Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance – part 1

kerja dari rumah tanpa modal freelancer |  Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance   part 1Internet adalah lubuk duit dan peluang kerja dari rumah tanpa modal merupakan salah satu peluang buat duit yang tidak wajar dilepaskan. Salah satu peluang kerja sambilan yang adalah ialah sebagai freelancer.

Internet bukanlah perniagaan trend atau sesuatu yang akan di telan zaman. Selagi ada internet, selagi itulah perniagaan internet akan wujud. Ia adalah sama dengan situasi stesyen minyak. Selagi wujud kenderaan dan loji minyak mentah, stesyen minyak tetap akan menjadi perniagaan yang relevan.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Marilah sertai perniagaan yang tiada had ini sama ada secara part time atau full time. Namun, ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu dalam perniagaan internet ini iaitu perniagaan ini mampu memberi anda pendapatan segera kepada anda walaupun anda hanya membuat kerja dari rumah tanpa modal.

Apa yang anda perlu ada adalah sambungan internet dan sedikit kemahiran, anda sudah boleh memulakan pencarian wang anda. Perniagaan yang saya maksudkan adalah buat duit melalui freelance iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain.

Apa itu freelancer?

Seorang freelancer akan membuat kerja atau memberikan servis kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Mereka bekerja secara bebas (tiada majikan) dan boleh juga dikatakan sebagai seorang usahawan. Dia tidak memerlukan sebarang sijil (jika ada pasti lebih baik) kerana faktor utama untuk mendapatkan kerja ialah dia dapat membuktikan bahawa dia berupaya menjalankan tugas yang diberikan dengan dengan baik.

Setiap hari di Internet terdapat berpuluh ribu kerja freelance di tawarkan kepada sesiapa yang mahukannya. Apa yang anda perlu ada adalah kemahiran. Di sini, saya akan huraikan 3 jenis freelance utama yang ada di internet. Sebenarnya terdapat banyak lagi kerja freelance tetapi saya akan utamakan yang tiga ini dahulu.

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai Freelance #1: Menulis artikel.

Di internet, pekerjaan ini adalah yang paling panas dan saingan pula adalah sangat sengit. Namun, anda tidak perlu gusar kerana di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. Kini semua orang ingin berblog dan menjana pendapatan darinya. Namun, tiada semua orang ada masa atau ada bakat dalam menulis.

Jadi, mereka akan mengupah orang untuk menulis bagi pihak mereka. Di sinilah anda mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan darinya. Ada banyak jenis kerja penulisan yang boleh anda lakukan, antaranya

Penulisan artikel.
• Penulisan blog.
• Cerita pendek.
• Lagu.
• Sajak dan puisi.
• Cerita lawak.
• Penulisan artikel akademik

Pendek kata, segala jenis pekerjaan penulisan ada di tawarkan di Internet. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari sahaja pekerjaan yang di tawarkan dan jana wang darinya.

Untuk setiap artikel yang di tulis anda mungkin akan di bayar sebanyak 3 USD (RM 9). Namun, apabila reputasi anda sudah meningkat dan tahap penulisan anda bertambah baik, anda mungkin akan di bayar sehingga 10 USD bagi setiap artikel. Bayangkan dalam sehari anda menulis 10 hingga 20 artikel. Tidakkah ia akan membantu anda daris segi kewangan.

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai Freelance #2 : Designer untuk website.

Jika anda kreatif, anda boleh jana pendapatan menerusi design grafik atau website. Bagi satu minisite simple, anda boleh jana pendapatan sehingga 500 USD. Fuh ! lumayan bukan.

Untuk permulaan, anda mungkin hanya mampu menjana 30 hingga 50 USD bagi satu website. Namun, ia tetap lumayan. Sesungguhnya ia adalah lubuk wang segera bagi anda yang kreatif.

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai Freelance #3 : Jual website yang sudah siap.

Jual sahaja website yang sudah siap kepada pelanggan-pelanggan di

http://www.flippa.com
http://www.ebay.com
http://www.websitebroker.com

Anda reka apa-apa website yang anda selesa dan tahu. Kemudian anda jual di website di atas. Jika ada yang berminat, mereka akan beli. Jadi, tidak ada tekanan di sini. Antara website yang boleh di jual adalah

• Automatik blog.
• Blog yang siap sedia untuk di gunakan.
• Website jualan beserta dengan produk.
• Website reseller
• Website korporat.

Anda boleh jual website yang sudah siap ini antara 50USD hingga 200 USD bergantung sejauh mana tingginya permintaan. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai website anda.

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai Freelance #4: Buat duit dengan programming.

Anda tahu programming? Jika tidak tahu, anda boleh belajar kerana ia adalah lubuk wang segera yang bagus untuk di ceburi. Kini, usahawan internet lebih suka untuk mengupah orang lain untuk melakukan kerja remeh temeh seperti programming website dan lain-lain kerana mereka lebih suka fokus untuk melakukan promosi.

Jadi, adalah tugas anda untuk mengebas duit mereka ini. Pasang blog, setting script, integrasi sistem dan penulisan program software, semuanya memerlukan anda yang mahir dalam programming. Anda mungkin akan di bayar mengikut jam atau mengikut kerja yang anda terima.

Kerja dari rumah tanpa modal sebagai Freelance #5 : Apa sahaja servis.

Apa sahaja servis yang anda mampu beri anda boleh jual servis anda itu. Antara servis yang anda boleh jalankan adalah

• Mengambil upah promosi produk di forum-forum.
• Mengambil upah melakukan tugas SEO seperti submit site ke sosial bookmark.
• Mengambil upah mendownload video dari youtube, letak watermark dan upload ke kembali ke youtube.
• Mengambil upah melakukan keyword research.
• Mengambil upah download movie.
• Mengambil upah beli barang dari pasar raya dan hantar ke rumah pembeli.
• Mengambil upah menjadi latar suara di video.

Pendek kata, apa sahaja yang anda mampu sumbangkan, anda boleh jana pendapatan darinya. Contoh terbaik ada di http://www.fiver.com
Di Fiver terdapat banyak perkhidmatan pelik yang di cadangkan. Mungkin anda boleh tiru dari perkhidmatan di sana.

Dimanakah anda boleh mendapatkan kerja freelance dan tips untuk berjaya sebagai freelancer? Saya akan kupaskan dalam artikel Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance – part 2 pula.

 

Related posts:

  1. Peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal ?
  2. Asas Buat Duit Tanpa Modal Dengan Affiliate
  3. Mencari Kerja Dari Rumah Secara Online?
  4. Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?
  5. Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge