Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet

Apa itu laman web mini (minisite) ?

Laman web mini atau minisite merupakan sebuah laman web yang mempunyai 1 atau 2 mukasurat sahaja yang menumpukan kepada SATU tujuan sahaja seperti

1. Untuk mendapat jualan , ATAU
2. Untuk mendapatkan sign-up bagi newsletter anda, ATAU
3. Untuk mendapatkan kepada sesebuah program affiliate, ATAU
4. Untuk mendapatkan klik kepada iklan Google Adsense, ATAU
5. Apa jua yang sesuai.

Apakah kepentingan membina sebuah laman web mini untuk perniagaan internet anda?

Apa yang paling penting didalam sesebuah minisite adalah untuk mendapat tindakbalas/respon yang paling anda ingini. Secara ringkas ia bermakna,

1. Anda tidak boleh membuat rekabentuk laman web yang rumit
2. Elakkan terlalu banyak grafik , kerana ia akan melambatkan proses paparan seluruh laman web
3. Elakkan animasi atau lain-lain plug-in kerana ia akan mengelirukan pelawat
4. Elakkan gangguan yang tidak penting
5. Elakkan isi kandungan yang tidak penting
6. Elakkan hype atau sebarang bentuk seumpamanya.

Anda hanya perlu pastikan bahawa pelawat memberikan respon seperti yang anda kehendaki. Ia boleh jadi satu klik kepada borang tempahan dimana maklumat kaedah pembayaran disediakan. Ataupun pelawat mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter dan seterusnya membolehkan anda membuat follow-up dimasa depan.

Pastikan laman web tersebut membuat satu perkara pada satu masa. Jika terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu-satu masa, ia mungkin mengelirukan pelawat dan mungkin mereka akan tutup sahaja laman web. Secara tak langsung ia mengurangkan keuntungan perniagaan internet anda.

Susah ke nak bina minisite ini? Sebenarnya takde la susah sangat hendak membina laman web minisite ni walaupun anda tak mempunyai latarbelakang IT atau kemahiran rekabentuk grafik. Tambahan pula sekarang ni Catzer dah keluarkan “Pakej Eksklusif Tutorial Bervideo Panduan Minisite”. Ini adalah panduan eksklusif yang merangkumi video tutorial lengkap berkaitan pembinaan laman web minisite untuk tujuan pemasaran anda!

pm banner468x60 |  Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet

Dalam video tutorial ini, anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina laman web minisite anda menggunakan perisian HTML Editor Popular dan Percuma dan menjadikan laman web anda umpama sebuah laman web yang professional!

Kini tiada lagi alasan yang dapat anda berikan untuk tidak mampu membina laman web pemasaran menggunakan tangan anda sendiri. Dapatkan segera panduan minisite ini pada hari ini juga dan pelajari segera pembinaan laman web pemasaran yang diperlukan.

Related posts:

  1. Membina “Senarai Nama”Di Internet Untuk MLM Anda
  2. Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
  3. Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet
  4. Tutorial Pengurusan Laman Web melalui CPanel dalam bentuk video
  5. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

2 Comments

  1. Malaysia web design Friday, 14 August, 2009
  2. sabree hussin Sunday, 28 February, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge