Kuasa Fokus Dalam Perniagaan Internet

Oleh Mohd Zulfadli
Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Sepertimana perniagaan secara konvensional, perniagaan melalui internet atau online ini juga memerlukan kita memiliki ciri-ciri ataupun attitude yang baik dan positif. Antara yg terpenting adalah FOKUS. Hanya satu perkataan iaitu fokus..

Saya suka mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, fokus terhadap apa yg kita lakukan adalah amat penting. Buatlah apa sahaja, jika anda tidak fokus dan ber-istiqamah, nescaya amat sukar untuk anda berjaya.

FOKUS yang saya maksudkan di sini ialah, apabila kita telah mempunyai satu produk, kita mesti memberikan tumpuan sepenuhnya kepada produk tersebut. Sebagai contoh mudah, apabila seseorang telah berjaya menghasilkan satu produk & telah melancarkan dan mula menjual produknya itu melalui internet, dia mula tidak fokus. Pada bulan yg pertama, dia begitu bersungguh-sungguh, mengiklankan dan mempromosikan di sana-sini, namun apabila produknya tidak mendapat sambutan atau tiada trafik (pengunjung) yg ramai ke websitenya, dia mula berputus asa… Bukan salah produk.. Yang salah adalah tidak fokus.

Fokus di sini bukan hanya berterusan mengiklan & mempromosi, tidak. Tetapi, cuba belajar dan terus belajar teknik2 pemasaran internet seperti copywriting, e-zine, email marketing, salescopy dan lain-lain lagi. Juga, cuba menganalisis apakah & di manakah silap yg menyebabkan tiada ramai yg membeli produk kita.

Para pembaca, ramai di kalangan kita yang hanya ‘panas’ pada permulaan. Ini juga telah berlaku kepada saya pada waktu permulaan saya di bidang perniagaan internet ini. Salah satu kelemahan saya adalah KURANG FOKUS. Tetapi sekarang, saya cuba untuk memiliki kuasa FOKUS itu. Bukan sihir atau ilmu hitam. Tetapi kesungguhan kita dalam perniagaan. Luangkan sedikit masa sehari untuk mempelajari perkara yg baru serta untuk membuat analisis terhadap e-bisnes kita.

FOKUS adalah begitu penting. Salah satu lagi contoh ialah di dalam proses pembelajaran. Artikel demi artikel di-download dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus e-book dibeli atau di-download… TAPI sayang, satu pun tidak dibuka untuk dipelajari SECARA SERIUS. Ini berlaku kepada saya. Empat tahun yang lepas, saya sudah mengetahui kewujudan internet bisnes ini, bahkan semasa saya di tingkatan dua lagi (1995). Namun saya tidak berjaya dan tidak bertindak terhadap peluang itu. KERANA Tiada FOKUS. Namun, masih belum terlambat untuk kita bermula.

Pastikan apabila anda sudah bermula, PASTIKAN ANDA FOKUS. Setelah anda ada produk dan telah memulakan jualan, PESANAN saya, jangan fikirkan produk lain lagi. Fikirkan dan mulakan produk lain apabila produk anda yang pertama tadi telah berjaya. Mengapa? Lebih-lebih lagi adalah bagi yang newbie atau yang baru bermula di dalam e-bisnes. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Belajarlah dengan kesilapan atau ‘kegagalan’ dengan satu produk terlebih dahulu. Buatlah eksperimen terhadap teknik2 yang dipelajari terhadap satu produk itu dahulu. InsyaAllah, setelah anda telah melalui sedikit asam-garam dunia e-bisnes, barulah anda boleh memikirkan produk yang lain pula. Jadi, fokus kepada satu produk terlebih dahulu untuk belajar menjadi usahawan internet yang berjaya.

Mengenai Penulis
Mohd Zulfadli adalah usahawan internet sepenuh masa dan sentiasa mempelajari kaedah-kaedah pemasaran internet dari semasa ke semasa. Lawati blog beliau untuk info dan tip perniagaan internet di http://blog.smartusaha.com .

Related posts:

  1. Lima Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya
  2. Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet
  3. Penggunaan autoresponder didalam perniagaan internet
  4. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet
  5. Kuasa Fokus

One Response

  1. Malaysia web design Thursday, 13 August, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge