Kuasa Fokus

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada anda. Tak kira la jika anda bekerja dari rumah, bekerja dengan swasta atau kerajaan atau berniaga. Sebab apa pun yang kita buat, ia tetap satu pekerjaan. Semoga anda akan terus cemerlang!

Semalam, sempena hari pekerja.. Pegi jalan-jalan di Putrajaya dengan anak-anak. Memang cantik tempatnya tapi panas sangat.. so, tak dapat la nak round beria-ria sangat. Dulu masa bekerja dengan kerajaan, ada jugak pergi sana, tapi sebab pergi atas urusan kerja, tlak dapat la nak jalan-jalan.

Okla, hari ni saya bukan nak cerita tentang lawatan saya ke Putrajaya. Semalam juga saya dapat gift dari HOtlink yang mana saya boleh hantar 1000 sms� PERCUMA sehingga jam 11.59 malam. Mula-mula tak percaya jugak, tapi since adik saya kata benda ni memang betul anda bila semak kat web Hotlink memang ada. saya pun memulakan operasi menghantar SMS.

Tapi, saya hanya hantar kepada mereka yang pernah hubungi saya berkaitan bisnes atau memang kenalan saya. Saya maklumkan mengenai blog ini. Harap jika anda salah seorang daripada mereka yang menerima SMS saya itu tidak menganggapnya sebagai SPAM. Memang sebelum ni saya sendiri banyak menerima SMS SPAM dan ia memang agak mengganggu. Jadi, saya pun tak berniat nak SPAM sesiapa. Maaf jika anda rasa terganggu.

Okla, saya juga bukan nak cerita tentang SPAM hari ni. Sekadar berkongsi satu artikel bertajuk “Kuasa Fokus” yang ditulis oleh Sdr. Zulfadli. Saya dapat idea nak letakkan artikel ini sebab saya kira pengalaman yang dilalui penulis juga hampir sama dengan saya walaupun bidang yang diceburi agak berlainan. Semoga ia akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Salam sukses!

Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://prepaid.tambahpendapatan.com
Peluang Side-Income: http://soho.tambahpendapatan.com/
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm

—————————————————————————-
Kuasa Fokus
oleh Mohd Zulfadli
Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Sepertimana perniagaan secara konvensional, perniagaan melalui internet atau online ini juga memerlukan kita memiliki ciri-ciri ataupun attitude yang baik dan positif.. Antara yg terpenting adalah FOKUS.. Hanya satu perkataan iaitu fokus.. Saya suka mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, fokus terhadap apa yg kita lakukan adalah amat penting. Buatlah apa sahaja, jika anda tidak fokus dan ber-istiqamah, nescaya amat sukar untuk anda berjaya..

FOKUS yang saya maksudkan di sini ialah, apabila kita telah mempunyai satu produk, kita mesti memberikan tumpuan sepenuhnya kepada produk tersebut.. Sebagai contoh mudah, apabila seseorang telah berjaya menghasilkan satu produk & telah melancarkan dan mula menjual produknya itu melalui internet, dia mula tidak fokus… Pada bulan yg pertama, dia begitu excited, mengiklankan di sana-sini (forum, ruang iklan, SPAM?? dan lain2), namun apabila produknya tidak mendapat sambutan atau tiada trafik (pengunjung) yg ramai ke websitenya, dia mula berputus asa… Bukan salah produk.. Yang salah adalah tidak fokus…

Fokus di sini bukan hanya berterusan mengiklan & mempromosi.. Tidak… Tetapi, cuba belajar & terus belajar teknik2 pemasaran internet seperti copywriting, e-zine, email marketing, salescopy dan lain-lain lagi.. Juga, cuba menganalisis apakah & di manakah silap yg menyebabkan tiada ramai yg membeli produk kita..

Para pembaca, ramai di kalangan kita yang hanya ‘panas’ pada permulaan.. Ini juga telah berlaku kepada saya.. Salah satu kelemahan saya adalah KURANG FOKUS.. Tetapi sekarang, saya cuba untuk memiliki kuasa FOKUS itu.. Bukan sihir atau ilmu hitam.. Tetapi kesungguhan kita dalam perniagaan.. Luangkan sedikit masa sehari untuk mempelajari perkara yg baru serta untuk membuat analisis terhadap e-bisnes kita..

FOKUS adalah begitu penting.. Salah satu lagi contoh ialah di dalam proses pembelajaran.. Artikel demi artikel di-download (save) dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus e-book dibeli atau di-download… TAPI sayang, satu pun tidak dibuka untuk dipelajari SECARA SERIUS… Ini berlaku kepada saya… Empat tahun yang lepas, saya sudah mengetahui kewujudan internet business ini, bahkan semasa saya tingkatan dua lagi.. Namun saya tidak berjaya & tidak bertindak terhadap peluang itu… KERANA… Tiada FOKUS… Namun, masih belum terlambat untuk kita bermula..

Pastikan bila anda sudah bermula, PASTIKAN ANDA FOKUS… Setelah anda ada produk dan telah memulakan jualan, PESANAN saya, jangan fikirkan produk lain lagi.. Fikirkan dan mulakan produk lain apabila produk anda yang pertama tadi telah berjaya.. Mengapa? Lebih-lebih lagi adalah bagi yang newbie atau yang baru bermula di dalam e-bisnes.. Banyak lagi yang perlu dipelajari…

Belajarlah dengan kesilapan atau ‘kegagalan’ dengan satu produk terlebih dahulu.. Buatlah eksperimen terhadap teknik2 yang dipelajari terhadap satu produk itu dahulu.. InsyaAllah, setelah anda telah melalui sedikit asam-garam dunia e-bisnes, barulah anda boleh memikirkan produk yang lain pula… Jadi, fokus kepada satu produk terlebih dahulu untuk belajar menjadi usahawan internet..

Mengenai Penulis
Mohd Zulfadli adalah usahawan internet, dan sentiasa mempelajari kaedah-kaedah pemasaran internet dari semasa ke semasa. Beliau lebih fokus kepada pembinaan minisite, pengiklanan & emel berkesan serta trafik web. Lawati blog beliau untuk info perniagaan internet di
http://blog.smartusaha.com.

No related posts.

One Response

  1. smartusaha Sunday, 21 May, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge