Mencari Kerja Dari Rumah Secara Online?

kerja dari rumah |  Mencari Kerja Dari Rumah Secara Online?

kerja dari rumah

Adakah anda sedang mencari kerja dari rumah yang boleh dilakukan secara online?  Tidak kiralah samaada anda seorang pekerja, surirumah atau pelajar. Yang pasti dengan dengan melakukan sebarang kerja dari rumah , anda dapat pelbagai kelebihan.

Antara kelebihan kerja dari rumah yang menjadi idaman setiap orang ialah;

1. Kerja dari rumah membolehkan anda menjimatkan kos dan masa sebab tak perlu melalui kesesakan jalanraya dan kenaikan kos minyak petrol yang tiada tanda akan berhenti.

2. Dengan membuat kerja dari rumah, anda boleh jimat duit untuk make up dan tidak terikat dengan etika berpakaian. Sambil pakai kain batik pun para wanita dah boleh siapkan kerja mereka.

3. Bekerja dari rumah juga anda tidak terikat dengan pelbagai politik di tempat kerja.

4. Bila kita kerja di rumah, kita juga bebas untuk menyusun jadual kita sendiri – asalkan kita berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut waktu.

5. Ada yang kata kerja dari rumah merupakan sebuah terapi dan seterusnya meningkatkan produktiviti.

Bertambah seronok jika dapat kerja dari rumah secara online kan?

Ya! bisnes internet atau buat duit dengan internet menjadi semakin popular dengan mereka yang berminat hendak membuat kerja dari rumah. Maklumlah, dengan akses internet yang semakin mudah dan murah, memang sukar untuk menolak jika kita berpeluang buat duit melalui internet ni.

Saya sendiri, sudah lebih 5 tahun membuat pelbagai kerja dari rumah secara online. Ada yang berjaya dan ada yang gagal.   Antaranya ialah membuat blog, adsense mahupun  bisnes prepaid

Walaupun situasi bekerja dari rumah kedengaran sangat mudah, tetapi ia tetap mempunyai cabaran tersendiri.

Antara cabaran paling utama ialah untuk mengenalpasti mana satukah kerja dari rumah yang tulen dan yang palsu.

Cara saya mudah saja, buat kajian sebelum sertai apa jua tawaran kerja dari rumah. Tempat rujukan paling senang ialah Google.com .

Buatlah carian tentang apa jua peluang yang anda temui. Boleh tambahkan ayat seperti pendapat program x , penipuan program x, dll.  Jangan abaikan langkah ini, dan jika anda benar-benar yakin, barulah buat langkah seterusnya seperti cuba menghubungi mereka yang dah sertai.

Disini ada beberapa laman web yang boleh anda jadikan rujukan

1. Ehomemakers.net

2. http://www.kerjadarirumah.com.my/

3. Jobdirumah.com

Anda tidak semestinya perlu terikat dengan perkataan kerja dari rumah, kita perlu menjadi pekerja dan tertumpu kepada kerja data entry atau menaip sahaja. Ada banyak kerja dari rumah yang boleh anda lakukan secara online seperti menjadi agen jualan pelbagai produk fizikal, agen produk digital dan sebagainya. Yang penting anda ada kerja yang boleh dibuat dari rumah dan mendatangkan hasil.

Saya harap info diatas serba sikit dapat memberikan anda idea bagaimana untuk memulakannya. Mulakannya sekarang dan jangan bertangguh untuk memulakan kerja dari rumah yang menguntungkan!

Related posts:

  1. Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?
  2. Bagaimana hendak mula bekerja dari rumah?
  3. Punca Kegagalan Pekerjaan atau Perniagaan Dari Rumah
  4. Realiti Hidup Apabila Bekerja dari Rumah
  5. Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

54 Comments

  1. linn Monday, 31 December, 2012
  2. B Thursday, 10 April, 2014
  3. Muhammad Arshad Sunday, 1 June, 2014
  4. zuraidah shamsuddin Wednesday, 25 February, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge