Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.

Pemasaran affiliate adalah kaedah pemasaran yang paling mendapat perhatian di Internet. Model perniagaan ini di ikuti hampir seluruh dunia. Pemilik produk hanya perlu menghantar produk di mana mereka mempunyai ribuan pekerja yang hanya di bayar jika mereka menghasilkan jualan. Di samping itu, newbie affiliate juga semakin mencanak naik di sebabkan mereka terlalu seronok dengan peluang perniagaan yang semakin luas.

Namun, di sebabkan keghairahan pemasaran melalui affiliate, terdapat beberapa orang yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu dan kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan adalah para newbie iaitu mereka yang tiada pengalaman dalam bidang afiliate. Untuk membantu mengenalpasti ciri-ciri program affiliate yang palsu, saya senaraikan empat perkara berikut

Adakah program affiliate itu berbayar?

Jika anda di minta untuk membayar kepada pemilik program affiliate sebelum boleh memulakan perniagaan affiliate anda, kemungkinan besar program tersebut adalah program affiliate yang palsu. Idea untuk perniagaan affiliate adalah ia adalah percuma untuk kita sertai dan komisyen hanya di bayar jika jualan berjaya di lakukan.

Jika mendapati program affiliate itu berbayar, cari sahaja program yang lain kerana terdapat banyak lagi program yang percuma dan boleh di percayai untuk anda sertai nanti.

Dapatkan review dari enjin carian.

Dapatkan review dari enjin carian seperti google dengan menaip frasa berikut “[Nama program] affiliate program review”,. Baca dan nilai sendiri. Namun, ada juga di kalangan pesaing akan memberi tanggapan negatif sesama mereka untuk menghapuskan pesaing mereka. Jadi, anda perlu pandai menilai.

Jika review positif, anda lihat bukti-buktinya. Begitu juga dengan review negatif. Anda juga boleh bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan dapatkan review dari mereka. Jika anda aktif di forum, anda boleh tanya pendapat dan pengalaman mereka yang pernah menyertai program affiliate yang anda hendak sertai itu.

Jika ia di penuhi dengan review yang negatif, saya nasihatkan anda cari sahaja peluang lain di internet.

Adakah sistem track affiliate di sediakan?

Anda perlu periksa sama ada sesuatu program affiliate itu menggunakan sistem affiliate yang ada sistem tracking. Dengan adanya sistem tracking, ia memudahkan anda untuk menilai segala teknik pemasaran anda, iaitu sama ada ia berkesan atau tidak.Antaranya maklumat yang perlu ada dalam sistem tracking adalah

Berapa kali orang klik link anda
Berapa jualan yang anda hasilkan
Dari mana klik terhasil.

Jika tiada sistem tracking dalam sesuatu sistem affiliate, ia bermakna pemilik program affiliate itu tidak serius dalam perniagaannya dan kemungkinan anda juga akan tertipu nanti.

Siasat peraturan yang tersembunyi untuk pemilik program affiliate melakukan pembayaran terhadap anda.

Antara perkara yang anda perlu teliti dalam peraturan program affilate untuk mengelakkan diri anda dari tertipu adalah

Jumlah sebenar komisyen yang bakal anda terima
Adakah anda perlu mencapai komisyen tertentu sebelum layak menerima bayaran dari pemilik program affiliate.
Bila pembayaran komisyen akan di lakukan.
Kaedah pembayaran komisyen

Anda perlu telilit perkara-perkara ini supaya anda boleh bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge