Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.

Berikut adalah antara kelebihan yang anda dapat jika anda membaca Al –Quran pada setiap hari.

Diri anda akan jadi lebih disiplin untuk tunaikan ibadah terutama sembahyang lima waktu. Apabila kita berjaya disiplinkan diri kita membaca Al –Quran pada setiap hari, secara automatik. anda akan terpanggil untuk tunaikan segala suruhan Allah taala di dalam Al Quran terutama sembahyang lima waktu.
Jiwa anda yang kacau akan jadi setenang – tenangnya, insyaAllah. Setiap hari anda membaca ayat – ayat Al –Quran yang mengandungi segala panduan hidup di muka bumi. Secara tidak langsung, anda akan jadi tenang kerana ayat – ayat Al –Quran mengandungi sakinah ( tenang).
Hidup anda akan di berkati Allah taala dan insyaAllah rahmat Allah taala akan di turunkan kepada anda.
Jiwa anda akan bertukar menjadi jiwa yang selalu bersyukur.
Anda rasa tertolak untuk melakukan perkara yang jahat.
Anda akan lebih faham ayat Al –Quran dari sebelumnya.
Iman anda akan bertambah kuat kerana hati anda selalu mendengar perintah Allah taala secara langsung dari bacaan Al –Quran anda.
Anda akan sentiasa di beri hidayah oleh Allah taala.
Mendapat pahala yang banyak.
Dapat mengenali Allah taala dengan lebih dekat lagi.
Daya ingatan akan bertambah kuat dan gerak rasa juga akan bertambah kuat dari sebelumnya.
Anda akan fasih membaca Al –Quran dan anda boleh menjadi imam pada komuniiti anda.
Hidup anda akan di penuhi dengan kebaikan berbanding kejahatan.
Jiwa anda dekat untuk sentiasa berdoa pada Allah taala.

Related posts:

  1. Belajar Al Quran melalui amalan.
  2. Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.
  3. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.
  4. Al Quran adalah lengkap dan tidak ada duanya.
  5. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.