Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance – part 2

kerja dari rumah tanpa modal freelancer 2 |  Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance   part 2Sebelum ini saya kongsikan part 1 tentang kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance. Seperti yang dijanjikan, kali ini saya kongsikan bahagian kedua pula.

Dimanakah tempat yang sesuai untuk mencari kerja freelance?

Ada banyak sebenarnya laman web yang boleh anda layari. Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh tawarkan perkhidmatan freelance anda.

http://www.elance.com

http://www.getafreelancer.com

http://www.rentacoder.com

http://www.odesk.com

http://www.fiver.com

http://www.ebay.com

Ada banyak lagi tempat untuk anda cari kerja tetapi enam laman web di atas adalah antara laman web yang ada permintaan yang banyak. Selain laman web seperti di atas, anda juga boleh cari kerja di forum-forum. Berikut adalah senarai forum utama di internet yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan darinya :

http://www.warriorforum.com

http://www.digitalpoint.com

http://www.sitepoint.com

http://www.wangcyber.com

Selain itu, anda jugaboleh mendapatkan bantuan pihak ke-3 seperti Jobdirumah.com untuk mendapatkan senarai kerja smbilan yangboleh anda lakukan. Boleh baca review ini sebagai panduan.

Tips tambahan untuk Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance

Berikut adalah tips-tips penting untuk jana pendapatan dari Freelance

1. Fokus- fokus pada kerja anda, jangan buang masa untuk melihat emel dan bersosial di laman sosial terlalu kerap sehingga menangguh-nangguhkan kerja.

2. Sentiasa berhubung dengan pelanggan – sentiasa update kerja anda dengan pelanggan anda. Pelanggan mungkin tidak kisah jika anda lewat sedikit menyiapkan kerja kerana anda selalu berhubungan dengan mereka. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati jika pelanggan lari dari anda dan tidak melakukan pembayaran hasil kerja yang anda buat.

3. Sentiasa buatkan yang terbaik untuk setiap kerja yang anda dapat. Sentiasa over deliver kerja yang anda dapat untuk menarik perhatian pelanggan. Cara ini untuk memikat mereka untuk mengupah anda secara berulang-ulang.

4.  Anda berhak untuk tolak pelanggan – jika ada di antara pelanggan yang agak cerewet dan permintaan yang sentiasa berubah-ubah sehingga tidak logik serta kadangkala memarahi anda walaupun anda telah buatkan yang terbaik, anda berhak untuk memecat mereka. Jangan takut rosak reputasi jika anda ada sebab yang kukuh untuk tidak menghabiskan kerja mereka.

5. Jalankan pekerjaan pada harga yang rendah dahulu untuk membina kredibilit, testimoni dan mengasah bakat anda.

Akhir kata, anda tentukan sendiri jadual anda, anda juga tentukan sendiri upah yang anda hendak. Jangan jadi takut untuk berjaya dan jangan terlalu berani untuk gagal, jadi manusia yang normal untuk melakukan perkara luar biasa. Selamat mencuba untuk berjaya membuat kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance

Related posts:

  1. Kerja dari rumah tanpa modal sebagai freelance – part 1
  2. Peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal ?
  3. Asas Buat Duit Tanpa Modal Dengan Affiliate
  4. Mencari Kerja Dari Rumah Secara Online?
  5. Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?

One Response

  1. Mrs Kamilah Sunday, 23 June, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge