Matlamat dan idea bagaimana hendak mencapai kemewahan

Dalam kita mengejar kemewahan, kita tidak boleh lari dari menetapkan matlamat. Apabila matlamat di tetapkan, pasti anda tercari-cari bagaimana hendak mencapainya. Seorang pakar motivasi dan pemasaran menggariskan ada 4 langkah yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mencapai matlamat.

Pertama : Fahami apa sebenarnya kemahuan anda.

‘Saya mahu mengumpul RM10 000 untuk membeli kereta.’itu adalah niat anda ketika menetapkan matlamat pada awalnya. Kemudian apabila anda telah berjaya mencapai nilai tersebut, anda dapati anda mahu kereta yang lebih mahal dan selesa. Apa gunanya matlamat jika anda selalu mengubah-ubahnya.

Seorang yang berbadan besar dan gempal ingin menguruskan badan supaya lebih ramai gadis akan terpikat padanya ketika beliau kurus. Apabila kurus, beliau dapati bukan itu yang gadis mahukan. Matlamat anda perlu relevan dengan diri anda. Faham apa yang sebenarnya anda mahu.

Anda tidak perlu merendah diri ketika menetapkan matlamat. Kalau boleh matlamat tersebut adalah sesuatu yang benar-benar anda mahu, bukannya atas nasihat orang lain. Lagi jelas matlamat anda, lagi mudah untuk anda mencapainya.

Kedua: Tulis matlamat anda di atas kertas.

Tulis matlamat anda di atas kertas. Umpamakan ia seperti satu perjanjian keramat. Pastikan apa yang anda tulis adalah apa yang anda mahu.

Ketiga: Bayangkan kejayaan anda.

Seorang pengkaji kuasa minda pernah menggariskan bahawa jika anda tidak nampak, anda tidak akan dapat. Maksud saya adalah melihat dengan menggunakan mata dalaman. Hadirkan rasa kejayaan dalam diri anda. Jika matlamat anda adalah untuk menjadi pelajar cemerlang, anda hadirkan kejayaan menjadi pelajar cemerlang dalam diri anda.

Teori hebat untuk mendapat apa yang kita mahu adalah dengan menjadikan matlamat anda kenyataan walaupun anda sendiri tidak berjaya lagi. Ada satu cerita menarik mengenai kawan saya. Beliau sangat teringin untuk pergi ke Menara berkembar petronas, malangnya beliau tidak mampu. Apa yang beliau mampu lakukan adalah meletakkan gambar menara tersebut di dindingnya.

Menariknya, hanya beberapa bulan selepas beliau melekatkan gambar menara tersebut di dinding biliknya. Beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara tersebut di sebabkan rombongan yang di buat oleh kampungnya. Maknanya memang benar jika kita menghadirkan rasa kejayaan, kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Langkah keempat: Gabungkan matlamat anda dengan matlamat orang lain. Lakukannya bersama-sama.

Adakah anda boleh berjalan dengan sebelah kaki? Adakah mata anda boleh berfungsi dengan baik dengan hanya satu mata sahaja. Adakah anda selesa dengan mempunyai satu tangan? Kita perlukan bantuan untuk berjaya. Syarikat Google berjaya hasil titik peluh dua orang anak muda, Bill Gates bergabung dengan rakan-rakannya untuk membangunkan perisian.

Ada banyak lagi contoh yang menunjukkan gabungan beberapa orang mampu untuk menghasilkan keputusan yang luar biasa.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge