Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Saya sangat tertarik dengan iklan Petronas yang terbaru sempena sambutan Kemerdekaaan Malaysia yang ke 51 ni. Ingatkan tahun ni Petronas tak buat apa-apa iklan merdeka. Sebab siaran pertama iklan ni saya tengok di TV3 adalah pada 19 Ogos 2008.

Ok, berbalik pasal iklan ni. Ia mengisahkan seorang penjual cempedak
yang mempunyai seorang anak bernama Aiman. Macam budak-budak lain,
Aiman ni akan mintak macam-macam dari ayah dia.

Aiman: “abah, boleh tak abah belikan aiman XXX ?

Abah :”Aiman, kalaulah abah ni banyak duit, bukan saje XXX , XXX pun abah akan belikan”

Walaupun agak kecewa, tapi dia tak putus asa. Dia akan cari idea jugak untuk mendapatkan apa yang dia hajatkan. Otak dia memang genius dan telah berjaya mencipta pelbagai produk hinggakan rumah dia menjadi tumpuan orang kampung.

8 tahun kemudian,Aiman pun dapat tawaran belajar ke Universiti. Aiman risau jugak takut permintaan dia tak dapat abah tunaikan macam sebelum ni. Diam tak diam, rupa-rupanya abah dah ada simpanan RM41,000 untuk Aiman. Jadi, dapatla Aiman sambung belajar.

10 tahun kemudian, tiba-tiba ada orang bawak motor besar singgah kat gerai cempedak abah. Rupa-rupanya itu adalah Aiman, yang dah belikan motosikal besar “Abah Punya”. Abah Aiman ni memang dari dulu idamkan nak dapat motor besar ni.

Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Nak tau apa pengajarannya. Kenala hayati sendiri ni.

Klik untuk tengok iklan Hari Merdeka 2008 oleh Petronas di YouTube.

Related posts:

  1. Selamat Tahun Baru 2008
  2. Tawaran Istimewa Sempena Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge