Membawa Langkah-Langkah Usahawan Terbilang Pakar Motivasi Dr Fadzilah Kamsah ‘Offline’ Ke ‘Online’.

Usahawan Siber, usahawan Internet, perniagaan Online…kesemuanya merujuk kepada satu golongan: mereka yang menjadikan internet sebagai sumber pendapatan sampingan atau tetap dan bilangan golongan ini semakin hari semakin meningkat.

Dengan jumlah yang semakin meningkat, bagaimana seorang usahawan internet (mungkin anda orangnya) dapat merumuskan langkah-langkah untuk bersaing secara sihat dan berjaya di dunia Siber?

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah adalah seorang Usahawan, Pakar Motivasi, dan Pakar Rujuk…’Offline’ dan saya akan merumuskan hasil perkongsian beliau di dalam rakaman ’50 Langkah Usahawan Terbilang’ terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd, dengan terjemahan ‘saya sendiri’, aplikasi langkah-langkah tersebut ‘Online’.

Berikut adalah senarai 10 rumusan tersebut:

1. Mempunyai matlamat yang jelas.
Terutama kepada mereka yang mahu bermula dengan perniagaan internet, matlamat yang jelas adalah amat perlu. Ramai yang menceburi perniagaan online kerana pengaruh orang lain semata-mata. Mereka sendiri tidak jelas mengapa, apa, dan bagaimana menjalankan perniagaan internet. Untuk matlamat yang jelas pastikan:
a) Matlamat anda spesifik contoh “Ingin menjana pendapatan sampingan dari program affiliate sebanyak RM 300 setiap bulan dalam masa 1 tahun.” Spesifik bukan?
b) Matlamat anda boleh diukur seperti contoh kenyataan di atas…RM 300, tiap bulan, satu tahun, dan sebagainya.
c) Matlamat anda memang munasabah bukan mimpi…RM 300 tiap bulan…munasabah!
d) Matlamat anda dikawal oleh diri anda sendiri bukan dikawal atau ditentukan pihak lain contohnya ditentukan ‘Upline’ anda, isteri, mak saudara…
e) Matlamat anda mempunyai faktor masa dan bukan sesuatu yang ingin anda capai ‘di suatu hari nanti’…

2. Buat pengorbanan.
Bukan! Bukan korban ketika Aidiladha, korban lembu atau kambing tapi anda perlu korban masa untuk belajar dan bergiat dalam usaha niaga anda, anda perlu korban tenaga ke arah menjayakan usaha anda, dan anda perlu korban wang ringgit sebagai pelaburan dalam bisnes anda. Sanggup? Kalau mahu berjaya…

3. Rancang usaha anda peringkat demi peringkat.
Cuba melakukan usaha niaga sekaligus adalah seperti Pak Pandir dan Lebai Malang yang mahu ke kenduri di muara sungai dengan mengayuh perahu ketika air pasang…badan saja letih, lenguh segala anggota, kenduri terlepas! Buat perancangan teliti peringkat demi peringkat. Pecahkan perkara-perkara besar kepada langkah-langkah lebih kecil yang senang diurus.
Contohnya anda ingin belajar copywriting. Harini belajar tulis ‘headline’, lusa belajar tulis kandungan, tulat belajar buat penutup. Lepas tu belajar bagaimana nak letakkan iklan di laman web…langkah demi langkah.

4. Kawal perasaan.
Di awal penglibatan dalam sesuatu usaha niaga, jika pulangan dari hasil usaha tak seberapa, perasaan ‘baik undur diri’ mula menguasai. Berhenti! Jangan biarkan perasaan mengausai diri. Ingat cerita dua katak yang saya kongsi di www.karungwang.com/motivasi.html. Jangan cepat putus asa.

5. Jadi seorang yang fleksibel.
Jika anda melakukan sesuatu dan apa yang anda dapat daripada tindakan tersebut tidak menepati jangkaan anda, dengan mengulangi tindakan serupa keputusannya TIDAK akan berbeza. Faham? Kalau mahu hasil berbeza, buat tindakan lain…gunakan cara berbeza. Cara berbeza, hasilnya pun berbeza.
Katakan anda iklankan produk affiliate anda dengan menggunakan ‘banner’ di cari.com.my dan kadar respon kurang 3 peratus, tak cukup untuk tampung kos meletakkan ‘banner’ anda di situ…cuba buat laman web sendiri, letak ‘landing page’, dan ‘autoresponder’…pasti kadar responnya berbeza!

6. Belajar dari kesilapan.
Pengalaman saya sendiri…saya menyertai satu program affiliate dengan EmpayarInternet.com dan produk yang saya pasarkan adalah ebook ‘Chapter M: Panduan Paypal Dan Clickbank Untuk Rakyat Malaysia.’Silap saya adalah saya tak kaji dulu permintaan untuk produk ini (ternyata permintaan adalah SANGAT kecil) dan saya tak kaji dulu berapa banyak penawaran untuk produk ini (ternyata sangat BANYAK). Hasilnya, saya dapat ramai pelawat yang klik link affiliate saya tapi setakat ni, tiada seorang pun membeli.
Silap saya kerana tidak buat kajian mendalam!
Sekarang saya telah ubah produk dan cara, dan sedang menguji hasilnya…

7. Publisiti.
Umumkan kepada warga Siber keujudan anda. Bagaimana? Sertai forum, hantar laman web anda ke enjin carian, sertai blog, tulis artikel dan sebarkan…seperti sekarang…jika anda ingin melihat artikel-artikel lain tentang panduan dan motivasi bisnes online, sila ke www.karungwang.com icon wink |  Membawa Langkah Langkah Usahawan Terbilang Pakar Motivasi Dr Fadzilah Kamsah ‘Offline’ Ke ‘Online’.
Jangan malu-malu…

8. ‘Affiliate’ dengan mereka yang berjaya.
Langkah ini amat penting. Anda takkan tahu dan mahir semua perkara tentang perniagaan internet. Ada orang yang lebih tahu dari anda tentang bidang-bidang lain seperti berjaya di laman lelongan, SEO, dsb.
Jadi affiliate mereka. JV (‘join venture’)/usahasama dengan mereka. Itu pilihan yang lebih bijak.

9. Dorong diri anda secara berterusan.
Inilah sebab utama kenapa saya letakkan laman motivasi di www.karungwang.com/motivasi. Pada saya, cara terbaik dorong orang lain adalah dengan mendorong diri sendiri. Ia juga sebagai salah satu cara dorongan berterusan kerana kandungan di laman tersebut akan di tambah dari masa ke semasa.

10. Kelilingi diri anda dengan komuniti usahawan berjaya.
Dalam artikel saya yang terdahulu, saya ada menggariskan empat kata kunci kejayaan (Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan 4 Kata Kunci) dan salah satu dari kata kunci tersebut ialah Rakan.

Rakan yang berjaya akan mendorong rakan yang lain untuk berjaya juga dan mereka inilah sumber ilmu, sumber rujukan, dan ‘pakar motivasi’ terbaik yang anda perlu ada. Lagi ramai, lagi baik.

P.S. 10 rumusan ini adalah interpretasi saya sendiri tentang rakaman ’50 Langkah Bijak Usahawan Terbilang’ oleh Pakar Motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini tiada sebarang kaitan secara langsung dengan produk atau keluaran beliau.

P.S.S. Keseluruhan artikel ini saya tulis selepas melakukan kajian terhadap subjek, kata kunci, dan kandungan secara keseluruhan. Saya sangat ingin melihat hasilnya. Anda bagaimana?

About the Author
Nezrul Hisyam sedang melakar perjalanan peniagaan internet beliau dan hasil usaha beliau dapat dilihat di www.karungwang.com dan di www.nezrulh.wordpress.com

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge