Majalah IM Edisi 8 – Cabaran Wanita dalam Perniagaan Internet

majalahim 8 wanita 228x300 |  Majalah IM Edisi 8   Cabaran Wanita dalam Perniagaan Internet

Agak terlewat saya nak buat review tentang Majalah IM yang terbaru ni. Ia dah dilancarkan sebelum Hari Raya Korban yang lalu. Sangat teruja nak download tapi tak berjaya sebab kat kampung cuma ada dial-up. Saiznya yang agak besar (21MB) akan memerlukan masa yang panjang sebab guna dial-up je. Bila balik KL, ini adalah antara perkara pertama yang saya buat.

Kenapa excited sangat nak baca Malajah IM #8 : Wanita dan Perniagaan Internet kali ni? Sebab ia memfokuskan tentang topik wanita dan perniagaan internet. Sebagai seorang wanita, saya memang tercari-cari info seperti ini untuk dijadikan panduan. Maklumla, dunia perniagaan internet ni biasanya dipelopori oleh lelaki. Teringin jugak nak tahu bagaimana wanita yang membuat duitdiĀ  internet ni menguruskan perniagaan internet mereka terutamanya yang dah berkahwin dan beranak-pinak macam saya ni.

Personaliti kali ini ialah Pn. Ann yang merupakan pemilik laman web WanitaMelayu.com. Salah satu tempat shopping secara online oleh ramai wanita Malaysia. Kenapa ye? Sebab ada banyak pilihan di situ dan dari masa ke semasa ada SALE! Saya pernah jugak beberapa kali membeli dari kedai-kedai yang ada disana. Tapi, tak tahu pulak yang Pn.Ann ni adalah pemiliknya. Dari temuramah ni, memang banyak yang dapat dipelajari tentang betapa kerja kuat, kesabaran dan disiplin memainkan peranan penting.

Selain tu, artikel bertajuk “Wanita dan Cari Duit di Internet” yang ditulis oleh Puan Lisa Hilmi (pemilik produk Pakej Video tentang Youtube) . Beliau memberikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh wanita disegi pengurusan masa didalam urusan rumahtangga. Serba sedikit ia dapat memberikan saya idea disegi pengurusan masa.

Artikel “Cabaran Wanita dan Perniagaan Internet” yang ditulis oleh Luvlee pula menyentuh pelbagai cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita apabila menceburkan diri dalam perniagaan internet ni. Antara cabarannya ialah disegi pengurusan masa, pengurusan perniagaan dan penjagaan kesihatan.

Artikel ” Wanita & Perniagaan Internet” tulisan Zulfadli pulak memberikan 7 tips yang boleh dijadikan panduan oleh wanita dalam menjalankan perniagaan internet ni. Artikel ni pun best walaupun penulisnya bukanlah seorang wanita.

Artikel “Bisnes Internet Untuk Surirumah dan Wanita Berkerjaya” tulisan Zamri Nanyan pula memberikan idea tentang perniagaan internet yang sesuai untuk kedua-dua golongan ni. Beliau juga ada bagi 3 Idea berniaga untuk wanita.

Kak G pula menulis artikel “Cabaran Wanita Cari Duit di Internet” dimana menyentuh 4 jenis cabaran yang biasanya dihadapi oleh wanita.

dan baaaanyak lagi artikel menarik yang ada dalam Majalah IM 8 ni. Walaupun ia percuma, tapi padat dengan informasi. Jadi, jangan sia-siakan peluang ni.Kalau anda seorang wanita dan berminat nak memulakan perniagaan internet atau nak buat duit di internet, anda perlu download Majalah IM ni di sini. Kesimpulannya, memang puas hatila dengan Majalah kali ni. Tahniah team Flarebiz!

Related posts:

  1. Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang
  2. Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet
  3. Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
  4. Kuasa Fokus Dalam Perniagaan Internet
  5. Lima Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya

Tags : , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

2 Comments

Leave Comment

CommentLuv badge