Jom Derma melalui SMS dan Program Oprah’s Big Give

Donation icon |  Jom Derma melalui SMS dan Program Oprahs Big GiveSempena bulan Ramadhan yang mulia ni, rasanya tak salah kalau kita pun menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Saya ada terjumpa laman web RumahAnakYatim.com yang menyenaraikan Rumah Anak Yatim seluruh Malaysia. Jadi kalau anda nak sumbangkan apa-apa ke rumah anak-anak yatim ni, lebih mudah la nanti.

Selain tu, anda juga boleh buat sumbangan melalui SMS. Lebih mudah dan cepat. Kadang-kadang ada di kalangan kita yang tak mampu nak derma banyak-banyak, mungkin setakat RM2 takde masalah. Boleh la sedekahkan melalui sistem SMS ni. Bukan apa, kadang-kadang nak sedekah pada peminta sedekah di jalanan/pasar Ramadhan/ pasar malam, ada rasa ragu-ragu sama ada mereka ni betul-betul susah atau tidak.

Kalau sebelum ni ada yang memang rajin sertai peraduan sms, AFUndi, download lagu , dll. Kenapa idak menderma melalui SMS? Saya ada jumpa 2 program derma yang paling popular. Hanya perlu

Hantar sms TKH2 ke 32244 (atau TKH5, TKH10) – Untuk Tabung Kemiskinan Harakah (TKH)

Hantar sms Tabung2 ke 33533 (atau Tabung 5, Tabung10) – Untuk Tabung Bersamamu TV3.

Kalau anda ada maklumat lain tentang program sms derma ni, bolehla tinggalkan komen dibawah ye.

oprahsbiggive |  Jom Derma melalui SMS dan Program Oprahs Big GiveMalam tadi saya menonton episod akhir sebuah realiti TV iaitu Oprah’s Big Give yang disiarkan di Ntv7 yang telah dimenangi oleh Stephen Paleta yang diberikan title ” Big Giver”. Kalau ikutkan rancangan ni disiarkan pada 20 April 2008 di stesen TV ABC. Kat Malaysia ni lambat la sikit dapat pemenangnya.

Stephen menerima hadiah sebanyak USD1 juta walaupun sejak awal siri ni tak pernah pun ada disebut tentang ganjaran kepada peserta, hadiah USD1juta ni adalah sebuah kejutan untuk mereka. Peserta lain turut menerima hadiah antara USD30,000 hingga USD100,000 .

Memang saya tak pernah miss cerita ni setiap minggu. Apa yang membuatkan saya tertarik ialah bagaimana mereka ini mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan untuk diberikan kepada yang memerlukan. Kalau kat Malaysia ada program realiti macam ni, bagus

Okla, diharap posting ini serba sikit dapat membantu kita menjadi penyumbang yang baik. Bukankah tangan yang memberi itu, lebih baik dari yang menerima?

Related posts:

  1. Harga minyak naik lagi! Jom kita buat duit
  2. Saya dan TM (trace mineral)
  3. Rahsia MLM: Taktik Jom Makan
  4. Pengurusan Masa, Google Adsense dan Belajar Bahasa Arab
  5. Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge