Komisen GDI pertama sudah diterima

Selamat Tahun Baru 2010. Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan kepada anda. Semoga tahun ini, akan menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tahun ini juga, anak sulung saya- Aisyah sudah mula bersekolah di Tahun 1. Alhamdulillah, dia sangat seronok ke sekolah. Jadi, rutin harian saya akan semakin sibuk selepas ini. Agak sukar untuk mencuri masa berblog dan berbisnes internet.

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda satu berita gembira. Selepas 3 bulan menyertai GDI, akhirnya saya telah menerima komisen pertama dari GDI. Ia dibayar melalui paypal. Bagi saya ia lebih pantas dan mudah. Ini menunjukkan bahawa GDI bukanlah penipu. ia memang sebuah program yang akan membayar ahlinya.

Berikut adalah screenshot bukti bayaran dari Paypal. Klik untuk besarkan.

gdi bukti 1stpayment1 300x194 |  Komisen GDI pertama sudah diterima

Walaupun tidak sebanyak mana, ia cukup baik sebagai permulaan. Ia juga boleh membayar kos GDI untuk bayaran 3 bulan. Apa yang saya lakukan, hanyalah mempromosikan laman web autoviral yang diberikan. Info lanjut tentang bisnes GDI dan web autoviral ini, bolehla layari http://duitbijak.com/autoviral

Related posts:

  1. Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda
  2. Cara membatalkan akaun GDI
  3. Cara aktifkan kad debit Maybank Visa untuk bisnes GDI
  4. Apa Itu Bisnes GDI
  5. Projek Terbaru – Buat Duit Dengan GDI

2 Comments

  1. dinsblog Thursday, 4 February, 2010
  2. aisblogger Saturday, 20 February, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge