Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.

Berikut adalah senarai kelebihan membaca Al-Quran yang anda perlu tahu
Dapat membersihkan hati yang penuh karat dan kotoran. Mereka yang selalu membaca AL-Quran dengan ikhlas selalunya mempunyai hati yang sangat baik.
Dapat mengetahui perintah Allah taala. Al-Quran adalah kitab yang mengandungi segala perintah Allah taala untuk kita. Apabila anda selalu membacanya, anda akan tahu perintah Allah taala dan insyaAllah anda ada semangat untuk beramal apa yang anda tahu.
Fikiran anda akan jadi lebih tenang kerana selalu mendengar perintah Allah taala. Kadangkala fikiran kita rasa tidak tenang kerana hati kita memberontak untuk mendengar perintah Allah taala. Apabila anda selalu membaca Al-Quran, hati anda akan jadi lebih tenang dan anda juga akan jadi lebih waras.
Dapat merapatkan diri anda dengan perintah Allh taala.
Nabi Muhammad S.A.W adalah AL-Quran hidup di mana baginda S.A.W mengamalkan semua perkara yang di ceritakan di dalam Al-Quran. Secara tidak langsung, jika anda membaca Al-Quran dan beramal dengannya, anda akan ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Hati anda akan rasa lebih ikhlas.
Anda akan rasa lebih bahagia.
Anda berjaya memperjuangkan agama islam.
Dapat belajar membaca doa – doa yang hebat. Al-Quran mengandungi ribuan doa – doa yang hebat. Apabila anda selalu membaca AL-Quran, anda akan selalu berdoa pada Allah taala.
Allah taala akan mengangkat martabat anda yang ikhlas membaca Al-Quran.
Anda akan hilang sifat mazmumah di dalam diri seperti sikap dengki dan lain – lain.
Anda akan dapat ilmu baru pda setiap hari. Seperti mana yang anda tahu Al-Quran adalah gedung ilmu. Secara tidak langsung, apabila anda selalu membacanya, anda akan dapat ilmu baru pad setiap masa.

Related posts:

  1. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.
  2. Belajar Al Quran melalui amalan.
  3. Baca Al Quran sehingga sampai ke hati anda.
  4. Al Quran adalah panduan hidup untuk kita ikut.
  5. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.