Mencari niche yang menguntungkan

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan..

Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosika sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yanga ada.

Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengna segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut. Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

Sentiasa pelbagaikan niche yang ada.

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

Related posts:

  1. Lima Niche Ebook yang pasti memberikan keuntungan
  2. 20 niche keyword mahal untuk buat duit dengan adsense
  3. Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?
  4. Teknik Niche : Membongkar Rahsia Pemasaran Niche Yang Menguntungkan!
  5. Apa sebenarnya niche?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge