Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.

Sebagai newbie yang kosong pengalaman menjana pendapatan dari internet, eloklah anda memilih untuk memasuki alam pemasaran affiliate. Affiliate adalah bidang yang sesuai untuk anda memulakan langkah pertama melainkan anda memiliki produk atau servis sendiri untuk di tawarkan pada pengguna internet yang lain.

Affiliate adalah agen pemasaran. Ini bermakna anda menjadi agen bagi satu produk dan anda perlu melakukan promosi dan mencari pelanggan bagi produk tersebut. Komisyen hanya di beri jika anda berjaya menghasilkan jualan. Melalui affiliate, tiada produk atau modal yang banyak di perlukan bagi memulakan perniagaan.

Jika anda sudah berada lama dalam arena perniagaan internet, anda pasti selalu mendengar kenyataan bahawa affiliate adalah salah satu cara yang mudah untuk menjana pendapatan di internet. Namun, ia tidaklah semudah yang anda sangka kerana proses pembelajaran akan mengambil masa yang lama. Perniagaan tidak boleh di perlajari melalui teori kerana ia adalah proses praktikal.

Untuk memudahkan anda menjana pendapatan melalui affiliate dengan pantas. Saya tampilkan empat perkara yang anda perlu asah untuk menjadikan diri anda sebagai super affiliate.

Memahami konsep perniagaan affiliate bagi sesuatu produk.

Kadangkala setiap program affiliate mengandungi terma dan syarat yang berlainan. Anda perlu menghayati setiap syarat yang ada pada sesuatu program affiliate tersebut. Antara perkara yang anda perlu tahu adalah

Bagaimana komisyen di kira ? Adakah pay per sale ? Adakah pay per action? Adakah anda boleh menerima komisyen pada setiap bulan?
Bila pembayaran akan di lakukan?
Bagaimana corak pembayaran komsyen? Adakaha melalui cek atau bank transfer?
Syarat-syarat melakukan promosi bagi sesuatu produk.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ketika menyertai mana-mana program affiliate adalah memerhatikan syarat dan terma yang di wujudkan oleh pemilik program affiliate. Langkah ini penting supaya anda dapat memastikan kelancaran di kemudian hari. Dengan memahami peraturan sesuatu program affiliate itu, anda boleh melakukan pemasaran dengan lebih berkesan.

Minda yang positif.

Jika anda berfikir negatif, anda adalah seorang pekerja dan bukannya bos. Seorang affiliate adalah bos. Menjadi bos bermakna anda perlu sentiasa berfikiran positif. Dalam perniagaan menerusi affiliate, pemikiran negatif tidak langsung boleh di fikirkan. Semuanya perlu di teruskan walau sesukar mana halangan di hadapan mata.

Untuk menghasilkan minda yang positif anda perlu fokus. Anda fokus dengan matlamat anda untuk menjana pendapatan menerusi affiliate. Sekali anda memilih untuk melaksanakan sesuatu keputusan, jangan sesekali anda putus asa kerana jika anda putus asa, anda akan terus melakukannya pada masa hadapan. Kekalkan minda positif. Untuk berjaya tiada jalan singkat untuk anda lalui. Semua jalan perlu mengatasi perasaan putus asa. Tidak putus asa akan menjamin anda tempat sebagai super affiliate.

Penjanaan trafik

Untuk anda jana pendapatan menerusi affiliate, anda perlu ada jualan. Tiada jualan, tiada komisyen. Untuk menghasilkan jualan anda perlu ada prospek dan prospek adalah trafik. Jika anda tidak mahir dalam menarik trafik, anda perlu mahirkan diri anda sekarang. Untuk mahir dalam penjanaan trafik, anda perlu cuba sendiri teknik tersebut.

Terdapat berbagai cara dan kaedah untuk menarik trafik. Pilihan di tangan anda. Jika anda masih baru, anda perlu pelajari dari mereka yang berpengalaman. Jika anda ada modal yang mencukupi, anda boleh mengupah orang lain untuk mencari trafik untuk anda. Contohnya menggunakan perkhidmatan SEO dan mengadakan cabaran Pay Per Lead.

Copywriting.

Perkara terakhir yang anda perlu ada dalam senarai kemahiran anda adalah copywriting. Sebagai seorang agen, kita perlu bermulut manis. Di dalam dunia offline kita adalah seperti salesmen atau jurujual. Di internet, apa yang kita tulis mencerminkan diri kita. Anda perlu mahir menulis ayat-ayat yang boleh mempengaruhi pelawat untuk membeli dari anda.

Namun, anda boleh pilih sama ada untuk mempelajarinya sendiri atau memilih orang lain untuk melakukannya bagi pihak anda iaitu mengupah copywriter.

Keempat-empat kemahiran ini penting bagi menjadikan diri anda seorang super affiliate. Tiada alasan untuk anda tidak berjaya melainkan anda mengabaikan salah satu dari empat kemahiran penting ini.

Related posts:

  1. Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.
  2. 4 Kualiti yang perlu anda pada seorang affiliate yang berjaya
  3. 4 kesilapan newbie yang sebabkan dia gagal buat duit dengan affiliate.
  4. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah
  5. 5 perkara yang boleh meningkatkan pendapatan affiliate.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge