Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700

Sebenarnya saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa sejak Jun 2004. Sejak berhenti kerja, saya mencari pelbagai peluang yang boleh memberikan pendapatan sampingan kepada saya tanpa memerlukan saya meninggalkan rumah.

Banyak program yang telah saya sertai samaada secara pos mahupun online. Tetapi, semuanya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Semasa membuat pencarian, saya bertemu dengan perniagaan MLM yang dijalankan secara online dengan konsep Autodownline.

Dimana ahli hanya perlu mempromosikan laman web yang diberikan dan perkara lain diuruskan oleh penganjur. Akhirnya saya memilih untuk menyertai Revell bersama Team700 kerana pelbagai sebab yang saya kira juga sesuai untuk anda juga. Antara sebab-sebab mengapa saya menyertai program ini ialah;

1) Syarikat Revell Sdn. Bhd yang dipilih oleh pihak Team700 adalah sebuat syarikat yang memang kukuh dan mempunyai rekod yang sangat baik. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1988 (kini sudah 20 tahun) dan ia memberikan saya keyakinan bahawa ia adalah satu syarikat jualan langsung (MLM) yang tulen.

Dengan itu,saya tidak ada risiko akan terlibat dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim piramid yang bertopengkan MLM. Saya pernah membaca satu panduan yang mencadangkan bahawa kita memilih syarikat MLM yang beroperasi melebihi 5 tahun kerana ia telah kukuh dan stabil.

2) Maintain bulanan yang dikenakan adalah sangat rendah (50PV) sahaja. Lagipun, lebih 80% produk mempunyai nilai 1PV=RM1.Ini bermakna saya hanya perlu mengeluarkan modal RM50 sahaja setiap bulan. Ia sebenarnya bukan modal.. kerana barangan yang dibeli sebenarnya ialah barangan yang memang kita akan tetap gunakan walaupun kita tidak sertai perniagaan ini. Apa yang saya lakukan hanya perlu bertukar kedai sebahagian barangan keperluan kepada barangan Revell

3) Rangkaian Produk Revell yang pelbagai pada harga yang sangat berpatutan.

Dengan lebih 300 pilihan produk, memang tidak sukar untuk membuat pilihan apakah produk yang ingin dibeli. Pada saya ia tidak telalu banyak hingga menyukarkan untuk membuat pilihan atau terlalu sedikit sampaikan tak tau apa yang hendak dibeli. Harganya yang berpatutan juga menyebabkan saya rasa berbaloi untuk bertukar jenama produk.

image revell |  Mengapa saya menyertai Perniagaan MLM Revell bersama Team700

3) Saya juga boleh membuat pembelian produk secara online, dan ia memudahkan kerana produk akan dihantar terus ke rumah..tak perlu ke stokis dan caj yang dikenakan adalah berpatutan (sangat berbaloi untuk mereka yang takde masa atau takde kenderaan.. jugak jauh dari stokis)

5) Saya juga boleh semak perkembangan kumpulan saya dan prestasi setiap downline saya secara online melalui Revell Distibutor e-Office yang disediakan oleh pihak syarikat.

6) Walaupun perniagaan ini dijalankan secara online, namun para pemimpin di Team700 turut mengadakan pelbagai perjumpaaan mingguan/bulanan/bengkel secara offline dan ini memudahkan perbincangan sesama ahli.

Walaupun saya sendiri masih belum berkesempatan menyertai mana-mana perjumpaan ini, saya masih tetap boleh mendapatkan bantuan dan maklumat melalui forum, Y!group selain berhubungan dengan para upline yang sememangnya sedia membantu (asalkan kita ingin dibantu)

Selain daripada itu, tools yang disediakan oleh pihak Team700 sangat-sangat membantu didalam membantu saya membuat follow-up dan memberikan keyakinan kepada prospek tentang perniagaan hebat ini. Hanya dengan mempromosikan laman web percuma yang diberikan, saya boleh membina rangkaian perniagaan dari seluruh Malaysia dengan lebih cepat dan mudah!

Beliau juga seorang yang berpengalaman luas didalam bidang pemasaran internet sehinggga telah menghasilkan sebuah ebuku bertajuk “Rahsia Pemasaran Melalui Internet”.

Jika anda berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini, sudikanlah PANDU UJI sistem Team700 yang hebat ini.

Salam sukses!

Related posts:

  1. Saya dan TM (trace mineral)
  2. Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
  3. Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet
  4. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet
  5. Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

3 Comments

  1. titan Sunday, 8 June, 2008
  2. Joe Thursday, 10 June, 2010
  3. Insan Wednesday, 19 January, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge