Kisah Seekor Kumbang

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu D .

Kumbang ni bukan kumbang biasa… warna dia kemas-emasan sedikit. Alif telah bersedia terlebih dahulu dengan sudah membawa plastik untuk di tempatkan kumbang yang telah ditangkap. Setelah selesai aktiviti petang saya mengambil keputusan membawa kumbang ini balik.

Esok apa lagi bawak pergi sekolah la kumbang-kumbang ni D Sesampai di sekolah ramai yang heran.. ” Eh.. ni kumbang jenis aper ni Dely?” tanya seorang kawanku. “NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia” jawabku supaya mereka yang mendengar bertambah hairan ) . Kawanku seorang lagi berkata ” Bagi aku satu Dely.. nak satu jer”.

Secara sepontan otak bisnesku ini menghantarkan isyarat supaya jangan bagi free hehe. Hendak diringkaskan cerita sayapun menjual kumbang-kumbang emas itu takdi dengan harga 30sen seekor. Kesian pulak kumbang tu huhu. Wah banyak permintaan dan petang esok apa lagi terus saya pergi tangkap lagi kumbang tu.

Keesokan saya jual lagi dan seorang pelajar ni dier beli kumbang dengan saya.. tiba-tiba kumbang tu terbang ( Tu laa tak jaga dengan baik ) ). Dia pun nangis dan mendapat perhatian cikgu kelas saya. Cikgu tu tanya dia ader masalah ker dan ohh tidakkk dia menceritakan tentang perniagaan kumbangku itu.

Saya terpaksa pulangkan balik duit dier 30sen (dah rugi ni) dan cikgu bagi warning jangan menjual lagi di sekolah ) dan kumbang-kumbang yang belum sempat habis saya jualkan tu saya simpan dalam beg. Apabila pulang saya jual pulak kumbang-kumbang tu atas bas sekolah yang saya naiki. Hehe driver bas pun beli 2 ekor huhu berjaya jugak habiskan stok perniagaan kumbang pada hari itu.Selepas itu saya tekad tak nak berniaga kumbang lagi.

Habislah coretan diari seorang pelajar hari ini. Hehe banyak lagi kisah berniaga saya di sekolah. Tunggulah yer episode-episod akan datang. Mungkin kumbang juga boleh di jadikan niche baru dalam perniagaan internet ) dan buat blog pasal kumbang-kumbang emas hehe secara tidak langsung menyahut seruan bro SmarZul supaya jangan buat lagi blog tentang IM.

Nampaknya perniagaan kumbang ini saya untung 100% tanpa mengeluarkan modal!
About the Author
Labanon adalah gelaran bagi seorang remaja yang mahu mencapai tahap bebas kewangan sebelum mencecah usia 20thn yang bernama Adly Bin Mukhtar. Semangatnya lebih membara lagi apabila mula melayari laman-laman web ebiz di Malaysia sekitar tahun 2005 ketika itu berumur 15thn. Semangatnya untuk menjadi saudagar cyber lebih membara apabila ketika itu kecoh akhbar memaparkan jutawan internet muda iaitu Dr.Irfan Khairi.Beliau menjadi jutawan semasa berusia 24thn itu sememangnya menjadi satu cabaran kepada Labanon untuk menjadi jutawan seawal yang mungkin.Namun Labanon sedar yang untuk menjadi jutwan tidak mudah seperti yang disangka tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada Labanon dan telah membeli domain JomBerniaga.com & beberapa domain lain menunjukkan semangatnya yang membara di dalam perniagaan internet. Buat pengetahuan semua saya telahpun dapat duit melalui internet. Walaupun dalam jumlah yang kecil namun ianya tetap memotivasikan diri saya untuk menjadi jutawan cyber suatu hari nanti. Dengan masih mengkaji lagi tentang perniagaan internet Labanon ada projeknya yang tersendiri yang mungkin beroperasi selepas SPM. Akhir kata “Jom Berniaga kerana itulah satu-satunya jalan untuk menjadi jutawan”. Memanglah banyak cara lain untuk menjadi jutawan namun bagi saya everything is busniess!!

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge