Kenali Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke web Asmawati.com ini.

Nama penuh saya adalah Asmawati Abdul Manap. Biasanya orang memanggil saya panggilan wati.

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa yang kini menjadikan internet sebagai satu sumber pendapatan. Saya berasal dari Temerloh, Pahang tetapi sekarang ni menetap di Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun 1977. Sudah berkahwin dan kini memiliki 3 orang cahayamata (Aisyah, Adam dan Adib).

Saya telah menamatkan pengajian di UMKL pada tahun 2000 dengan memperolehi Ijazah Kejuruteraan. Saya pernah bertugas di sebuah agensi kerajaan sebagai Pegawai Penyelidik sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2004.

Saya mula menyertai dunia perniagaan internet kerana sedar bahawa ia memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak.

Dengan hasrat itu, lahirlah web Tambahpendapatan.com iaitu nama domain pertama yang saya beli. Tujuan utamanya ialah untuk saya berkongsi pengalaman, pengetahuan dan peluang yang ada bersama para pengunjung.

Diharap laman web ini serba sedikit dapat memberikan manfaat kepada kita semua untuk berjaya didalam bidang ini.

Salam sukses!

No Comments

Comments are closed.