Jangan beli pakej video buat duit dengan youtube

Hari ni saya nak bercerita tentang produk  Pakej Video Buat Duit Dengan Youtube yang pernah hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia yang berminat nak buat duit di internet. Sudah hampir setahun saya membeli  pakej video tersebut. Alhamdulillah sebab saya pernah merasa pulangan hasil dari mengaplikasikan teknik tersebut.

cover-pakejvideo2

Anda boleh rujuk posting saya yang terdahulu disini

http://asmawati.com/akhirnya-berhasil-jugak-usaha-saya-buat-duit-dari-youtube/
http://asmawati.com/penjelasan-tentang-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
http://asmawati.com/cek-clickbank-pertamaku/
http://asmawati.com/akhirnya-cek-clickbank-dah-tukar-jadi-duit/

Ia memang sebuah teknik promosi laman web yang sangat berkesan pada saya. Tetapi, sudah agak lama saya tidak mengaplikasikannya, atas sebab kesibukan dan kelemahan diri saya sendiri. Tapi, tak mustahil saya akan start semula apply teknik ini sebab saya tahu ia memang berkesan.  Memang tak rugi kalau kita melabur untuk ilmu, insyaallah akan bermanfaat kalau diaplikasikan. Bagi saya dalam proses buat duit di internet ni, kalau saya tak usahakan , memang takkan dapat hasilnya.

Ok, kembali kepada tajuk post kali ini…

Akhir-akhir ini, saya menerima banyak sms dan email yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima produk “Panduan Buat Duit Dengan Youtube” ini walaupun telah membuat bayaran. Ada yang sudah lebih 1 minggu menanti, tapi masih belum mendapat produk yang diidamkan.

Walaupun saya bukanlah pemilik laman web tersebut, tetapi saya merasa bertanggungjawab untuk mengingatkan anda tentang masalah ini. sebab testimoni saya ada terpampang di web jualannya. Jadi, kalau anda berniat nak beli produk ini, harap dapat ingat tentang risiko ini. Sebab saya tak pasti, kalau ia terjadi pada semua pembeli atau hanya sebahagian sahaja.

Post ini bukan berniat untuk memburukkan sesiapa. Ia sekadar peringatan kepada mereka yang berniat untuk membeli pakej video buat duit dengan youtube agar menimbangkan risiko yang mungkin akan anda hadapi.

Saya sendiri sudah lama tidak menerima sebarang update dari pihak puan lisa hilmi. Email terakhir yang diterima adalah tentang penukaran pengurusan laman web pakej video tersebut dan pemberian bonus kepada pembeli pakej tersebut. Dibawah ialah email yang diterima.

MEGABONUS bernilai RM1139 untuk pembeli Pakej Video Youtube
Sunday, 23 August, 2009 3:10 PM
From: “lisa hilmi” Add sender to Contacts
To: “wati”
Salam,

Bermula pada hari ini pihak Team A-Class telah
mengambil alih pengurusan perniagaan LisaHilmi.com.

Sebagai tanda permulaan pihak Team A-Class
dengan berbesar hati akan memberikan MEGABONUS
bernilai RM1139 kepada semua pembeli PAKEJ
VIDEO YOUTUBE bermula dari hari ini.

Pek MEGABONUS ini mengandungi 10 jenis
produk digital yang bermutu tinggi.

Untuk melihat MEGABONUS yang ditawarkan,
sila klik link di bawah –>
xxxx

Pihak kami yakin anda pasti akan teruja melihat
bonus-bonus yang ditawarkan dan yang paling
penting sekali ialah BONUS-BONUS INI
BOLEH ANDA JUAL SEMULA!

Ini bermakna selain dari dapat memiliki pelbagai
ilmu dari pakej dan megabonus kami, anda juga
mendapat hak eksklusif untuk menjual semula
Megabonus yang diberikan dan anda ambil
semua keuntungannya 100%

Tidakkah tawaran ini sangat hebat?

xxxxx

Salam perkenalan,

Team A-Class
www.pakejbimbingan.com

Hingga kini, saya sudah tidak menerima sebarang email update dari pihak Pengurusan web tersebut. Saya juga tidak dapat berhubung dengan beliau melalui YM. Ada yang mengatakan id YM tersebut sudah tidak valid.

Bayaran komisen bagi affiliate juga sudah lama tidak diterima walaupun saya berjaya membuat beberapa jualan. Komisen terakhir diterima pada 22 Jun 2009.

Atas sebab -sebab diatas, diharap anda akan lebih berhati-hati. Mungkin boleh hubungi pihak pengurusan web terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Jika ada yang sudah membeli pakej video ini baru-baru ini, harap dapat berikan komen anda.

UPDATE:(11 Januari 2010)

Pihak pengurusan Lisa Hilmi ada membuat penjelasan tentang persoalan yang saya timbulkan didalam blog ini. Berikut adalah respon dari mereka.

Email dari saya;
Assalamualaikum,

Saya merupakan salah seorang affiliate pakej video lisahilmi. Harap dapat buat bayaran affiliate yang tertangguh sekian lama.

Username affiliate saya ialah wati77 (Asmawati Abdul Manap)

Juga boleh rujuk blog pos saya disini http://asmawati.com/jangan-beli-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
kerana saya agak kecewa dengan pengurusan baru ini.

Semoga kita semua akan mendapat rezeki yang halal,.TQ

Salam sukses!

Jawapan dari pihak pengurusan;
salam,

Satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak audit yg dilantik oleh pn.lisa sendiri mengenai status pembayaran komisen pada hari Isnin 18 Januari 2010 di bahagian buletin affiliate.

Mengenai kes produk tidak dihantar, utk makluman anda pihak kami telah menghantar semua produk yg dipesan tetapi ada beberapa kes dimana pembeli memberikan email yg silap iaitu perbezaan antara yahoo.com dgn yahoo.com.my, ini merupakan punca mengapa ada pembeli yg tidak menerima email link download dan kami hanya akan mengetahui kesilapan ini apabila pembeli tersebut komplen tidak menerima produk dgn menggunakan email yg sebenarnya, dan kami akan menghantar semula email link download ke email sebenar beliau.

Harap Maklum

Terimakasih,

Team A-Class
(Management of LisaHilmi.com)

Dengan penjelasan tersebut, saya harap , sesiapa yang masih belum dapat produk harap dapat hubungi pihak admin. Buat yang telah membuat bayaran, harap dapat memberikan maklumat yang lengkap dan BETUL. Kita nantikan sebarang update pada 18 Januari ini. Buat yang sudah beli, jangan lupa apply, atau ia takkan memberikan sebarang kesan kepada income kita.

24 Comments so far

  1. rina on December 21st, 2009

    Salam.
    Saya pun xdapt contct lg tuan empunya produk itu. Pernah menghubunginya melalui ym tp xberbalas. Harap sesiapa yg mahu membeli apa2 juga produk…berhati2lah. Selamat maju jaya bg semua IM.

  2. maizul.com on December 23rd, 2009

    Kalau tengok pada blognya pun sudah lama tidak berupdate.

  3. Roslan on December 28th, 2009

    Saya ada beli dari link affiliate puan pada 11 Disember 2009. Produk dah dapat, tapi belum habis belajar lagi… cepat juga email response dari soal_lisa@yahoo.com.

  4. amilia on January 2nd, 2010

    Dulu saya ada nk beli,tapi asyik tertangguh,ada hikmahnya…

  5. Muhaimin on January 11th, 2010

    Salam, Puan Lisa masih tak dapat dikesan ke?

  6. dila on January 13th, 2010

    salam kak wati..nk tnya mmg berkesan ek pakej ni kalu ikut betol2?…coz saya dh beli tahun lps lg, tp xpraktik coz last year saya thun akhir di uni n byk kerja nkbuat..so skrg ingt baru nk praktik..dulu cpt je dpt produk ni msa beli..

  7. admin on January 13th, 2010

    insyaallah, akan nampak hasilnya kalau kita betul2 ikut langkah yang diberikan. Yang penting, nak kena sabar dan konsisten.

  8. admin on January 13th, 2010

    puan lisa dah hand over web tu kepada management baru, pembeli masih boleh hubungi mereka melalui email soal_lisa@yahoo.com .

  9. admin on January 13th, 2010

    ya. semuanya perkara ada hikmahnya.

  10. admin on January 13th, 2010

    bagusla . harap info tu memberi manfaat. memang agak cepat respon dari mereka.

  11. admin on January 13th, 2010

    tula, memang dah lama sangat tak update. puan lisa busy sangat kot dengan biz offline

  12. admin on January 13th, 2010

    waalaikumsalam,
    try email ke soal_lisa@yahoo.com . responnya agak cepat. Mungkin YM tu dia dah lama tak buka.

  13. shahir on February 2nd, 2010

    salam,

    saya baru plan nak beli..tp dpt info mcm ni pulak? mcm mana yer? baru eager utk buat business, apa pendapat kak wati??

  14. wadi on February 9th, 2010

    salam,

    setuju ngan shahir. on ke tak on??

  15. admin on February 9th, 2010

    shahir & wadi,

    still boleh on. baru je dapat beberapa updates dari manaagement baru. Komisen pun akan mula dibayar pada 21 hb Februari. Saya rasa sekarang masalah ni dah settle.

  16. adiputra7 on February 18th, 2010

    alhamdulillah.. dengan beberapa tips yang saya ikut sy mula menjana pendapatan di youtube. Insyaalah ada masaalah diusahakan pasti boleh selesai..

  17. RahsiaJusJambu on February 21st, 2010

    produk puan lisa memang tip top..sayangnya bila dah jadi macam..feedback negatif from cust…maka ramai yg ragu2 nak beli

  18. vera on March 2nd, 2010

    alamak, sya bru je beli produk you tube ni.. dah beli, baru sy cuba lawat laman kak wati ni, tetiba tengok tajuk “jangan beli pakej You tube” terkejut beruk dlm hati ni dibuatnye.. huhuu.. camane ni, err.. still on ke penghantaran produk tu?? ruginye.. risau..ish..hati sy dah kacau ni.. bru je berngan2 nak try pakej tu.. hmmm… gelisah le.

  19. mus on March 26th, 2010

    Salam,

    Ape perkembangan terbaru?

    Ade sesiapa yg masih belum dapat produknye ke?

    Sekarang dah bleh ym kak lisa ke blum?

  20. Eddie on April 7th, 2010

    susah sangat ko takeover jer web tu wati. tukar jer sket nama produk jadik “buat pitih guna youtube (versi ganas)”. hehhehe

  21. zuha on May 26th, 2010

    ntah ape cer dia skang? aku pun bru je angan2 nk p bank in duit arini(26 MAY 2010),tiba2 terbaca plak topik ni.. terkejut gak. mcm ada something wrong je.. camne ni? puan lisa de kat mn skunk? risau plk hati ni… ada sapa2 yg bleh tolong saya? plz give ur comment now!

  22. mus on May 29th, 2010

    Skg ni Puan Hjh Jianah yg slalu hantar email bg pihak Puan Lisa, terbaru (24 MAY 2010) die hantar email bersama dgn link ke website ini: http://pakejbimbingan.com/bukti-terkini.html

  23. Carl on June 11th, 2010

    Pakej Video Youtube ini memang menarik untuk di jadikan salah satu daripada strategi bisnes asalkan kita tahu cara yang sesuai dan berkesan serta yang paling penting adalah jangan mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan…

  24. athuf001 on June 19th, 2010

    sy dah beli pada bulan 6/2010 lepas…ok jer..dpt link x sampai 24jam…tp xdapat la nak tuntut ilmu direct dr pn.lisa…spe2 leh takeover YM soal_lisa untuk menjawab soalan2..

Leave a reply