Kesan Fikiran Negatif Kepada Kehidupan

Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.

Berfikir negatif  ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.fikiran negatif |  Kesan Fikiran Negatif Kepada Kehidupan

Apa yang penting adalah untuk kita menyedarinya dan dengan pantas, alihkan fikiran tersebut supaya fikiran negatif tidak memakan diri kita sendiri. Dengan menyedari dan mengetahui apakah kesan-kesan negatif yang akan terjadi pada diri kita, ia merupakan langkah awal untuk kita alihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif.

Negatif terhadap diri
Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.

Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.

Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!

Negatif terhadap orang lain
Tidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.

Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan “kejayaan” dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.

Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar, kita juga tidak ‘mahu’ untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!

Sumber: Irfan Khairi

Related posts:

  1. Chapter-M: Penyelesaian kepada Masalah Paypal dan Clickbank Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge