Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?

Pernah jumpa ayat di bawah?

“Link affiliate anda tidak akan kelihatan seperti link affiliate. Contoh link http://ads.ipowerweb.com/~afftrend/transaction.php?APID=7&affID=
00000000000000017787 akan menjadi http://www.domainanda.com/ipower

Pengguna tidak akan ketahui bahawa link tersebut adalah link affiliate sama sekali dan tidak akan was-was untuk klik padanya

Pengguna tidak dapat memintas link affiliate tersebut kerana link tersebut seolah-olah adalah sebahagian dari laman web anda dan tiada id affiliate yang kelihatan.”

atau pun ayat di bawah ini?

“Pastikan pembaca tidak tahu ia adalah affiliate link.”

atau ayat seumpamanya?

Tidakkah dengan naluri seorang manusia, kita dapat berfikir, kenapa perlu menyembunyikan affiliate link? Kenapa perlu bersusah melindunginya? Adakah kita cuba menipu pembaca?

Artikel “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?” ini ditulis bagi mengupas fenomena tidak sihat ini.

Affiliate Program menjanjikan pulangan lumayan kepada pesertanya. Ia mudah. Anda hanya perlu mempunyai minat dan skil menulis yang baik, kemudian melalui penulisan anda, anda mengajak pembaca membeli sesuatu produk yang sedang dijajakan. Ya, tepat sekali. Anda adalah jurujual online!

Sebagai jurujual yang beretika, anda sepatutnya dengan terus terang memberitahu pembaca, bahawa anda mendapat komisyen bagi usaha anda membawa mereka ke laman jualan sesuatu produk. Keikhlasan ini biasanya dipandang tinggi oleh pembaca. Ia membina kredibiliti anda.

Justeru, fenomena menyembunyikan affiliate link(<i>memperelokkannya*</i> adalah suatu isu yang lain), perlu dibanteras.

Berikut adalah tanda-tanda kematian Affiliate Program jika fenomena ini tidak dibanteras:

Anda sebagai pengamal dalam industri affiliate program perlu melakukan tindakan bijak bagi mengatasi fenomena ini. Ia bermula dari setiap dari kita.

*memperelokkannya – memperelokkan affiliate link adalah suatu usaha menjadikan ia mesra enjin carian, lebih elok dipandang mata dan memendekkan affiliate link yang panjang.

About the Author

En. Aku adalah penggemar Internet. Boleh temui beliau di http://www.enaku.com

Tags :

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

One Comment

Leave Comment