Mengapa Internet Menjadi Medium Pilihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin menceritakan bagaimana saya mula berjinak-jinak dengan internet yang sekarang mula menjadi sumber pendapatan saya. Teknologi internet adalah sangat luas dan telah memberikan kesan yang cukup hebat kepada individu, keluarga, masayarakat, negara dan dunia. Saya mula menggunakan komputer sejak tahun 1991 dan mula mengenali internet pada 1997 (semasa menuntut di universiti). Namun dimasa itu tidak banyak laman web yang ada dan email masih tidak digunakan secara menyeluruh.
Apabila saya menjejaki alam pekerjaan sekitar tahun 2001, saya menggunakan sepenuhnya kemudahan internet terutamanya didalam menjalankan pelbagai penyelidikan dalam usaha menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan. Dalam jangkamasa yang sama, saya menyedari potensi yang sangat besar didalam mengeksploitasi keupayaannya yang akan memberikan saya lebih kebebasan disegi kewangan dan masa!
Penggunaan internet di Malaysia telah bertambah berlipat kali ganda, dan dengan pengumumam Perdana Menteri pada Budget 2004 yang mencadangkan penurunan kadar akses internet dijangka akan meningkatkan lagi penggunaannya diseluruh negara. Statistik menunjukaan bahawa pengguna internet di Malaysia akan meningkat daripada 3 juta (2003) kepada 6 juta orang orang menjelang 2005!
Cuba anda fikirkan, dengan peningkatan bilangan pengguna internet ini setiap tahun.. apakah sebenarnya yang mereka lakukan? Anda sebagai pengguna internet, apakah peluang yang anda nampak? Adakah anda melayari internet untuk mendapatkan maklumat samaada berunsur ilmiah (berkaitan kewangan, rumahtangga, kerjaya, pendidikan, kesihatan, kecantikan, sains& teknologi, berita, sukan, dll) atau hiburan (seperti musik, fesyen, kosmetik, percutian, MP3, games, chatting, dll) atau sebagai sumber pendapatan? (dengan merebut peluang yang sedia ada atau mengenalpasti peluang yang sesuai untuk anda mulakan perniagaan anda)
Telah ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan yang lumayan melalui internet. Tidak kira dengan menjalankan perniagaan atau menyertai pelbagai program yang mampu memberikan pendapatan sampingan. JIka anda memilih untuk menjalankan perniagaan, gabungan online dan offline pasti memberikan hasil yang lebih memberangsangkan. Namun bukan sedikit yang kecundang kerana internet merupakan superhighway bagi pelbagai maklumat dan terkadang kita menjadi alpa dan tidak fokus.
Jika anda sanggup melakukan dua perkara iaitu Learn & Apply, anda pasti akan berjaya didalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Adalah sangat penting untuk anda bersedia untuk mempelajari apa jua kaedah, teknik dan teknologi yang dapat membantu menjayakan perniagaan anda dan mengaplikasikannya didalam perniagaan anda. “Tidak berguna ilmu yang ada tanpa amalanâ€.
Salam sukses!
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








terimakasih adik ku wati kerana memberi senangat kepada akak . akak memang suka dlm bab tambahan pedapatan di rumah
tapi kurang ilmu dan tunjuk ajar / setakat ni ada kak lisa je yang akak beru kenal dia bulan lepas
dia juga yang bg akak kenal wati
alhamdulillah
akak rasa bangga krn dpt kawan dngn org yang kuat semangat dan hebat dlm alam internet
akak nak sangat wati tolong tunjuk ajar akak ok
salam mubibbah
Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya ni. Saya pun masih banyak yang perlu dipelajari. Takde la sehebat kak lisa tu.