Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak membuat posting di dalam blog ini kerana agak sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik saya. Hampir 2 minggu saya tinggal di kampung membantu keluarga dan ia serba sedikit membataskan akses internet saya.

Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang autoresponder. Mungkin ada di kalangan anda yang sudah tahu apa itu autoresponder dan ada juga yang masih kabur tentangnya.

Autoresponder ialah satu� sistem yang bertindak seperti setiausaha anda. � Satu sistem autoresponder akan menguruskan pelanggan atau bakal pelanggan� anda dengan membolehkan mereka menyertai mailing list anda dan seterusnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka dengan hanya mengisi borang opt-in yang disediakan.

Saya pasti anda biasa terjumpa laman web yang menyediakan borang� seperti ini yang mana anda perlu isikan nama dan alamat email� untuk� membolehkan anda mendapatkan sesuatu maklumat� atau produk. Ia sebenarnya dikenali sebagai opt-in form dimana dengan mengisi borang tersebut anda sebenarnya bersetuju untuk menerima email dari pemilik web.

Ini juga akan dapat mengelakkan terjadinya dakwaan SPAM kerana email yang dihantar adalah dengan kebenaran anda serta anda juga boleh menghentikan penerimaan email dari pemilik web pada bila-bila masa sahaja dengan hanya klik pada link yang disediakan.

Dengan menggunakan autoresponder anda boleh menyediakan terlebih dahulu mesej/email yang ingin dihantar, programkan kedalam sistem autoresponder dan� setkan tempoh masa mesej akan dihantar.

Dengan adanya autoresponder, anda boleh menghantar mesej secara serentak kepada 10, 100 malah 10,000 pelanggan dengan hanya satu klik sahaja. Anda boleh gunakan untuk berhubungan dengan pelanggan lama anda, membina hubungan dengan bakal pelanggan,� memaklumkan tentang aktiviti terbaru, menyediakan kursus melalui email dan banyak lagi kegunaan autoesponder yang boleh anda teroka.

Anda hanya perlu gunakan� kreativiti anda untuk membuat lebih banyak jualan dan mendapatkan pelanggan yang berpotensi.

Dulu saya sendiri tak begitu yakin untuk menggunakan autoresponder. Namun atas tunjuk ajar upline saya, saya telah gunakan autoresponder untuk membantu saya menjalankan perniagaan MLM yang saya sertai. Dan ia memang sangat berkesan didalam membantu saya membuat follow-up kepada prospek saya.

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan autoresponder ialah;

  1. http://freeautobot.com/ – PERCUMA dan saya sendiri menggunakannya.
  2. http://responders.com/ – PERCUMA
  3. http://sendfree.com/� – PERCUMA
  4. http://getresponse.com/ – PERCUMA dan berbayar
  5. http://aweber.com/ -� BERBAYAR dan antara perkhidmatan autoresponder yang menjadi pilihan ramai
  6. http://emailaces.com/ – BERBAYAR tetapi pada kos yang sangat rendah

Okla, terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana perkhidmatan yang dirasakan sesuai dengan keperluan dan modal anda. Kalau yang percuma tu memang takde kos tambahan tetapi banyak kekurangannya.

Saya sendiri memang bercadang untuk bertukar kepada autoresponder yang berbayar suatu masa nanti. Selain tu, kalau anda inginkan lebih banyak maklumat tentang autoresponder ni, boleh juga baca beberapa artikel kat bawah ni.

Salam sukses!

bm 468x60 |  Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet

Related posts:

  1. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

4 Comments

  1. sukeri Monday, 4 September, 2006
  2. Noorizam Shah Wednesday, 6 September, 2006
  3. siantan Saturday, 9 September, 2006
  4. azwan Saturday, 9 September, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge