Kembali Dari Percutian Yang Panjang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Agak lama saya “berehat” dari sebarang aktiviti online kerana sibuk dengan urusan keluarga. Percutian selama 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman bersama mak, ayah, adik-beradik(7 orang semuanya) dan mak saudara dari Kedah memang best! Seronok jugak sebab sudah agak lama kitaorang adik beradik tidak berkumpul bersama. Maklumlah ada yang dah berkeluarga selain komitmen dengan kerja.

Lepas ke Tioman, saya pulang ke Pasir Mas, Kelantan pulak untuk bercuti bersama keluarga mertua hampir seminggu. Jadi, bila sampai di KL hari Rabu, tak dapat online untuk sehari dua. Maklumla bila dah tinggalkan rumah hampir 2 minggu, banyak yang perlu diselesaikan.

Agak banyak email yang perlu diambil tindakan, tetapi email dari salah seorang rakan yang memaklumkan tentang satu program Affiliate terbaru memang menarik minat saya. Ia adalah

Program Affiliate yang dijalankan oleh Team Saifulsham bagi Program Seminar Perniagaan Internet yang mereka kendalikan. Berikut adalah serba sedikit maklumat berkaitan program ini.
————————-
Affiliate ini baru dilancarkan hari ini dan anda adalah antara orang terawal yang mengetahui tentangnya.Saya amat yakin ia akan menggegarkan Malaysia kerana diterajui oleh dua orang pakar pemasaran internet tempatan yang terkenal.

Kelebihan Menyertai Affiliate ini :
[+] Affiliate PERCUMA dan MudahTidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Affiliate ini akan membayar anda sejumlah RM50 untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh anda.Berbeza dengan program affiliate lain, Affiliate ini akan melatih anda dan membentuk anda menjadi usahawan Internet yang beretika dan berjaya.

[+] Program Paling Mudah Dan Menguntungkan.Apabila anda menyertai Affiliate ini anda akan dibekalkan dengan marketing materials yang bermutu tinggi dan mencukupi untuk mempromosi produk mereka yang bemutu tinggi.Apabila affiliate link anda di klik menuju ke web, aktiviti mereka akan dikesan dan direkod oleh perisian affiliate yang canggih.Jika pengguna tersebut membeli, akaun anda akan direkodkan dan dibayar komisyen yang lumayan.

[+] Laporan Pemasaran Terkini & Sistem Canggih.Semak penyata trafik, jualan dan statistik akaun anda 24 jam sehari dan lihat bagaimana prestasi perniagaan Internet anda.Jangan tunggu lagi, sertai sekarang dan anda berpeluang membina rangkaian yang besar kerana affiliate ini menyediakan program 2nd Tier dimana anda mendapat komisyen 10% hasil jualan downline anda.
—————————————-
Jadi, dapatkan maklumat lanjut dan mendaftar sebagai affiliate secara PERCUMA melalui web http://www.tambahpendapatan.com/seminarinternet.htm

Selain itu, saya ada juga menerima Jemputan untuk Thank You Lunch bersama Gobala Krishnan (penulis Chapter M) pada 19 Jun 2006 (Isnin) ni. 5 orang pertama yang sampai akan dapat makan FREE! sebab dia akan belanja. Jadi, kepada sesiapa yang dah beli Chapter M dan mendapat jemputan ni.. kalau ada masa dan kesempatan, boleh la pergi. Bagi saya, tak dapat la nak pergi..

Akhir sekali, saya nak maklumkan bahawa saya dah letakkan kembali shoutbox di blog ini. Sebelum ni saya keluarkan sebab ada masalah di pihak shoutmix.com. Jadi, sekarang ni nampaknya masalah tu dah diselesaikan, saya letakkannya kembali. Jadi, sesiapa yang minat nak bagi apa-apa komen atau cadangan, boleh jugak gunakan shoutbox tu.

Okla, rasanya tu je posting saya buat masa ni. Banyak idea dan perancangan yang diperolehi time bercuti yang perlu saya gerakkan sekarang.

Salah sukses!
Asmawati
http://www.tambahpendapatan.com

Related posts:

  1. Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?

One Response

  1. smartusaha Monday, 19 June, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge