Khidmat Pelanggan untuk melariskan jualan

Ramai orang mengeluh dengan khidmat pelanggan yang teruk. Setelah membeli, segala pertanyaan para pelanggan diabaikan dan langsung tidak dijawab. Akhirnya, reputasi perniagaan tersebut jatuh merudum kerana para pelanggan tidak lagi mempercayai peniaga tersebut dan menganggap diri mereka ditipu!

Jadi, untuk memastikan perniagaan anda sentiasa diingati sediakan khidmat pelanggan yang tiada tolok bandingnya. Jawab semua pertanyaan dari pelanggan dengan cepat, sekurang – kurangnya dalam masa 24 jam. Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu – tunggu. Disamping itu, jawapan yang anda berikan juga harus memenuhi pertanyaan pelanggan anda. Berikan tunjuk ajar yang sepatutnya, sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan selalulah meng’update’ perkembangan terbaru perniagaan anda.

Dengan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan, perniagaan anda akan sentiasa diingati dan laman web anda sering menjadi tumpuan. Walaupun laman web anda tidak canggih, seperti laman web yang lain yang menyediakan ‘live chat’, anda tetap mampu menjadi seorang usahawan internet yang berjaya dengan menyediakan khidmat pelanggan yang tiada tolok bandingnya.

Luangkan sedikit masa dalam 1 hingga ke 2 jam sehari untuk membalas email para pelanggan anda. Ianya tidaklah sesusah mana…kerana hasil kerja keras anda menyediakan khidmat pelanggan yang baik akan membuatkan perniagaan anda mengalami keuntungan yang tiada hadnya!

Related posts:

  1. Teknik Hadiah Percuma untuk melariskan jualan
  2. Cara Mendapatkan Testimoni Untuk Melariskan Jualan
  3. Kepentingan Tagline dan Logo untuk Laman Web
  4. Panduan Membina Senarai Nama Pelanggan
  5. Perniagaan Internet : Gandakan Hasil Jualan Dengan Bayaran Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge